DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 4 Januari 2012

LUBANG 2


Seorang cikgu yang baru lulus kursus induksi mengadu,

"Susah betullah Makbonda nak buat keputusan"
"Keputusan apa?"
"Ada sesaorang yang sangat baik dengan kita,nak pinjam duit, dia nak kawin."
"Banyak?Habis awak ada tak?"
"Itulah masaalahnya dia suruh kita buat pinjaman,pastu dia bayar bulan-bulan"
"Dia tak boleh buat pinjaman sendiri?"
"Dah black list,tunang dia yang bagi idea jumpa kita"
"Jaga-jaga,nanti awak yang terperangkap.Dah kursus kawin belum?"
"Tulah pasal. Dah kursus,bulan depan ni langsungnya,duit hantaran tak cukup lagi,"
"Dah tau tak cukup bincanglah dengan mak bapak,nak bagi anak kawin ke tak,kalau nak anaknya kawin kurangkanlah hantaran,anak tu tak mampu buat apa mak bapak mintak banyak-banyak,dari asyik couple sana-couple sini. Buatlah seadanya. Apa yang di kursuskan masa kursus kawin dulu.Meminjam duit hanya untuk dihanguskan masa majlis perkahwinan,syaitan bertepuk tangan,kalaulah meminjam nak selesaikan masalah antara hiup dengan mati adalah pertimbangannya?"
"Tulah,dia dah warning jangan bagitahu mak bapak dia. Makbonda bagilah cadangan apa nak bagi alasan"
"Kena terus terang padanya,tak boleh buat pinjaman,awakpun kan nak sambung study,nak guna duit tu"
"Alah nanti dia merajuk,putus silaturrahim,susahlah"
"Siapa yang putuskan?.Janganlah di pihak awak,buat biasa sahaj dengannya,kalau mampu bagi cadangan kat dia,buat seadanya,printkan artikal-artikal suruh dia baca.Tolong bius ilmu padanya"
"Dia baru SMS,merayu"

"Terus jawab.Saya tak boleh nak tolong,minta maaf -banyak,sebab saya nak sambung study,kena banyak guna duit,Semoga awak dilindungi Allah"

"Suami Makbonda juga pernah beberapa kali terperangkap dalam situasi ini. sesaorang merayu minta dia membuat pinjaman,kerana mahu modal berniaga,begitu bersungguh-sungguh,akhirnya tewas juga.Setelah setiap bulan gaji dipotong melalui angkasa,tapi dia buat-buat lupa.Yang sadisnyakini dia telah menjadi arwah.mahu dituntut pada waris,waris masih anak yatim lagi.Bayaran pinjaman pun dah selesai.Halalkan sahajalah."

Entry berkaitan tajuk ini ada di sini dan sini




4 ulasan:

  1. Salam

    Bagus kak.Kisah yang menjadi tauladan Kadang pasal duit ni, sedarah sedaging pun boleh begaduh.

    Mintak dijauhkan.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Makbonda.

    Apa khabar? InsyaAllah rezeki suami mak bonda berlimpah ruah, kerana dia seorang yang baik dan tak berkira-kira. Rezeki tu bukan duit juga yang datang tetapi dalam bentuk lain. Saya doakan makbonda dan suami berbahagian hingga ke anak cucu. eh... tak2... hingga ke Syurga.

    BalasPadam
  3. Salam kembali Mar,

    Bahaya jika hutang menjadi asas kehidupan,apalagi jika berhutang untuk memenuhi hawa nafsu dan perbuatan sia-sia.Berhutang jika keadaan terdesak sahaja.

    BalasPadam
  4. Waalaikumssalamwarohmatullahiwabarokatuh,

    Nisha,

    Ya,itulah suami Makbonda,selalu memimpin Makbonda kejalan selamat.Semoga anak-anak mewarisi dan bertemu jodo dengan insan sebaikannya.

    Semoga kami bersama dialam Sana nanti.

    BalasPadam

Catatan Popular