DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 11 Februari 2010

Bapak siri 8(Benih yang baik jatuh ke darat menjadi bukit,jatuh ke laut menjadi pulau)

Dulu,anak-anak tidak sedar kehebatan Bapak ,ingat semua Bapak orang lain macam itu. Kesepluh-sepuluh orang anak Bapak lahir di sambut oleh tangan Bapak sendiri. Bapak bukan ada ilmu bidan atau ilmu perubatan,tidak ada,tapi Bapak sangat pemalu, Bapak malu kalau maruah emak di lihat oleh orang lain. Bapak penuh tawakkal. Sebaik sahaja emak sudah menampakan tanda-tanda bersalin,Bapak akan jerang air,dan menyediakan tempat untuk emak. Sejak Kakak agak besar sedikit Bapak akan suruh Kakak jaga api jerangan air,bila mendidih panggil Bapak. Kakak tidak tahu itu semua untuk apa.Bapak juga suruh Kakak jaga adik-adik lain jauh-jauh bawah rumah. Kakak dengar emak mengerang-ngerang,Kakak hanya berpandangan dengan adik-adik. Tidak berapa lama terdengar tangisan bayi,emak senyap,lalu terdengar Bapak melaungkan azan.Kakak tak faham apa sebenarnya. Rupa-rupanya bila adik lahir,Bapak terus lap badan adik dengan kain basah,lepastu Bapak selimutkan adik lalu diazankan. Bapak panggil Kakak dan adik-adik naik atas jaga emak.Bapak kayuh basikal,setelah anak kelima bapak start motor lalu ke rumah bidan.

Bidan dipanggil untuk memotong tali pusat.Kecuali anak ke tujuh,emak sakit dari pagi,tapi sehingga petang adik masih tidak keluar,lalu Bapak panggil bidan,bukan hantar hospital,hospital tersangatlah jauh di Teluk Anson.Hampir Maghrib baru adik Abu Ahnaf lahir,patutlah saiznya besar.Pada fikiran kakak jadi apalah adik ni bila besar nanti,rupa-rupanyanya bila besar adik ni jadi doktor.

Sepanjang emak berpantang,Bapak akan masak untuk anak-anak. Bapak tidak akan menghantar emak balik kampong sepanjang berpantang, tidak panggil pun embah atau makcik datang tolong,semua Bapak buat sendiri. Memasak membasuh,kemas rumah,mandikan bayi,sediakan air mandi emak, basuh darah emak,semua Bapak buat,Bapak hanya suruh Kakak tolong jaga adik-adik yang lain,atau angkat kain di jemuran,atau hidang makan kat adik-adik. Bila Kakak masuk asrama,emak lahirkan lagi anak ke 8 dan ke 9 iaitu Umi Ana dan Abu Naqid,kakak sudah tidak dapat tolong bapak,Umi Amira pula gantikan kakak. Semasa kakak habis SPM emak lahirkan lagi adik iaitu Abu Umar,masa ini kakak sudah berumur 18 tahun,sudah menyedari akan keistimewaan bapak.Kakak sudah pun mengambil alih tugas-tugas Bapak.Kakak sudah menyedari yang kakak juga akan menjadi sepert emak..

Anak-anak ingat semua Bapak orang lain macam Bapak.Bila semakin dewasa anak-anak baru sedar Bapak sememangnya orang hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular