DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 31 Ogos 2010

Gurindam merdeka

Pejuang bahasa marah,penjajah mengusik bahasa mereka,
Pejuang bangsa marah kerana penjajah memadamkan bangsa mereka,
Negarawan marah , penjajah mencuit kuasa mereka,
Pejuang agama marah ,penjajah mempertikai hukum hakam mereka.

Pejuang bahasa berjuang agar bahasa mereka didaulatkan kembali,
Pejuang bangsa berjuang agar bangsanya gemilang kembali,
Negarawan berjuang agar tahta mereka ke pangkuan kembali,
Mujahid berjuang agar alquran dan hadis di pegang kembli.

Bila disebut tokoh kemerdekaan,
Ada yang apabila kuasa mereka diambil oleh penjajah,
Lalu kuasa mengutip cukai berpindah,
Lalau tenaga mereka dikerah.

Ada juga tokoh yang dendam,
Apabila diberi kedudukan lalu dia diam.
Perjuangan menjadi padam.

Ada tokoh yang marah,
Apabila bangsanya letak di bawah,
Lalu ditiup api asyobiah’
Lalu menyala nafsu amarah

Ada tokoh yang tegamam
penjajah mula menggantikan hukum-hakam
alquran dan hadis dianggap kejam
hukum akal menjadi fahaman,
Lalu titisan darah menjadi gadaian.


Walau siapakah mereka
Walau pun siapakah tokoh kita
Semua cerita adalah telah diatur cara
Oleh yang maha kuasa.
Untuk insan menilai harga.

Walau dimana kita berada
Pilihlah,siapa diri kita,
Ditangan kita terletak kuasa.
Agar kita tidak alpa,
Syafaat siapa yang kita damba,
Juga adakah kita bersedia
Apabila kita ditemuduga
Bila tiba di alam sana,
Apakah diterima oleh NYA.

Siapakah makhluk tanpa Khaliqnya.
Sedangkan yang gugur dimedan perang menentang kufur
belum tentu syahidnya
jika diniatkan selain agama
apalagi ,jika niat asalnya sudah nyata.

kg banting
31 ogos

Ahad, 29 Ogos 2010

Amin Si Anak Gajah

Makbonda nak kongsi video yang didapati dari facebook sepupu makbonda Dr Zainur Rashid. Ia adalah hasil seorang Juara Pertandingan Media Kreatif 2010 anjuran biro Sukan Rekreasi dan Kebudayaan (SURIA) ISMA Victoria. Pertandingan diadakan sempena sambutan kemerdekaan ke 53 dengan tema "Semarakkan Jiwa Kemerdekaan". Saksikan.



Ini pula sebuah sajak yang Makbonda jumpa semasa gogle sajak kemerdekaan. dari sini
Membaca Puisi Hari Kemerdekaan

Mengulang-ulangkan lafaz
merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka
merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka
merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka

mengulang-ulangkan perarakan
jalurjalurjalurjalurjalurjalurjalurjalur
jalurjalurjalurjalurjalurjalurjalurjalur
jalurjalurjalurjalurjalurjalurjalurjalur
gemilang di seluruh pelusuk rusuk negara

mengulang-ulangkan seruan
mengulang-ulangkan harapan
mengulang-ulangkan gambaran
merdekakan mereka yang tak merdeka
merdekakan mereka yang tak memerdekakan
merdekakan mereka yang tak memerdekakan kemerdekaan
mengenangkan mereka yang bangun memerdekakan

memerdekakan fikiran
memerdekakan harapan
memerdekakan gambaran
memerdekakan seruan
memerdekakan kuasa
memerdekakan hamba
memerdekakan kamukamu
memerdekakan akuaku
memerdekakan perpaduan
memerdekakan belenggu
memerdekakan pisau
memerdekakan sasau
memerdekakan diam

mengenangkan jasasasa mereka yang bangun memerdekakan
mengenangkan keringatdarah mereka yang bangun memerdekakan
mengenangkan taksiapasiapa mereka yang bangun memerdekakan
selepas membaca puisi hari kemerdekaan
selepas mendengar amanat tentang hari-hari kemerdekaan
selepas mencatat matlamat berkenaan sebuah kemerdekaan
dewan yang meruangkan suara
tinggal menyepi yang akan didatangi lagi
setiap tahun dan sekali
jalurjalur gemilang berkibar sendiri
lafaz merdeka tinggal di telinga hingga didengar
nanti tahun kemudiannya berulang diulangkan lagi
habis di sini!

Kota Kinabalu.
23 Ogos 2001.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Peluang berterawikh yang hampir hilang...



Saya balik ke kampong bapak,berterawikh di masjid. Masjid yang asalnya didirikan dengan tenaga empat kerat penduduk kampong. Dulu, tempat berwudhuk hanyalah sebuah kolam yang di korek dipermukaan kerak bumi,tiada tandas yang ada hanya tandas untuk buang air kecil. Sekarang masjid telah ubahsuai,mendapat peruntukan,kemudahan seperti masjid-masjid lain di seluruh Malaysia.Sangat banyak perubahan fizikalnya. Tapi yang tidak berubah ialah kamakmurannya. Anak-anak kampong semua keluar dari kampong,mereka belajar,masuk IPT tapi pekerjaan mereka tiada di kampong,mereka tinggal merantau , memakmurkan masjid-masjid di tempat tinggal mereka.Tinggalah ibubapa yang tinggal berdua-duan di rumah,atau ibu-ibu tunggal atau pasangan ibubapa muda yang berkahwin dengan anak tempatan yang jika mereka keluar kampong hanya akan bersaing dengan warga Nepal menjawat jawatan pegawai keselamatan atau pembersih bangunan atau yang seumpama dengannya,jadi lebih baik mereka tinggal dikampung mengerjakan kebun-kebun kelapa sawit yang menjanjikan pendapatn yang boleh menampung kehidupan mereka seisi keluarga,sekurang-kurangnya meraka punya rumah sendiri di tapak tanah ibubapa mereka..


Malam itu malam minggu,beberapa anakperantauan termasuk saya pulang untuk mengunjungi ibu bapa,kepulangan kami menambah bilangan shaf di dalam masjid.Satu kelebihan pada pada anak-anak perantau ini,kepulangan mereka akan menambah kemakmuran kerana mereka akan hadhir suami isteri dan anak-anak.Untuk mengharapkan anak-anak yang tidak merantau mereka masih jauh dari ilmu, dunai dan akhirat,kasihan sungguh mereka.Semasa bersolat terdengar suara berbual di luar tempat solat,mungkin mereka hanya bersolat 8 rakaat sahaja,namun dari mula sehingga akhir berterawikh,suara itu tidak berhenti,kekadang berderai ketawa,bila tiba doa witir di bacakan terdengar derauan motorsikal dan suara itupun lenyap.Rupanya mereka adalah sekumpulan anak remaja yang beribubapakan pasangn muda di kampong.Memang begitulah keadaannya kata emak setiap malam,tiada siapa yang sudi menegur mereka.


Dulu bapaklah yang mengimamkan solat,pada ketika itu tiada apa-apa elaunpun untuk bapak. Patah-patah bacaan bapak cukup menusuk hati,menarik makmum untuk menghayati,Membaca Fatehah dan surah bagai bercakap dengan Tuhan.Doa yang di bacakan jelas dan diaminkan penuh keikhlasan. Kini bapak telah uzur,kaki bapa telah tidak dapat duduk tahyat dengan sempurna,adakalnya bapak terpaksa solat duduk dengan melunjurkan kaki,bapak telah uzur.

Kini Imam muda yang menggantikannya, yang mendapat elaun setiap bulan,pemilihan mereka bukan seperti pemilihan imam muda di Astro,yang bersaing antara yang terbaik, mereka di pilih kerana sudah tidak ada pilihan lagi. Saya rasa elok pengurusan masjid mencari imam khas dari luar,rasanya duit masjid banyak sebab ramai pihak yang mewakafkan tanah. Tanah-tanah tersebut telah di tanam sawit yang hasilnya agak lumayan.

Harapan makbonda agar satu masa nanti apabila anak-anak yang merantau sampai tempoh bersara,akan pulang ke kampong halaman.Mereka akan kembali menetap di kampung lalu member warna baru pada masyarakat kampong terutama masjidnya.Mereka akan membawa idea-idea baru bagi menyuntik jiwa rakan-rakan sepermainan mereka semasa kekecil dahulu.Kenalkan mereka tentang iftar,tazkirah dan kuliah subuh. Bukan hanya setakat Maulud Nabi dan Isra’ Mikrj sahaja. Mengubah kebiasaan anak-anak rakan mereka agar tidak hanyut dibawa arus.Mereka masih belum terlalu jauh,setakat ini belum kedengaran gejala dadah,atau masaalah social lain yang hebat,seperti yang melanda kampong lain. Penduduk kampong sekarang ini sudah tidak perlu diberi suntikan tentang taraf ekonomi,sebab rata-rata mereka sudah matrealistik, meraka kehausan suntikan kerohanian,mereka sudah beransur alpa tanggungjawab pada Khaliknya.

Mungkin 20 tahun lagi kerana anak bapak yang sulung, Abu Amin baru 51 tahun,dan yang bungsu Abu Umar baru berusia 30tahun,Semoga Allah memanjangkan usia mereka agar sempat berbakti pada kampong halaman.

Teringin sangat nak berterawikh dalam suasana begini;



Kalau tak dapat situasi di atas, seperti inipun boleh.

Selasa, 24 Ogos 2010

Ramadhan yang semakin berlalu............



Dengan kemudahan online,mudahnya kita merujuk ilmu,google sahaja hikmah ramadhan,ni dia berderet-derat web yang menawarkan.Copy paste dan print,jilidkan dalam file,menjadi santapan rohani.Kata ustaz-ustaz dalam tazkirah juga apa yang kita niatkan ataupun mahukan dalam ramadhan itulah yang kita dapat,kita nak banyak duit?boleh jual di bazaar ramadhan,kita nak makan?juga pilih sahaja di bazaar ramadhan.Kita nak keberkatan atau kerahmatan?rebutlah peluang sebanyak-banyaknya sebab setiap amalan yang kita lakukan,berlipat kali ganda ganjarannya.
Makbonda memang suka bulan Ramadhan,kalau dalam satu tahun dapat beberapa bulan bulan Ramadhan pun makbonda reda.Kenapa makbonda suka pada bulan keberkatan dan kerahmatan ini?

Bila tiba bulan ini,jadual hidup makbonda lebih teratur,waktu rehat tidak perlu ke kantin. Masa digunakan menyemak murid tahun 6 bertadarus,kalau tidak pun banyak lagi kerja-kerja yang perlu di bereskan.

Pulang dari sekolah,kalau hari biasa terpaksa singgah kedai untuk membeli lauk , atau memasak sesampai sahaja dirumah,penat.Anak dan suami perlu makan tengahari.Pada Ramadhan balik sekolah terus solat dan berehat.

Pada bulan Ramadhan selain daripada perut ,dapur dan singki juga mendapat rehat sama sebab memasak hanya dua kali sahaja,jadi tempoh dapur dan singki berehat agak lama,dan sentiasalah rapi,kemas dan kering.Pada hari biasa entah berapa kali terpaksa mengutip cawan dan membersihkan sinki.

Orang kata bulan Ramadhan budget seperti arus air terjun,tapi tidak bagi kami. Hari biasa perlu mengeluarkan budget untuk belanja belanja anak-anak untuk makan di kantin,juga untuk diri sendiri juga,tapi di bulan Ramadhan tidak perlu. Kami juga bukan pengunjung setia bazaar-bazar Ramadhan yang bertaburan di sana-sini.

Pada bulan ini juga kita boleh membaiki skill memasak sebab setiap hari kita memasak,berbanding bulan lain.Bawang merah, putih dan kentang sering bertukar menjadi anak benih,sebab jarang amat penggunaannya.

Pada bulan Ramadhan juga kita mendapat kekuatan untuk mengamalkan solat-solat selain solat fardhu.Tidak ada sebab untuk kita tidak mampu solat malam sebab sudah sememangnya kita sedia bangun untuk menyediakan hidangan bersahur.
Kadar makan atau minum diluar agar lebih kerap di bulan selain Ramadhan.Masakan luar bukan bagus sangat untuk kesihatan,selain kandungan msg yang lebih juga kaedah pencucian bahan mentah belum terbukti kesahihannya.

Sesungguhnyalah Ramadhan adalah sebuah madrasah,ketikanya semakin berlalu,dipenghujung nanti sibuk dengan hari raya,apakah segala yang kita lalui sepanjang dalam madrasah ini dapat kita teruskan dalam kehidupan?

Ahad, 22 Ogos 2010

Cerita Syasa lagi

“Cikgu,Syasa gaduh lagi dengan Aina”

Selain suka merajuk,itulah Syasya,bergaduh,lidahnya amat fasih bila berhujjah,idea perbendaharaanya tinggi macam mak-mak.Tidak sempat pun cikgu membuka mulut,

“Bukan kita yang mulakan,dia,dia buat hati kita sakit dulu,pas tu bila kita cakap diapun cakap tak nak diam,orang kalau kita marah diamlah,nia dia cakap aje,camana tak gaduh……….”

Dalam kepala cikgu berputar-putar mencari kebijaksanaan,tiba-tiba Iza cantik dan berbudibahasa anak Maulana itu menyampuk

“Cikgu,orang yang suka bergaduh tu kan,dia makan makanan tak halal”

Lagi satu kejutan dari budak seusia 7 tahun.

Tiba-tiba Acik pula menyampuk “Dia makan babi ke”

Sebelum bertambah kecelaruan minda "Ok semua orang letakkan pensel warna,terbalikan kertas lukisan,bangun,duduk,bangun duduk. Baik ,ada tak yang pandai nasyid taubat,mari kita bernasyid”

Semua pandai,ustazah dan ustaz sekolah petang dah ajar.

Lepas bernasyid,cikgupun huraikan sedikit makna,setakat ilmu yang lebih kecil dari noktah, dari tinta ballpen yang cikgu ada.

“Baik,siapa kat sini yang suka makan?makan apa?siapa suka makan makanan ringan yang beli kat kedai?”Ooh ramai,termasuk Syasa.

"Tadi Acik kata makan haram tu babi ye, ok banyak lagi makanan tak halal tu antaranya ialah;

Pertama makanan yang kita makan tanpa mintak izin dengan tuannya,contohnya kita mium air bekal orang lain,

Kedua makan hasil curi,walaupun bukan kita yang curi tapi kita yang makan,

Ketiga,makanan yang tidak di cuci bersih,macam ikan ke atau lain-lain sebelum masak kenelah cuci bersih kerana sebelum tu ada najis.

Keempat, makanan yang kata al Quran haram,maka tidak halallah. Daging binatang yang disembelih tak baca bismillah,ataupun yang disembelih oleh orang belum masuk Islam,

"Ke berapa ye cikgu lupa?”
“Kelima” jawab semua
“Ya, kelima,makanan ringan kat kedai yang dicampur dengan lemak haiwan yang di larang dalam Quran,sebab tu kita rasa sedap.Siapa suka makan jajan-jajan kat kedai?” 3 suku mengangkat tangan,yang lain malu-malu.

“Bila kita makan makanan tidak halal,syaitan senang nak masuk badan kita,jadi kita kawan degan syaitan,syaitan suka buat orang gaduh,nanti dia akan tepok tangan.kita akan rasa sakit hati dengan kawan,kawan cakap sikit kita dah marah,lepas ni siapa yang nak makan jajan lagi?”
Tiada yang angkat tangan.



Berilah anakmu nama yang baik , makanan yang halal, pisahlah dari tempat tidurnya dan kawinkanlah setelah dewasa (HR.Annasai).

Jumaat, 20 Ogos 2010

Nafsu


Makbonda ingin berkongsi apa yang makbonda jumpa dalam buku Bingkisan Ramadhan terbitan Pertubuhan Kegiatan dakwah Islamiah,Sekolah-sekolah Malaysia cawangan Selangor,terbitan 2009,di bawah tajuk Merdekakah diri kita daripada syaitan dan nafsu.

Al-Khubawwiyi seorang ulama yang hidup pada abad ke 13 Hijrah menceritakan perihal nafsu. Ketika Allah berfirman kepada nafsu: “Wahai nafsu,mengadapalah kamu!” Nafsu tidak menjawab,sekadar mediamkan diri. Lalu Allah berfirman lagi: “Siapakah engkau da siapakah Aku?” Lalu nafsu berkata: “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau” Alah s.w.t menyiksakannya di dalam neraka Jahim selama 100 tahun dan kemudian dikeluarkan. Allah berfirman lagi: “Siapa engkau dan siapakah Aku? Jawab nafsu, “Aku adalah aku,Engkau adalah Engkau”. Lalu, pada kali ini,Allah s.w.t menyiksa nafsu di dalam nereka Juu’(kelaparan) selama 100 tahun tanpa makan dan minum. Setelah dieklarkan allah s.w.t berfirman; “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”Nafsu menjawab “aku adalah hambaMu yang Engkau ciptakan dan Engkau thanku,yang Maha Agung,pemilik ala mini” Demikianlah nafsu yang sifatnya degil dapat ditundukan apabila kelaparan,Inilah kelemahan nafsu.Maka berpuasa adalah salah satu cara untuk menundukan nafsu, jika nafsu dapat ditundukan,mudahlah untuk mengabdikan diri kepada allah.

Entah ianya dari hadith dhoif atau sohih,ilmu makbonda yang lebih kecil dari setitik noktah dari tinta ballpen berbanding dengan seluas lautan itu tidaklah layak untuk mengulas apa-apa.Makbonda menunggu-nunggu juga semasa tazkirah Ramdhan,atau ceramah atau ruangan-ruangan dalam radio ikim atau dari media-media elektronik lain kut ada di perkatakan kesah di atas,tapi tak dengar.Walaubagaimanapun elok juga kita gunakan sebagai ilmu untk mengenali dengan lebih dekat lagi objek yang dinamakan nafsu ini.

Tapi yang jenis insane berpuasa tahap awam,semakin di tundukan nafsu semakin kuat ia meronta,lalu ianya terlepas maka penuhlah hidangan dengan koleksi dari beberapa bazaar-bazar yang telah siap berjadual untuk di kunjungi.Itu sebabnya elakan pergi kepasar semasa perut lapar.

Selasa, 17 Ogos 2010

Penyambung perjuangan seorang ibu.


Tika itu kakak berpuasa bersama Abang Abu Amin,adik Abu Hasan dan Abu Muhaimin,adik-adik yang lebih kecil ummi Amira dan Abu syafik serta Abu Ahnaf belum puasa,mereka masih kecil.Waktu sahur kakak tidak payah memikirkan apa-apa.Bila emak atau bapak kejutkan entah kali ke berapa kami akan duduk dihadapan nasi dan lauk yang masih panas,bapak kejutkan kami semasa menghabiskan salam solat malamnya entah solat yang ke berapa,kekadang emak kejutkan sembil menidurkan adik-adik yang belum berpuasa entah terjaga kali yang keberapa kakak pun tak sedar.Kakak tidak memikirkan langsung entah masa bila emak dan bapak memulakan bangun dalam peroses bersahur ini.Tapi yang pastinya mereka akan menyalakan api kayu untuk memasak ,dan menunggu nasi tanak atau air mendidih sambil berteleku di atas sejadah,bila semuanya telah siap barulah kami dibangunkan.Yang pastinya mereka tidak pernah mengejutkan kakak untuk menolong mereka,perkara ini berlarutan sehinggalah kakak remaja.

Seusia 14 tahun baru kakak dapat hidayah,suatu hari kakak terjaga dan nampak bapak sedang menggoreng ikan sedangkan emak tengah menidurkan adik kecil yang terjaga. Alangkah malunya rasa dihati,kakak anak perempuan yang dah besar tapi bapak didapur.Sebenarnya sebelum ni kakak sedar itu,tapi berat rasa nak bangun, kali ini tidak, sel kematang kakak telah mula melengkap, sejak itu kakak mula mengambil tugas menggantikan mereka.Kakak pun tidak pasti apakah perasaan emak ketika itu,sebab beliau tidak pernah belajar tentang dalam pendidikan itu perlu ada ganjaran dan dendaan.

Sekarang kakak itu telah menjadi makbonda,yang meneruskan perjuangan bapak dan emak untuk meneruskan generasi melengkapkan rukun Islamnya.Bezanya makbonda tidak perlu menghidupkan kayu api,segala-galanya dihujung jari,kemudian akan berjalan dari bilik kebilik mengetuk pintu dan entah berapa kali,sekali sekala darjah nafsu amarahnya meningkat juga tetapi mengenangkan apa yang telah dilalui ketika jadi kakak dulu segera menurun kembali. Perkara ini adalah satu amalan bukan beban.Setiap mahu memulakan tidur malam tidak lupa memohon pada Yang Menidurkan kita untuk terjaga jam 4 pagi.Terlewat bangun maka terlewatlah seisi rumah untuk bersahur.Pernah juga sesekali seisi rumah hanya sempat meneguk air kosong dan seulas tamar atau sekeping biskut sahaja.

Sesungguhnya,mengejutkan anakanak bersahur adakah satu perjuangan,memerlukan darjah kesabaran yang tinggi,dan kesedaran tentang keberkahan dalam bersahur.sesekali terbit mazmumah dalam diri,tanpa kita habis semua tidak sahur. Pada yang kecil mereka dengan mudah dimomokkan kalau tidak bersahur nanti perut kosong badan lemah,tidak lalu untuk berpuasa,sebab itu mereka akan bangun dan makan dengan bersungguh-sungguh,tetapi pada yang sudah remaja,mereka rasa mereka sudah besar,sudah kuat ketahanan,nikmat bantal dan selimut lebih tinggi nialainya dari nikmat menyuap makanan,akibatnya lenyaplah jadual bersahur sepanjang berpuasa. Perkara ini berlaku akibat si pengejut sahur terlupa menanamkan rasa keberkatan bersahur dalam jiwa mereka,kefahaman bersahur adalah hanya untuk makan dan minum sahaja tanpa niat ibadah lain.mereka tidak tahu tentang tawaran-tawaran lain yang terdapat dalam sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW.
Wahai anak-anak ku,bangunlah sahur,alangkah beruntungnya orang yang bangun sahur,dia dapat 2 kebaikan. Pertama dapat makan supaya tidak terlalu lapar pada siang hari. Kedua dapat ganjaran pahala dan keberkatan.betapa malangnya orang yang diber makan kemudian diberi pahala pula lalu tida mahu nenerimanya.


Kelebihan Makan Sahur

1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat

2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat

3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur

4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas

4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar

5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur

6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.

Khamis, 12 Ogos 2010

Insan Rabbani



Hari ke dua puasa,hari pertama semalam sekolah ambil cuti.Masa rehat Pusat sumber sekolah menjadi tumpuan,ada yang membaca buku mengisi rekod nilam,bermain indoor game,seremban,congkak,karem dan yang menonton Astro.Semasa terpapar satu iklan,kanak-kanak perempuan menari-nari berminiskirt.

"Eee yerk,tak tutup aurat"
"puasa mana boleh buat cam tu"
"Yang ngko pandang buat apa,puasa tak boleh tengok aurat perempuan"
Makbonda jengok,dialog siapakah itu,owh murid tahun 3.
Alangkah bagusnya jika pendinding diri mereka itu kebal sehinggalah mereka dewasa.

Selapas rehat makbonda masuk kelas mereka untuk muzik,entah dasar apa pihak pentadbir memasukan makbonda jadual muzik tahun 3 yang buta note musik ni,mungkin sekadar memenuhkan waktu,dan dianggap mata pelajaran ni tak penting. Walaubagaimanapun sebagai amanah makbonda ajar juga mereka menyanyi lagu-lagu nasyid walaupun dalam ringkasan ikut sukatan sebenar.

Tiba-tiba ilham menjelma dalam diri makbonda,masa muzik nanti nak ajak mereka tadarus.Agak terkejut juga mereka,selama ni yang ada program tadarus ialah murid tahun 6 sahaja.

"Kenapa baca quran cikgu?" tanya Alia
Cikgu tak sempat jawab pun tapi dah di jawab oleh sesama mereka
"Ialah,puasa mana larat nyanyi."
"Haah kan cikgu,nanti puasa kalau nyanyi cepat dahaga."
"Ialah kan bulan puasa bulan Alquran,kenalah baca quran"
"Bulan ramadhan,kita kena lipatgandakan pahala kan cikgu."
"Hmm cikgu tak payah jawab,semua dah terjawab kan,murid tahun 3 ni memang semuanya bijak-bijak dan pandai belaka,mudah-mudahan sampai besar nanti terus jadi orang baik-baik,lepas tu doakan cikgu"
"Insyaallah"jawab mereka serentak.

Kami membaca juzuk 30,bergilir-gilir setiap surah.Maha suci Allah, dalam di sana-sini kedengaran cerita ramai anak-anak tercicir dari membaca Al Quran,tidak bagi murid tahun 3 sekolah ini.Makbonda bukan ustazah,tersangatlah teroja mendengar bacaan mereka dengan tajuid dan makhraj yang betul,sebutan qalqalah yang jelas. Alhamdulillah,siapalah yang mendidik mereka.Bila Makbonda lihat latar belakang mereka rata-rata adalah berlatrbelakangkan ibubapa yang biasa-biasa sahaja tapi sempurna dari segi ilmu.

Dari rakan-rakan guru sekolah lain,mereka menceritakan ada dikalangan pelajar mereka tidak pernah solat,bila ditanya rupa-rupanya ibubapa merekapun tidak solat,apa lagi membaca Al Quran.

Tahniah diucapkan kepada sesiapa yang terlibat mencetak anak-anak ini menjadi insan Rabbani yang bertaqwa dan beramal soleh.Semoga mereka membesar dengan jati diri yang tinggi,menghadapi persekitaran yang penuh onak dan duri ini.

Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (QS. Luqman :16)
Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (QS. Luqman :17)

Isnin, 9 Ogos 2010

Karangan PMR

(Sila baca yang berbold dan italic sahaja sebab yang lain tu biasa-biasa sahaja.)

Punca-punca dan cara mengatasi kemalangan jalan raya


Assalamualaikum. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah dalam majlis ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.

Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.

Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

Para hadirin sekalian,

Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

bla bla bla

Bagi mengatasi masalah ini,

Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.

Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.


Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya."

"Ya, Allah selamatkanlah kaum keluargaku daripada kecuaian dan kelemahan disebabkan oleh aku.....ya tuhanku, selamatkanlah kedua ibu bapa kandungku, suami, anak-anakku, adik-adikku dan kaum keluargaku dan sahabat-sahabatku daripada pelanggaran kereta, kemalangan jalan raya atau apa saja bencana yang disebabkan oleh kecuaian manusia.......,"

Sabtu, 7 Ogos 2010

Selamat datang kepada kerahmatan.

“Mak Odah,kenapa Mak Odah menangis?”

Pada suata hari semasa Kak Laila mengunjungi Mak Odah untuk menghantar surat bil TM net Mak Odah yang tersilap masuk dalam peti surat rumah Kak Laila.Pada ketika itu 3 hari lagi menjelang bulan Ramadhan.

“Aku sedih Laila,dah nak puasa,kaki aku tak baik lagi,tak boleh nak kepasar,nak ke sana ke mari”

Sudah 1 bulan kaki Mak Odah sakit,tidak boleh berjalan,biasanya bila menjelang Ramadhan Mak Odah lah orang yang paling sibuk. Ke pasar membelibelah bekalan sepanjang Ramadhan dan membeli pakaian untuk hariraya. Pada hari hari puasa pula seawal selepas zuhur Mak odah akan menyediakan jiwanya untuk juadah berbuka puasa.Itu semua adalah kebiasaannya setiap kali menjelang Ramadhan sejak dulu-dulu lagi,semasa beliau membesarkan anakanaknya yang yatim sejak kecil.

Kini Mak Odah tinggal dengan anak bungsu yang telah beranak pinak.Bukan anak-anak tidak membekalkan keperluan harian tapi Mak Odah tidak puas hati dengna itu semua,Mak Odah mahu bergerak mencari sendiri keperluannya bagi melayan nafsunya..Itu telah sebati dengan hidupnya.

“Mak Odah,sepatutnya kita gembira dengan kedatangn Ramadhan.Bulan tu penuh Rahmat.Jangan fakir sangat tentang makanan,Insyaallah rezeki sentiasa ada,ada orang nak berbuka pun tak ada makanan nak di masak.Masa berbuka kita kan lapar,makan apa pun sedap,sedap pun kat lidah je Mak Odah,sekejap sangat,dah masuk perut tak rasa lagi.Memang masa lapar kita nak kumpul makanan banyak-banyak,nanti dah buka perut dah kenyang, dah tak lalu nak makan.,dah membazir.”


“Alah Laila,aku dah biasa macam tu,tapi kali ini tak dapat pasal kaki aku sakit”

“Maknanya,Allah Taala sayang kat Mak Odah,suruh berhenti,dah tak payah sibuk-sibuk kat dapur,anak cucu dah ada nak cari semua tu,Mak Odah banyakkan ngaji,solat sunat,kita ni semakin dekat dengan dengan akhirat Mak odah”

“Ya lah Laila,betul kata kamu,kadang aku masak dia orang tak makan pun,dia orang dah ada selera sendiri.Terimakasihlah laila,ingatkan mak Odah”

“Mak Odah kalau nak tahu lagi kelebihan Bulan Ramadhan boleh tengok kat sini

Isnin, 2 Ogos 2010

MASA YANG BERLALU BEGITU PANTAS........



Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa
dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)



Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al-Ahqaf 46, ayat 15)

Masa tahun 1986, 2 0gos adalah jatuh pada 26 Zulkaidah 1406 bersamaan hari Sabtu.Pada jam 11 pagi seorang jejaka telah melafazkan akad nikahnya di hadapan bakal bapa mertua.Selepas itu si gadis telah mendapat status menjadi seorang isteri.sekarang pasangan ini telah menempuh bahtera rumah tangga selama 24 tahun.Terasa masih baru lagi.Sigadis itu telah menjadi MAKBONDA

Catatan Popular