DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 5 Ogos 2011

Encik Asnaf

Satu ketika sedang makbonda duduk didalam kereta menunggu suami membeli sesuatu di bazar Ramadha,tiba-tiba mata Makbonda terpandang Pakcik Asnaf sedang membeli 4ekor ikan cencaru panggang di satu gerai.Hari itu agak mengurus puasa makbonda kerana membiarkan hati berkata-kata.
"Kalaulah membeli lemang atau rendang tok yang begitu rumit urusannya tidaklah mengapa,setakat membakar ikan cencaru bukankah banyak arang tempurung di rumahnya"
Bukan apa antara sumber ekonominya ialah membakar tempurung untuk menjadi arang,apa susahnya beli sahaja ikan cencaru mentah,siang,bubuh garam,asam dan kuncit,bungkus daun pisang dan letak dekat atas bara. Lebih murah. Adakah itu dikategorikan kelemahan mengurus perbelanjaan atau mengurus nafsu.

 Bukan nama sebenarnya pakcik Asnaf,tapi beliau adalah salah seorang penerima asnaf zakat.Untuk menjadi salah seorang asnaf juga perlu dipohon. Pihak zakat tentulah menilai berdasarkan iasi kandungan borang permohonan.

Sekarang pihak zakat agak berhati-hati meluluskan permohonan taraf asnaf ini. Sesiapa asnaf yang ada astro di rumah akan dibatalkan taraf asnafnya.
"Astro ni  bukan saya yang belilah tuan,ni anak saya yang bayarkan" kata salah saeorang Pakcik Asnaf tersebut dengan nafas turun naik.
"Pakcik bagi tahu anak,daripada duit buat bayar astro lebih baik bagi kat pakcik buat belanja"

Suatu masa pihak zakat telah menegur segelintir  asnaf yang menaiki kereta mewah semasa hadhir menerima sumbangan.
"Tuan-tuan,saya harap lain kali bila datang terima sumbangan janganlah naik kereta besar-besar,walaupun itu kereta pinjam atau kereta anak,parkir jauh-jauh supaya saya tidak rasa terkilan" Seru pegawai zakat tersebut.
 Pada ketika itu berdenyut-denyutlah para jiwa Si Pemerhati situasi tersebut,sedikit-sedikit gugur pahala puasanya sebab terberkata dalam hati " Anak pakai estima,tapi bapanya En Asnaf."

Sekarang pihak zakat juga mewajibkan para asnaf menghadiri pengajian bulanan,kedatangan di catat,sesiapa yang tidak hadhir akan di batalkan taraf asnafnya.Walaupun dalam keadaan terpaksa sekurang-kurangnya dapatlah menyirami jiwa yang sedang  kontang. Yang ironinya ada segelintir  yang sebok mencari buku kedatangan untuk mencatatkan nama sendiri,kalau anak murid di sekolah berbuat seperti ini kad kurang beban guru. Pengajian tersebut diserahkan kepada pihak masjid untuk menguruskannya. Di buka juga untuk yang bukan asnaf. Pernah sekali terlontar di mulut mereka apabila Ustaz mengesyorkan agar mengamalkan solat dhuha agar rezeki lebih dekat dan mudah.

"Kami ni orang susah ustaz,kena kerja,macamana nak sembahayang tengah kerja kotor-kotor."

Yang sangat menterperanjatkan lagi,seorang makcik yang sudah bercucu dan telah kematian suami 5 tahun yang lalu, secara selamba membuka aibnya,bahawa selama ini dia tidak pernah mandi junub.
"Macamana ya ustazah,kena qada' ke?" ?????



"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".at-Taubah ayat 30

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum MakBonda..

    .. pasal en.asnaf.. hmm... ya ya ya... hati ini juga ada terdetik utk berkata-kata kpd seorang yg menyatakan dirinya tergolong dlm golongan asnaf.. ttp.. hmm... hmmmm... hmmmm...
    moga Allah shj membantu beliau itu.. dgn jalan bantuan lain.. saya tidak mampu utk menghulurkan apa-apa lagi bantuan!.. bimbang hati terus berkata! dan mencipta dosa tanpa sengaja!!.. huhuhuhu...

    Betul kan makbonda.. cik abang tiny cakap, kawannya beritahu, ikan cencaru panggang seekor 7 ringgit!!.. Astagfirullahal azhiim!!.. begitu sekali harga pasaran di bazaar ramadhan ya..

    ... ikan cencaru ada lagi kat rumah tu.. nak panggang je la malam ni.. sapu marjerin.. balut, masuk oven 20 minit.. cicah dengan sambal kicap.. potong bawang besar, cili padi, perah limau dan masukkan kicap kipas udang merah.. HAH!.. dh dpt idea menu berbuka.. terima kasih mak bonda.. hehehehe....

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalamwarohmatullah

    Tiny,

    Tiba-tiba makbonda jua dapat idea,untuk mencadangkan pihak zakat mengadakan kelas masak.

    "Jangan berikan mereka wang untuk membeli ikan bakar tapi ajari mereka membakar sendiri ikan tersebut"

    BalasPadam

Catatan Popular