Setiap kali ibunya mengunjunginya akan terdengarlah keluh kesah dari lidahnya,tentang masaalah kawan-kawanya,kawan sana khianat kawan sini berlidah tajam,kawan sana berlidah bercabang. Ibunya tetap setia memasangkan telinga agar dia sentiasa tahu bahawa ibunyalah juga menjadi kawan karibnya yang pertama sebelum insan lain. Ya dia remaja yang sedang mencari identiti,remaja yang sedang dalam proses memasuki gerbang kehidupan dunia realiti.Makbonda tidak akan menyuruhnya berhenti serta merta,biarlah dia bercerita,dengan harapan akan mengurang beransur-ansur .
Makbonda pernah mengalami zon tersebut.Pernah juga menjadikan emaknya teman pertama.Suatu ketika,semasa bersalaman dengan bapak sewaktu menghantar ke asrama,selain beberapa helai wang kertas,ada sekeping kertas putih berlipat.Makbonda membuka setelah tiba di dom. Didalamnya tertulis dengan huruf jawi;
Makbonda pernah mengalami zon tersebut.Pernah juga menjadikan emaknya teman pertama.Suatu ketika,semasa bersalaman dengan bapak sewaktu menghantar ke asrama,selain beberapa helai wang kertas,ada sekeping kertas putih berlipat.Makbonda membuka setelah tiba di dom. Didalamnya tertulis dengan huruf jawi;
"Ayahanda ijazahkan solawat ini untuk anakanda amalkan,baca setiap selapas solat dan apabila kesempitan"
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".
khafiatnya boleh didapati disni
Inilah ayat itu;
Makbonda syak,tentu sekali emak bercerita pada bapak. Makbonda tidak tahu maksudnya,dan dengan penuh yakin mengamalkan mengikut apa yang beliau tuliskan.Sehingga kini. Bila menjelang dewasa barulah makbonda tahun maksud dan khafiatnya setelah terjumpa dibeberapa kitab-kitab doa.
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".
khafiatnya boleh didapati disni
Terimakasih Allah yang menjadikan aku zuriat kepada bapak.Dan kini Engkau wariskan kepadaku amanah itu.
Makbonda dapat rasakan apa yang anak remaja itu rasakan, Dia anak makbonda,baik buruk pekertinya makbonda telah maklumi. Makbonda tidak menyelahkan kawan-kawannya,sebab itulah realitinya kehidupan dan dia tidak boleh mengubah kawan-kawannya,yang perlu diubah ialah dirinya.Bonggolan negetif dalam dirinya perlu di singkirkan.agar dia memendang segala yang berlaku dengan positif.Tentu sekali dia tidak akan menerima jika kita katakan dalam dirinya sedang ada sesuatu organ hitam yang berbuku. Untuk mengaku keburukan diri memang amat payah,tetapi boleh didik beransur-ansur. Siapa lagi yang dipertanggungjawabkan kalau tidak orang yang paling rapat dengannya.Tentu sekali menjadi pengalaman kepada ibunya.Kalaulah tidak nampak hasinya sekarang,iaitu semasa hayat masih ada,cukup menjadi penyambung apabila telah dialam barzakh nanti.Untuk meningkatkan iman makhluknya Allah tidak akan sentiasameletakannya dalam zon selesa,
Dalam ayat kedua surah al-Mulk,
Allah berfirman yang bermaksud: "Dia (Allah) yang mencipta kematian dan
kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling
amalannya."
Terimakasih Allah,yang memberikanku kesempatan menempuhi pengalaman perjalanan hidup sebagai seorang ibu seperti ini.Memberi peluang untukku merawat barah ego dalam diri,yang menganggap diri ini seorang ibu yang hebat dalam mengeluarkan produk yang membesar seorang manusia.Terimakasih Allah memberi kesempatan untuku sentiasa berusaha tanpa henti mencari solusi dalam usaha bagi menjalankan amanahMU .
Salam makbonda,
BalasPadamTerima kasih. Hari ini saya belajar suatu yang baru dari makbonda. Rasanya pernah baca ttg selawat ni, tapi tak yakin utk beramal. Jika ini khasiatnya, memang baik utk diamalkan. Terima kasih kak :)
Assalamualaikum Makbonda, esok, anakanda saya keseorangan memulakan sessi persekolahan, sedang saya jauh di sini. Berbaur rasa, saya serahkan semuaNya pada Allah s.w.t. doakan kami.
BalasPadamSalam kembali Indah,
BalasPadamSelamat beramal,semoga segala amal kita diterima Allah.
Waalaikumussalam Mieza,
BalasPadamBerat mata memandang berat lagi bahu memikul.Mudah-mudahan segala kepahitan itu terbayar dengan kejayaan.Semoga Allah SWT melindungi mereka.
Owh....puteri bongsu dah jadi perantau. Tinggal berdua ya abah dan maknya!
BalasPadam:D
Assalamualaikum akak..terima kasih dengan tazkirah ini..moga2 solawat ini memudahkan perjalanan hidup saya, dah hafal tapi lupa nak amalkan ketika saya sangat susah untuk pindah ikut ustaz, barang dah pindah semua ke Banting..tup tup tak dapat pindah! Sekarang mengajar balik kat sini, moga bila saya mengamalkan solawat, Allah akan mempermudahkan urusan pindah saya ini..doakan ya kak, jazakillah kahairal jaza'
BalasPadamYa CikLah,tinggal berdua ,oleh itu mohon sering-seringlah dikunjungi ye!
BalasPadamWaalaikumussalam Ustazah Raja,
BalasPadamMasyaallah,masih disini ke?ingat dah pindah.Tak apa,Insyaallah adalah hikmahnya tu.Nanti bila telah melepasi zon ini,tahap kesyukuran kita akan lebih tinggi.Terimakasih Allah yang telah memeberi peluang meraih tahap kesabaran dan rasa keredhoan yang tinggi.
Jazakillahu khairan kathira makbonda..
BalasPadamkerana menitipkan doa serta khafiatya..
ilmu lama yg baru saya perolehinya..
Titipkan lagi doa, nasihat dan amanat.. untuk budak mentah ini kutip dan isi di dadanya yang masih kosong.. masih kerdil.. dan masih jahil ini...
moga ilmu-ilmu yg dititipkan ini akan kelak menjadi syafaat dan manfaat kepada mak bonda... dunia dan akhirat.. ameen.
salam sayang..
Amiin, waiyyaak....Tiny,
BalasPadamYa,bertukar-tukar ilmu,saling bertukar syafaat,antara hikmah berjamaah,walau sekadar di alam maya.Yang penting setiap yang dilakukan bermunafaat dan memunafaatkan.
Semoga Allah sentiasa melindungi kaita.