DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Khamis, 12 Ogos 2010
Insan Rabbani
Hari ke dua puasa,hari pertama semalam sekolah ambil cuti.Masa rehat Pusat sumber sekolah menjadi tumpuan,ada yang membaca buku mengisi rekod nilam,bermain indoor game,seremban,congkak,karem dan yang menonton Astro.Semasa terpapar satu iklan,kanak-kanak perempuan menari-nari berminiskirt.
"Eee yerk,tak tutup aurat"
"puasa mana boleh buat cam tu"
"Yang ngko pandang buat apa,puasa tak boleh tengok aurat perempuan"
Makbonda jengok,dialog siapakah itu,owh murid tahun 3.
Alangkah bagusnya jika pendinding diri mereka itu kebal sehinggalah mereka dewasa.
Selapas rehat makbonda masuk kelas mereka untuk muzik,entah dasar apa pihak pentadbir memasukan makbonda jadual muzik tahun 3 yang buta note musik ni,mungkin sekadar memenuhkan waktu,dan dianggap mata pelajaran ni tak penting. Walaubagaimanapun sebagai amanah makbonda ajar juga mereka menyanyi lagu-lagu nasyid walaupun dalam ringkasan ikut sukatan sebenar.
Tiba-tiba ilham menjelma dalam diri makbonda,masa muzik nanti nak ajak mereka tadarus.Agak terkejut juga mereka,selama ni yang ada program tadarus ialah murid tahun 6 sahaja.
"Kenapa baca quran cikgu?" tanya Alia
Cikgu tak sempat jawab pun tapi dah di jawab oleh sesama mereka
"Ialah,puasa mana larat nyanyi."
"Haah kan cikgu,nanti puasa kalau nyanyi cepat dahaga."
"Ialah kan bulan puasa bulan Alquran,kenalah baca quran"
"Bulan ramadhan,kita kena lipatgandakan pahala kan cikgu."
"Hmm cikgu tak payah jawab,semua dah terjawab kan,murid tahun 3 ni memang semuanya bijak-bijak dan pandai belaka,mudah-mudahan sampai besar nanti terus jadi orang baik-baik,lepas tu doakan cikgu"
"Insyaallah"jawab mereka serentak.
Kami membaca juzuk 30,bergilir-gilir setiap surah.Maha suci Allah, dalam di sana-sini kedengaran cerita ramai anak-anak tercicir dari membaca Al Quran,tidak bagi murid tahun 3 sekolah ini.Makbonda bukan ustazah,tersangatlah teroja mendengar bacaan mereka dengan tajuid dan makhraj yang betul,sebutan qalqalah yang jelas. Alhamdulillah,siapalah yang mendidik mereka.Bila Makbonda lihat latar belakang mereka rata-rata adalah berlatrbelakangkan ibubapa yang biasa-biasa sahaja tapi sempurna dari segi ilmu.
Dari rakan-rakan guru sekolah lain,mereka menceritakan ada dikalangan pelajar mereka tidak pernah solat,bila ditanya rupa-rupanya ibubapa merekapun tidak solat,apa lagi membaca Al Quran.
Tahniah diucapkan kepada sesiapa yang terlibat mencetak anak-anak ini menjadi insan Rabbani yang bertaqwa dan beramal soleh.Semoga mereka membesar dengan jati diri yang tinggi,menghadapi persekitaran yang penuh onak dan duri ini.
Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (QS. Luqman :16)
Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (QS. Luqman :17)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Salam :)
BalasPadamPengalaman saya, jika murid mengaji di sekolah dan juga di rumah mereka akan cepat menguasai bacaan. Namun, ada juga yang mengharapkan guru semata-mata untuk mengajar al-Qur'an (sekali atau 2kali sahaja seminggu). Hasilnya, apabila cuti sekolah seminggu atau lebih, semua yang diajar terus dilupai. Akhirnya guru terpaksa mengajar dari bawah semula.
Ramadhan Mubarak Makbonda :)
BalasPadammoga ramadhan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya..i.Allah
Salam Ros,betul,pencapaian anak-anak bergantung kepada latarbelakang keluarga sebenarnya.Sebab itu wahai bakal-bakal ibu bapa,sediakan dirimu sebelum melangkah ke gerbang itu.
BalasPadamSalam Ramadhan Ros.
Tukang kata,
BalasPadamMubarak,
semoga begitu lah hendaknya,pergunakan peluang yang ada.