DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 6 Januari 2012

Musafir 4

Ini bukan satu kesimpulan,tapi adala satu pemerhatian yang infrensnya belum pasti.

Telah beberapa kali sejak Makbonda remaja dahulu,bila singgah di masjid-masjid di Melaka pada waktu selain jemaah berjemaah 5 waktu,masjid tersebut akan dikunci,dan musafir akan dapat bersolat di barenda.Mungkin ini adalah untuk keselamatan. Di dalam masjid yang berhawa dingin tersebut ada pembesar suara,kipas,peti derma dan sebagainya.Berbeza dengan masjid-masjid di negeri lain,singgahlah pada ketika apapun,musafir boleh bersolat di dalam. Menurut salah seorang dari anak Makbonda yang selalu bersangka baik.
"Nak galakan pengunjung majsid datang berjemaah,tak mahu datang lambat-lambat"

Kunjungan terbaru Makbonda kesalah satu masjid di Negeri bersejarah ini,begitu juga fenomenanya. Sidaian sejadah dan telekung juga terdapat di barenda tersebut,bermakna sememangnya disediakan untuk para musafir yang singgah di luar waktu berjemaah. Kami anak beranak menyusun sejadah dan berjemaah untuk  Taqdim Zuhur dan Asar.Anak-anak Makbonda semamangnya punya kaki yang bersaiz agak panjang ,jadi diruang yang sempit itu kami saling berlaga punggung. Semasa sujud kali kedua Makbonda terpaksa mengalih kedudukan sujud kerana sejadah tersebut berbau kencing kucing. Selesai solat Makbonda dapati banyak sejadah dan telekung punya aroma yang sama. kalaulah masjid itu berdekatan dengan rumah pastinya akan Makbonda kutip semuanya untuk di cuci.



.At- Taubah ayat 18 :Yang bermaksud : ‘ Bahawa orang yang memakmurkan masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dan hari akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut ( kepada sesiapa ) selain dari Allah maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk

2 ulasan:

  1. SALAM. KESIMPULAN SAYA MUDAH AJE. KALAU PEMIMPIN TAK BERAPA INDAHKAN ISLAM MAKA ANAK BUAHNYA PUN AMBIL INDAH TAK INDAH. Tahun 1995 saya ke Istanbul. Masjid Blue Mosque tu tidak terjaga baik. Tahun lepas saya ke sana lagi, ia sudah amat baik jagaannya dan ramai yang terdorong solat sunat atau mungkin solat jama' sbb kami masuk bukan pada waktu. Ini contoh sahaja mengenai isu ambil berat.Malaysia mengaku negara Islam, tapi tidak terdorong untuk berbuat yang terbaik.

    BalasPadam
  2. Salam kembali Puan,

    Ataupun bukan tak ambik indah,kurang penghayatan cara mengimarahkan masjid.

    Wah begitu ye,Islam sedang bangkit di Turki.Saya harapa satu masa saya akan menjejakkan kaki di sana.

    BalasPadam

Catatan Popular