Sebaik lahir sahaja didunia ini Salman telah menjadi orang kaya,datuknya telah
mewariskan harta pada setiap cucunya yang lahir. Salman adalah zuriat dari anak perempuan datuknya,sementara ayahnya
adalah dari keturunan orang yang sederhana tetapi kuat beragama. Suratan telah
tertulis,belum sempat Salman mengenal dunia kedua ibu bapanya telah berpisah,kerana
ayahnya sudah tidak tertahan dengan cara kewewahan hidup isterinya. Isterinya pulah tidak tahan dengan
cara hidup sederhana ayahnya.
Salman jatuh dibawah jagaan ibunya,sementara ayahnya membawa
diri dan memulakan kehidupan baru dengan isteri baru. Membesarlah Salman dengan
kemewahan hidup yang dihidangkan oleh ibu dan bapa tirinya.Membujur lalu melintang patah,jauh dari batas halal dan haram.Bapa tirinya apatah
lagi yang memang serasi dengan cara hidup isterinya,mengambil kesempatan
membelanjakan harta Salman dengan alasan tolong menguruskan.Harapkan pegar menjaga padi tapi pegar yang makan padi.
Dari jauh tanpa henti ayah Salman berdoa agar zuriatnya
diselamatka dari tipu daya dunia, selamat di dunia mahupun akhirat. Apabila
salman mencapai umur remaja dan telah memasuki aqil baligh,segala doa telah
diperkenankan Allah SWT. Salman mula
bosan dengan cara kemewahan hidup ibu dan bapa tirinya.Hidayah memancar dalam
jiwanya. Salman telah memilih untuk hidup
bersama bapa dan ibu tirinya.Walaupun tiada driver,tiada bilik tidur yang
selesa,tiada pembantu rumah yang menguruskan makan pakainya,tetapi Salman
redho.Bapa dan ibu tirinya tidak mengambil kesempatan mempergunakan harta
Salman,mereka amat menjaga amanah. Bapa dan ibu tiri Salman membawanya hidup
dalam kehidupan beragama.
Sebaliknya bapa tiri dan ibu Salman tidak berpuas hati
terhadap keselesaan Salman.Di sana sini mereka menyebarkan cerita konon salman
hidup menderita dibawah jagaan bapa dan ibu tirinya,disana sini dia mencanang,
menjalankan kempen ‘Sayangi Salman.’
Walaupun berbagai cara ibunya mempengaruhinya dengan limpahan
janji-janji sayang namun Salman yang telah menikmati manisnya
kerahmatan hidupan dengan hidayah tetap tidak mahu kembali kedalam kehidupan yang
lagha itu.Walaupun tiada limpahan kemewah besama bapa dan ibu tirinya,kehidupannya
lebih tenang dan hatinya sangat hampir kepada Khaliknya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut
jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang
terang nyata”.
al-Baqarah, 208:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan