DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 8 Februari 2010

Bapak Siri 6 (Bagai belut pulang ke lubuk)

Semenjak merantau Bapak jarang sekali balik kampung,bukan Bapak melupakan keluarga,bukan, jangan anggap bapak begitu.Bapak tidak cukup wang untuk perjalanan. Sabak Bernam dan Johor jauh. Al maklum,Bapak baru buka tanah,belum ada sumber ekonomi. Selepas bernikah dengan emak,Bapak bawak emak balik kampong untuk diperkenalkan pada keluarga. Masa tu Bapak masih menuntut di pondok lagi.Pada ketika itu emak tidak faham erti perkahwinan.Ibunya(Embah saya) memakaikan penuh barang kemas ditubuhnya,kerana itulah lambang kesenangan  embah.Di pertengahan jalan bapak buka semua barang tersebut dan simpan.Setelah hampir kampung baru bapak pakaikan kembali.Setibanya di kampung hebuhlah bapak membawa isteri yang masih kecil. Emak yang tidak faham erti ipar duai,dilayan dengan baik.
siap bermain skipping,beranag dalam kolam lagi dengan adik-adik iparnya yang lebih berusia.

Selepas Bapak membuka tanah,dan mempuyai 3 orang anak,barulah Bapak dapat balik kampong lagi. Bapak mengumpulkan wang hasil jualan cili,terung dan sayur-sayuran untuk perbelanjaan balik kampong. Pada ketika tu tidak lagi perkhidmatan bas ekspres, Bapak akan menaiki teksi dari Sabak Bernam ke Teluk Anson,kemudia teksi ke Tapah Road, menaiki keretapi dari Tapah Road ke Keluang, kemudia menaiki bas ke Batu Pahat,akhirnya ke Pekan Rengit lalu masuk kampong Bapak di Kampug Seri Ladang.

Keluarga Bapak amat menyayangi Bapak, mereka melayan bapak sekeluarga dengan amat baik sekali,anak-anak seronok di sana,walaupun jarang bertemu,kemesraan terjalin amat baik.Yang paling kakak ingat Pak Uda akan bawa kami naik skuter pusing keliling kampung.Tetapi Bapak tidak boleh lama-lama di kampong,bapak perlu balik,kebun bapak perlu di jaga nanti di rosakan oleh monyet dan babi. Bapak perlu bekerja untuk menggantikan wang yang telah di belanjakan.Bapak tahu adik-adik masih belum puas bermesra dengan Bapakdar,dan anak-anak belum puas bermanja dengan bapa dan emak saudara mereka,tapi apa kan daya.

Kali ketiga Bapak balik kampong setelah mempunya 5 orang anak iaitu Abu Amin,Umi Atiqah,Abu Hasan,Abu Muhaimin dan Umi Amira.Abu Sharif masih dalam kandungan ketika itu.Bapak balik sempena perkahwinan Pak Andak.Beberapa hari kami di sana dapatlah bergaul dengan sepupu-sepupu yang sebaya kami. Selepas dari itu bila balik kampong Bapak tidak dapat membawa semua anak-anak sekaligus,sebab anak-anak semakin bertambah, Bapak akan menggilirkan anak-anak yang di bawanya.Selalunya anak yang paling kecil.Yang besar tinggal di rumah,atau bapak bawa anak yang besar,emak dan anak-anak yang kecil tinggal dirumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular