DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 24 Januari 2012

Tips Didik Anak

Semasa Perhimpunan hari pertama persekolahan 2012,pandangan Makbonda terfokus pada seorang pelajar lelaki tahun 1.



Dari tadi esaknya tidak berhenti.Makbonda berbisik pada cikgu tahun 1,anak siapakah gerangan pemuda kecil ini? Oh rupanya ibunya pernah menjadi anak murid Makbonda 20han tahun dahulu.Kiranya pemuda ini adalah cucu Makbonda. Bukan cucu pertama,ada lagi cucu yang lebih dewasa.Makbonda terbayang  wajah ibunya ketika itu,dan begitulah...sama dengan anaknya,setiap hari akan dimulai dengan tangisan,berlarutan berminggu-minggu. Bezanya cucu ini hanya beberapa hari sahaja. Selepas dari tempoh itu hmmm seperti juga rakan-rakannya yang lain, anak-anak zaman sekarang,ada sahaja tingkah laku di luar jangkaan.

Mengapa dia menangis?takut?bimbang?tidak seronok?
Sekarang mengapa sudah tidak menagis lagi?Sudah tidak takut,tidak bimbang dan seronok bersekolah. Atas faktor apakah agaknya sebabnya ya?

Mari kongsikan pengalaman Wardinah menghadapi anak-anak bersekolah.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Makbonda,
    Kalau ditakdirkan kami pulang ke tanah air, doakan saya tidak berdepan dengan situasi sebegini, mungkin air mata saya akan lebih banyak tumpah dari anak-anak.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Mieza.

    Maaf kalau post kali ini menyentuh hati.
    Makbonda pernah berhadapan dengan situsai seperti anak Mieza. Kedua ibu bapa di perantauan.Tapi dia kecukupan limpahan kasih sayang dari datuk dan neneknya. Insyaallah dia punya emosi yang setabil.

    BalasPadam

Catatan Popular