Halaman
Ingatan untuk ku dan kamu
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Rabu, 3 Ogos 2011
Iftar
Ramadhan kali ini Mabonda lebih banyak beriftar berdua sahaja dengan si bungsu.Abah mereka beriftar di masjid sebab itulah azam beliau, bila kami telah tinggal berdekatan di masjid. Beliau dengan beberapa rakanya mahu memastikan masjid sentiasa di imarakkan sewaktu Maghrib di sepanjang Ramadhan sebagaimana masjid-masjid di bandar. Kebanyakkan masjid di desa-desa kurang imara' sewaktu maghrib di bulan Ramadhan kerana penduduk lebih memberatkan berbuka di rumah masing-masing.
Makbonda telah mengikat perjanjian dengan si bungsu bahawa kami akan beriftar seringkas yang boleh dan lebih kepada menjaga kesihatan dari menjaga nafsu. Sambil itu mahu membantunya mencapai azamn untuk mengurangkan kg nya. Nampaknya ikatan perjanjian kami agak terlonggar sedikit,setiap Abah mereka pulang selepas Maghrib, tangannya menjinjit bungkusan yang berbagai menu.
"Kenapa banyak sangat?"
"Peruntukan untuk 30 orang,yang ada tidak lebih dari 15orang.Dah tak ada orang nak makan"
"Kenapa kita je yang bawak balik,kan ada orang lain yang susah"
"Mana ada orang susah nak beriftar kat masjid,yang ada cikgu-cikgu bersara,ustaz-ustaz......yang susah-susah tak datang masjid pun, saya bawak yang orang dah tak mahulah ni"
Nampaknya seandainya kami juga tidak mampu menghabiskan juadah tersebut kami tidak akan membuangnya tetapi kami kongsikan bersama ayam-ayam di reban.Itulah antara tujuan kami memelihara ayam,agar rezeki kami mendapat lebih kerahmatan.
Sebenarnya ada pihak yang menaja untuk setiap iftar,tetapi hanya beberapa orang sahaja yang turut serta,berbanding masjid-masjid di bandar. Mungkin beberapa faktur antaranya bilangan penduduk yang semakin mengecil berbanding di bandar. Loaksi masjid yang tidak di tempat laluan musafir. Kefahaman tentang kemuliaan masjid belum begitu kukuh.Sedangkan di bandar dengan penduduk yang ramai,jamaahnya mungkin terdiri dari anak-anak kampung ini yang berhijrah kebandar , di kampung hanya tinggal ibu tunggal yang tinggal bersendirian.
Walaubagaimanapun bilangan bertambah setiap silih berganti Ramadhan,Sesekali makbonda turut serta juga tetapi hanya kami. Untuk mengubah satu-satu kebiasaan bukan sesuatu yang mudah,semuanya bergantung kepada hidayah Allah.
“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.At-Taubah ayat 18
”Mana sahaja daripada suatu masyarakat yang berkumpul daripada rumah-rumah Allah AWJ (masjid-masjid), membaca dan belajar Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, mereka akan didampingi oleh malaikat, diliputi oleh rahmat dan Allah akan mengingat mereka pada makhluk-makhluk yang berada disisiNya”. (H.R. Ahmad)
Labels:
masjid,
muhasabah diri,
pengalaman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Dulu memang makbonda tak nak beli barng-barang perhiasan rumah sangat,ialah dah ikut usrah sana-sini,buat apa di beli benda-benda lagha,tap...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati...
-
Bila di sebut ubi,keperlbagaiannya sepesisnya adalah masih diluar ilmu kita. Ianya adalah nikmat Ilahi yang di turunkan supaya manusia menge...
-
Dulu disin i makbonda pernah bercerita mengenai pisang. Memang inilah azam Makbonda sejak dahulu. Mengenalkan jenis-jenis pisang pada anak c...
-
Dia adalah antara adik kakak yang kakak dengar tangisannya yang pertama. Adik lain kelahirannya semasa kakak tiada di rumah,samaada kakak se...
-
Di halaman sosial ibu-ibu lain sering kita dapat cerita tentang pengalaman kerenah anak-anak yang sedang membesar,masuk tadika,masuk sekolah...
-
Bukan makbonda tidak mahu mengambil berat apa yang berlaku di pentas hadapan,tapi sebenarnya makbonda kabur mendengar perihal yang di perdeb...
-
Masa muda-muda dulu,waktu bapak mula buka tanah,bapak berbual kosong dengan teman seperjuangannya Pak Pangat dan beberapa lainnya.Berangan-...




Salam makbonda,
BalasPadamseronok bila teringat cerita my hubby. yg merasa berbuka di masjid uia. saya lihat sndiri, pelbagai bangsa brkumpul panjang jer ,walaupun menu sedikit2 dgn tajaan. para pelajar banyak boleh brjimat sepanjag ramadhan itu...
Kat sini pun, belum penah dgar ada masjid buat tajaan berbuka. kalu tidak, mesti ramai warga asing kat sini berbuka kat masjid. Teringin juga nak merasa berbuka ramai2 :))
Assalamualaikum
BalasPadamSemoga Makbonda sentiasa mendapat rahmah-Nya dalam bulan yang penuh barakah ini.
Begitulah, sewajarnya kita menghayati Ramadhan dengan penuh hemah,bersederhana dan bersabar dalam segala bentuk ibadah-bermula dari bersahur sehingga iftar. Bukan sesetengahnya sahaja.
Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah agar menjalani Ramadhan dengan penuh kepatuhan.Ameen.
Salam kembali indah,
BalasPadamitulah makbonda banyak dengar cerita sepupu-sepupu kat bandar,bila ramadhan meriahnya jemaah meraikannya.
Waalaikumussalamwarohmatullah
BalasPadamRos,
Alhamdulillah mendoakan makbonda.Antara kaedah untuk mencari rahmat juga barakah itu semua adalah dengan ilmu kan Ros. jadi disamping menjalani ibadah kena penuhi jiwa dengan ilmu barulah nampak cahaya tersebut.