DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Ahad, 28 Februari 2010

Bapak siri 13 (Bermudik ke hulu berenang ke tepian)



Kampung bapak terletak di pesisiran Sg Bernam.Perhubungan utamanya adalah melalui sungai.
Ada 2 kaedah untuk datang ke kampong bapak.

Pertama
Menggunakan bot yang berulang alik dari pekan SB ke Estet Ulu.Namanya Bot Sepong kepunyaan sebuah estet di Ulu Bernam,yang di gunakan untuk membawa penumpang dari estet tersebut berulang alik keluar ke pekan SB.Ada 2buah . Bot pertama akan bertolak dari Estet Ulu seawal pagi,dan tiba di jeti kampung bapak pada pukul 7.30,bot ini akan berhenti di beberapa jeti kampung lain dan tiba di pekan SB pada pukul 10.30. Akan berehat seketika sehingga pukul 1.30,lalu mudek balek ke ulu,membawa penumpang,sampai ke kampung bapak pukul 4.30.

Bot yang kedua pula akan bertolak dari Pekan SB pukul 7.30pagi,dan tiba di kampung bapak 10.30. Apabila sampai di Estet Ulu,but ini akan pulang ke pekan SB dan lalu di kampung Bapak 2.30,dan sampa ke Pekan SB jam 4.30.Walau bagaimanapun waktu yang di atas bukanlah waktu yang rigid,adakalanya terlewat beberapa ketika, bergantung dengan masa semasa berhenti di jeti-jeti semasa mengambil penumpang yang beragam-ragam. Kaedah ini amat popular bagi penduduk kampong yang terdiri dari warga emas,wanita,kanak-kanak dan mereka yang tidak mempunyai kederaan.Bagi saudara mara jauh yang ingin berkunjung akan meninggalkan kenderaan di pekan SB.

Keadaan dalam bot itu adalah kadangkala mencabar dan kadangkala tenang. Tenang sebab sepanjang perjalanan kita akan melihat pemandangan sepanjang tebing sungai,dengan berbagai-bagai flora dan fauna yang membentuk rantai makanan.Di sana ada pokok nipah, berembang, sena, binjai, rumbia, serdang dan sebagainya.Di celah-celah fauna atau di tebing Lumpur itu kita boleh melihat berok, lotong, monyet, babi, biawak dan jika bernasib baik buaya yang sedang mengeram.

Estet adalah sinonim dengan kaum India,merekalah penumpang tetap yang mejoriti.bila bersembang kelima-limanya bercakap serantak,tidak tahu yang mana bertanya yang mana menjawab yang mana membuat kenyataan.Dengan suara yang bersaing dengan bunyi enjen,sambil mulutnya mengunyah sirih dan sesekali menyemburkan cecair merah ke muka sungai,adakalanya semburan itu terbias dek kelajuan angin yang menentang pergerakan bot.Tidak ketinggalan juga yang bermata merah dan berbuih mulut kerana mabok todi,tentang aroma janganlah di kira,tetapi cepat hilang kerana tertinggal di angin lalu..Di bahagian hadapan bot ada ruangan untuk Mat saleh iaitu keluarga manager estet yang sesekali menaiki bot tersebut.Mereka akan duduk di kerusi malas macam di swimming pool dan bercermin mata hitam.Orang biasa tidak boleh duduk di situ semasa mereka ada. Penunpang lain sangat akur dengan undang-undang tersebut,atas kesedaran meraka adalah penumpang yang menumpang.

Perkhidmatan but ini di hentikan pada awal tahun 1979 sebaik sahaja perkhidmatan feri di tamatkan kerana Jambatan merentangi Sungai Bernam siap untuk di gunakan.
(Siri yang akan datang adalah kaedah kedua untuk datang ke kampong Bapak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular