DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Selasa, 17 Ogos 2010
Penyambung perjuangan seorang ibu.
Tika itu kakak berpuasa bersama Abang Abu Amin,adik Abu Hasan dan Abu Muhaimin,adik-adik yang lebih kecil ummi Amira dan Abu syafik serta Abu Ahnaf belum puasa,mereka masih kecil.Waktu sahur kakak tidak payah memikirkan apa-apa.Bila emak atau bapak kejutkan entah kali ke berapa kami akan duduk dihadapan nasi dan lauk yang masih panas,bapak kejutkan kami semasa menghabiskan salam solat malamnya entah solat yang ke berapa,kekadang emak kejutkan sembil menidurkan adik-adik yang belum berpuasa entah terjaga kali yang keberapa kakak pun tak sedar.Kakak tidak memikirkan langsung entah masa bila emak dan bapak memulakan bangun dalam peroses bersahur ini.Tapi yang pastinya mereka akan menyalakan api kayu untuk memasak ,dan menunggu nasi tanak atau air mendidih sambil berteleku di atas sejadah,bila semuanya telah siap barulah kami dibangunkan.Yang pastinya mereka tidak pernah mengejutkan kakak untuk menolong mereka,perkara ini berlarutan sehinggalah kakak remaja.
Seusia 14 tahun baru kakak dapat hidayah,suatu hari kakak terjaga dan nampak bapak sedang menggoreng ikan sedangkan emak tengah menidurkan adik kecil yang terjaga. Alangkah malunya rasa dihati,kakak anak perempuan yang dah besar tapi bapak didapur.Sebenarnya sebelum ni kakak sedar itu,tapi berat rasa nak bangun, kali ini tidak, sel kematang kakak telah mula melengkap, sejak itu kakak mula mengambil tugas menggantikan mereka.Kakak pun tidak pasti apakah perasaan emak ketika itu,sebab beliau tidak pernah belajar tentang dalam pendidikan itu perlu ada ganjaran dan dendaan.
Sekarang kakak itu telah menjadi makbonda,yang meneruskan perjuangan bapak dan emak untuk meneruskan generasi melengkapkan rukun Islamnya.Bezanya makbonda tidak perlu menghidupkan kayu api,segala-galanya dihujung jari,kemudian akan berjalan dari bilik kebilik mengetuk pintu dan entah berapa kali,sekali sekala darjah nafsu amarahnya meningkat juga tetapi mengenangkan apa yang telah dilalui ketika jadi kakak dulu segera menurun kembali. Perkara ini adalah satu amalan bukan beban.Setiap mahu memulakan tidur malam tidak lupa memohon pada Yang Menidurkan kita untuk terjaga jam 4 pagi.Terlewat bangun maka terlewatlah seisi rumah untuk bersahur.Pernah juga sesekali seisi rumah hanya sempat meneguk air kosong dan seulas tamar atau sekeping biskut sahaja.
Sesungguhnya,mengejutkan anakanak bersahur adakah satu perjuangan,memerlukan darjah kesabaran yang tinggi,dan kesedaran tentang keberkahan dalam bersahur.sesekali terbit mazmumah dalam diri,tanpa kita habis semua tidak sahur. Pada yang kecil mereka dengan mudah dimomokkan kalau tidak bersahur nanti perut kosong badan lemah,tidak lalu untuk berpuasa,sebab itu mereka akan bangun dan makan dengan bersungguh-sungguh,tetapi pada yang sudah remaja,mereka rasa mereka sudah besar,sudah kuat ketahanan,nikmat bantal dan selimut lebih tinggi nialainya dari nikmat menyuap makanan,akibatnya lenyaplah jadual bersahur sepanjang berpuasa. Perkara ini berlaku akibat si pengejut sahur terlupa menanamkan rasa keberkatan bersahur dalam jiwa mereka,kefahaman bersahur adalah hanya untuk makan dan minum sahaja tanpa niat ibadah lain.mereka tidak tahu tentang tawaran-tawaran lain yang terdapat dalam sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW.
Wahai anak-anak ku,bangunlah sahur,alangkah beruntungnya orang yang bangun sahur,dia dapat 2 kebaikan. Pertama dapat makan supaya tidak terlalu lapar pada siang hari. Kedua dapat ganjaran pahala dan keberkatan.betapa malangnya orang yang diber makan kemudian diberi pahala pula lalu tida mahu nenerimanya.
Kelebihan Makan Sahur
1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan