DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Isnin, 2 Ogos 2010

MASA YANG BERLALU BEGITU PANTAS........



Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa
dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)



Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al-Ahqaf 46, ayat 15)

Masa tahun 1986, 2 0gos adalah jatuh pada 26 Zulkaidah 1406 bersamaan hari Sabtu.Pada jam 11 pagi seorang jejaka telah melafazkan akad nikahnya di hadapan bakal bapa mertua.Selepas itu si gadis telah mendapat status menjadi seorang isteri.sekarang pasangan ini telah menempuh bahtera rumah tangga selama 24 tahun.Terasa masih baru lagi.Sigadis itu telah menjadi MAKBONDA

11 ulasan:

  1. Salam :)

    Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke-24. Semoga terus bahagia di bawah rahmah dan inayah-Nya. Ameen.

    BalasPadam
  2. Terimakasih Ros,selamat berziarah.

    BalasPadam
  3. Selamat ulang tahun.....
    Dah 24 tahun rupanya ya Mbak Ayu....
    Rasa baru je gejobos terima menantu pertama dalam keluarga Ustaz Zek....


    Semoga terus dirahmati Allah....

    BalasPadam
  4. Terimakasih ckLah,rasa macam baruje kan? rasanya banyak lagi perkara mengenai abang nasir yang belum ditemui.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum semua,
    Tahniah kak, semoga berkekalan hingga ke destinasi terakhir.

    BalasPadam
  6. salam makbonda,
    Happy anniversary buat makbonda dan suami. Moga dikurniakan kesihatan, jodoh dan kasih sayang yang berpanjangan. Amin.. :)

    BalasPadam
  7. Salam Nisha,terimakasih,bersama-sama kita berdoa dan mendoakan.

    indah,terimakasih mendoakan,semoga diperkenankan.

    BalasPadam
  8. salam makbonda~

    selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-24..moga senantiasa dalam barakah Allah swt,inshaAllah.ameen.. :))

    ps; anak m.bonda yang sulung dah umur 24 la ye..;)

    BalasPadam
  9. Terimakasih Hajar,anak yang sulung lahir 1987,sebaya hajar ye?dia jadi teacher di Selatan johor.

    Selamat menempuh Ramadhan.

    BalasPadam
  10. Semoga cepat jadi MbahNenda pulak..

    BalasPadam
  11. Dik,cucu saudara dah ada beberapa orang.

    BalasPadam

Catatan Popular