DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 22 Disember 2010

....rantai....


Mona,nama asalnya Mas Mona,Seorang menantu, yang cukup liat pulang kerumah mertuanya,pada suatu hari terpaksa pulang juga kerana si suaminya akan berkumpul adik beradik untk membincangkan hal kenduri walimah adik bungsunya.Sesampainya hari telah gelap.Bangun pagi anak yang berusia 1 lebih ditimpa selesema dan suhu badan agak berbeza dari paras normal.Seharian si menantu meriba anaknya tanpa melakukan kerja-kerja lain di rumah mertuanya.

Kak Laila, yang setengah anak Mak Odah suka jaga tepi kain orang,tapi tidak kata Mak Odah, datang dan cukup impati melihat kegelisahan Mas Mona.

“Anak demam ke Mona?”

“Ye,ni yang I tak selesa ni,I cukup susah bila anak demam”

Padahal masa anak tak demampun dia sentiasa tidak selesa sepanjang berada dirumah emak mertuanya.

“Biasalah anak demam Mona,akak dah bela 7 orang anak,demam macam ni nak kuatkan stamina dia,nak bagi aktif antibody dia”

“Ye lah the problems is ia tak suka anak demam-demam ni,takut jangkitan ke otak,tu lah I dah rasa something happened before bertolak dari rumah lagi,tapi dady dia beria sangat nak datang sini,hati seorang mummy tau,dapat rasa somethings happened kat anak-anak,dia apa tau,asyik asyik nak balik rumah mak dia je,dia syok sembang ngan adik beradik dia,tak fikir anak. Itu yang I geram sangat kat Joe tau,bukan nak faham hati I”

“Ya lah Mona,betul kata kamu,hati seorang ibu,sampai besar pun anak,hati seorang ibu,tetap sama,satu hari baby ni besar macam Marjoned juga. Walau dah kahwin kena balik jumpa mak dia jugak….. kan baby kan,” Sambil mendemah-demah dahi baby yang katanya demam taklah berapa panas yang mengatakan dia demam panas,sebenarnya hanya selsema biasa.

“Kalaulah isteri kamu tak nak balik, kesian mamy kamu tau,sok dah besar jangan buat macamtu ye sayang.”

“The reason why I don’t like her, but its true”jiwa Mona bermonolog.

Tapi itu Mona dulu,Mas Mona sekarang sudah mesra balik rumah mertua.Dia tidak mahu perilakunya di warisi oleh anak-anaknya nati,dia mahu putuskan rantai itu.Terimakasih Tuhan,turunkan insan penjaga tepi kainnya.

5 ulasan:

  1. Salam. Pernah seorang teman saya menasihatkan saya supaya "jangan banyak mulut" dengan anak-anak dan menantu kalau nak berbaik. Semasa dia kata saya belum ada menantu. Saya bercerita dengannya "kehendak" saya atas anak dan menantu. Kata teman-teman kalau banyak "syarat" alamat tak dapat menantulah, walau pusing dunia 3 atau 4 kali. Kemudian kami semua gelak. Sebenarnya realiti hidup sememangnya mengundang kita sedikit sebanyak menunjuk ajar dan menasihat genarasi pewaris kita. Semoga Allah menunjuki jalan dan memudahkan segala urusan.

    BalasPadam
  2. Salam makbonda,
    Memang patut kena berbaik-baik dgn mertua. Bila orang muda tersilap jalan, memang perlukan nasihat orang tua untuk betulkan perjalanannya.
    Kerap balik berjumpa mertua sebenarnya membuat kita lebih saling memahami :D

    BalasPadam
  3. oh, ya... saya bawakan bubur asyura terengganu. er.. jamu mata je ya makbonda. sebab dah abis. bubur tu tak tahan berhari-hari. :)

    BalasPadam
  4. Puan,
    Dalam hubungan menatua menantu

    kadangkala mentua yang betul,manentu tidak,ada ketikanya bertemu titik pertemuan,
    Kadangkala menantu yang betul,mertua tidak,ada ketikanya bertemu titik pertemuan,
    Kadangkala kedua-dua mertua dan menantu betul,mereka sentiasa dalam titik pertemuan dan kerahmatan,
    Tetapi kadangkala mertua dan menantu kedua-duanya tidak betul,titik pertemuannya jauh,suami atau anak akan tersepit dalam keserbasalahan.Nauzubillah.....

    BalasPadam
  5. indah,
    Setuju sangat.

    Makbonda harap suatu masa dapat menikmati air tangan indah..:)))

    BalasPadam

Catatan Popular