DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Jumaat, 5 Februari 2010

Bapak siri 4 (Selalu menjadi orang pertama)

Bapak orang Johor,orang kata orang Johor berfikiran lebih jauh kehadapan,sebab mereka bersultankan Sultan yang moden,itu orang katalahbbukan kata saya,atau mungkin juga mereka hampir dengan Singapura,mungkinlah.Tapi saya rasa bapak memang punya kreativiti dan IQ yang tinggi.

Dalam kampong Bapaklah orang pertama membeli radio,sehingga ada yang mengecap Bapak nak ikut kafir. Tapi Bapak punya alasan sendiri. Bapak nak dengar berita. Pada tahun ketiga mereka meneroka dan tinggal di kampong tersebut mereka telah tertinggal Hari raya,pada 29 Ramadhon pagi itu penduduk kampong pergi keseberang Selangor kerana membeli-belah barang untuk hari raya,rupanya penduduk seberang telah menyambut hari raya,kerana anak bulan telah diistiharkan kelihatan.Maka merekapun pulang dan mengarahkan keluarganya berbuka puasa,tetapi ada yang meneruskan berpuasa dan menyambut hariraya pada keesokan harinya. Meraka tidak ada hubungan kumunikasi dari luar. Atas kesedaran itu Bapak membeli radio.Selalu Bapak buka saluran indonesia,Bapak dengar suara sukarno,mengajak rakyat indonesia mengganyang Malaya,mengganyang Rahman dan kuncu-kuncunya cukup-cukup. Kadang Bapak buka saluran yang menggelar mereka suara Malaya,sebenarnya meraka adalah dari parti komunis Malaya,yang berpengkalan di Rupablik Cina, mereka fasih barbahasa melayu.Emak pula suka drama dalam Syair,lakonan Jahlilawati. Saluran radio Singapura. Dalam kampong bapaklah orang pertama yang tahu semua kena perintah berkurung semasa peristwa 13 Mei sebab bapak dengar berita.

Bapak juga orang pertama membina rumah rendah,sebab Bapak orang Johor,rumah Bapak adalah rumah Johor,rumah orang lain tinggi-tinggi dan di bawah rumahnya di tambat kambing peliharaan.Tapi rumah bapak memang lain dari yang lain. Bapak juga orang pertama membina dapur atas tanah yang bersimen, orang kampong kata nanti masuk babi baru tahu.Tapi itu tak pernah berlaku pun pada ketika itu.Bapak orang pertama yang anaknya masuk asrama penuh,orang pertama anaknya ke luar Negara,dan orang pertama anaknya masuk universti.Bapak memang berfikira jauh terkehadapan,berbanding penduduk kampong itu,tapi kampong tu sahajalah,bukan kampong lain.

Walaupun bapak tinggal jauh dipendalaman,bapak sering membelikan kakak dan abang bahan bacaan contohnya seperti Utusan Pelajar atau komik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular