DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Jumaat, 29 April 2011

Bila tiba ke setengah abad.

Assalamualaikum,Mak apa khabar?

Mesti Emak sedang menemani bapak menikmati hidangan malam, secawan kopi radix,atau secawan Umar&Umairah atau Hi Goat suam dengan biskut  telur penyu atau cream crackers atau apa-apa sahaja stok  yang ada.

Emak entah mengapa walaupun baru tadi kita berjumpa, malam ni kakak masih mahu bercakap lagi ,rasa tidak puas bersama. Terlalu banyak lagi perkara yang mahu  kongsikan, tapi belum kecukupan waktu. Tadi masa kakak sampai Emak tengah mencuci akurium ikan puyu bapak,adakalanya Emak sedang sebok di kawasan reban ayam,atau sedang mengulit pepokok bebunga serta sayuran di laman. Dan perkara yang kakak kagum adakalanya sedang  terbongkok-bongkok di perdu kelapa sawit, mengutip  buah kelapa sawit yang gugur. Emak kumpulklan dalam karung. Bila sudah penuh Mak panggil Amat anak Pak Wahab atau sesiapa yang lalu, tolong angkat dan jualkan. Hasil jualan Emak bagi upah kat dia dan bakinya itulah Emak jadikan amal jariah bekalan ke alam sana.

Emak,ingat tak 50 tahun yang lalau,ketika itu 17 usia Emak,anak -anak sekarang  seusia itu sangat mentah. Adakalanya baju dalam sendiri pun perlu ibu yang leterkan. Tapi ketika itu Emak telah melahirkan kakak. Dalam suasana kepayahan di tanah belukar yang baru dibuka,dengan pengalaman dan pengetahuan yang sifar mengenai ilmu rumah tangga,Emak telah memikul tanggungjawab yang besar,menjadi tunjang dan sumber kekuatan pada bapak,menyediakan tapak kehidupan pada kami.. Ketika itu masih kekok lagi mahu memegang bayi.Embah pula tidak dapat menjaga Emak sebab ketika itu 2 orang lagi sepupu kakak lahir. Tapi Emak tidak merungut,tidak menulis dimana-mana kertas atau papankekunci pun untuk meluahkan.sebab hati Emak sudah jitu,itulah tanggungjawab isteri yang embah pesan pada Emak,pesanan tanpa bertulis hanya lata-kata,tiada majalah pa &ma atau gougle mana-mana alamt untk menjadi panduan dan rujukan,hanya kata-kata lisan dari Embah.

Emak satu perkara kakak nak cerita kat Emak,waktu kakak 15tahun,waktu kakak sedang menyisir rambut yang panjang,di rumah embah,embah tenung kakak sambil tersenyum ,kakak bertanya kenapa Embah pandang kakak begitu.

Embah kata "Masa kamu lahir,mula-mula Embah datang,Emak kamu kata "Emak anak saya yang kedua ni macam tanah"  "Huis,tak baik." Embah jawab "Asalkan cukup sifat,kena syukur  walaumacaman rupa anaknya. Ni dapat perempuan,dulu lelaki,hmm syukur sangat,ada orang yang tak dapat anak langsung." yalah Mak kamu masa tu muda sangat. Sekarang embah tengok dah cantik kamu,dah tak macam tanah lagi.tu yang Embah senyum-senyum ni"

Mak tahu tak,macamana persaan kakak masa tu,hidung kakak kembang kempis,rasa macam melayang-layang di kayangan.,sebab masa tu kakak belum dapat hidayah untuk mengucap syukur,yang tahu berperasan lebih-lebih. Agaknya kalau ketika itu kata-kata itu diluahkan oleh seorang peria yang menggoda,habislah kakak. Tapi disebabkan doa-doa Emak agar anak-anak terlepas dari kejahatan,kekallah kehidupan kakak selamat hingga kini.Kan Emak selalu cakap dengan kakak “Rupa tak boleh di ubah,tapi akhlak,budipekerti,adab sopan boleh. Kemudian Embah menceritakan detik-detik perjalanan kehidupan Emak masa lalu. Waktu itu kakak insaf,betapa teruknya diri kakak. Kakak pernah merungut sebab beg pakaian yang bapak belikan semasa mahu masuk asrama tidak menepati cita rasa kakak,tak seperti beg orang lain.  Astaghfirullahal’adhim,teruknya kakak.

Emakh 50 tahun dahulu,Emak melahirkan kakak dalam keadan dhaif,tapi tiada sebarang keluh kesah .Dalam kepayahan itu Emak tidak anggap ia sebagai kepayahan tetapi kata Emak itulah kehidupan.jangan peduli kehidupan orang lain,kita ada kehidupan sendiri.Allah sudah aturkan begitu indah sekali.

Emak ingat lagi tak semasa ada orang mahu melamar kakak dulu. Emak panik,tidak ada tempat untuk Emak menceritakan rasa panik tersebut. Masa tu kakak kesihan tengok Emak.Emak kurang bergaul,sebab dunia Emak hanya rumah tangga dan jiran sekeliling. Kakak yang punya diri selamba katak sahaja sebab kakak ramai kawan boleh kongsi.

Masa kakak melahirkan anak pertama,Emaklah yang mula-mula melawat di hospital bersama Abu Naqid dan Abu Umar.Mak tidak dapat menyembunyikan perasaan Emak ketika itu,kakak nampak itu.

Mak 50 tahunberlalu,Emak melayan kakak macam 40 tahun dulu. Seusia 50 tahun Emak telah punya beberapa orang menantu dan cucu.telah istiqamah dalam amalan ukhrawinya. Tapi kakak masih macam dululu-dulu juga,masih tidak sedar usia mendekati penghujung. Bekalan kakak masih tidak nampak,masih berulit dengan cinta duniawi.

Emak tahu tak,kakak pernah rasa terpukul,ketika itu kita bersama-sama mengemaskan pasu-pasu bunga di halaman kerana khemah akan didirikan untuk perkahwinan Abu Umar. Kakak dengan Abu Umar terkial-kial mengalihkan pasu dengan kereta sorong,tiba-tiba dengan selamba emak mengangkat pasu yang lebih besar dengan kudrat Emak.Ketika itu usia Emak telah melepasi 60 keatas. Ya Allah,kuatny Emak.Sampai sekarang Emak tidak punya penyakit kronik,hanya sakit-sakit ringan,tapi anak-anak Emak….hmmm macam-macam.

Mak,kakak sangat bersyukur,sebab seusia ini masih mendapat kasih sayang emak dan bapak. Terimakasih mewariskan kebaikan,keselamatan,kerahmatan pada anak-anak Emak.  Jazakillahikhairankasthira. Semoga akhir hayat emak sentiasa dalam keadaan Khusnul Khotimah. Sempena 50 tahun ini,mari kita hayati clip ini.Semog tercapai impian.



Alfatehah kepada Allahyarham Ustaz Asri

Rabu, 27 April 2011

Obesiti


" Obesiti berlaku apabila seseorang mengambil lebih banyak kalori daripada yang sepatutnya. Dan tubuhnya tidak sempat membakar kalori agar indeks jisim badan seimbang kembali dengan ketinggian tubuh. Faktor-faktor lain seperti genetik, usia, jantina, kesan sampingan ubat-ubatan dan penyakit juga boleh menjadikan seseorang itu obes.

Namun, faktor yang menjadi penyumbang obes ini berkait rapat dengan tabiat makan kita. Sedari kecil, kita dilatih untuk menghabiskan makanan yang diceduk ke pinggan. Di zaman kanak-kanak juga, kita sememangnya mempunyai sikap tamak dan tidak pandai menganggar kadar makanan yang diambil. Apabila kita mengelak untuk menghabiskan makanan, emak akan mengingatkan kita agar menghabiskannya kerana tidak baik membazir makanan. Padahal, bukankah permulaan mengelak pembaziran adalah dengan mengambil makanan mengikut keperluan? Namun, emak tidak menekankan itu kerana tidak mahu menyekat selera anaknya.
"

Petikan artikal diatas di copy paste dari  blogger Eyman Hykal  yang sentiasa Makbonda  ikuti. di sini



 Makbonda ada dua orang anak yang obesiti. Sebenarnya sejak mula-mula memasuki dunia keibuan,soal pemakanan amat makbonda ambil berat. Seawal 4 bulan barulah anak-anak diberi makanan pejal,sebelum itu mereka menyusu ibu  dengan % yang tinggi,susu formula hanya sebagai sokongan semasa kerja,walaubagaimanapun sepanjang tempoh bersama memanglah susu ibu sepenuhnya. Setiap pagi jadual harian dimulai dengan memerah susu untuk ditinggalkan.Semuanya adalah demi kebaikan proses tumbesaran mereka.

Tetapi lain jadinya bila mereka memasuki dunia kanak-kanak. Kami tinggal berhampiran rumah nenek mereka yang mempunyai perinsip  "Anak akan diam bila cukup kenyang dan cukup tidur" dalam memelihara anak. Beliau seorang nenek yang tidak gemar dengan tangisan .Tidak suka makan bersaorangan,perlu berteman dan baginya tiada makanan lain hanya nasi. Dengan kuantiti yang banyak. Walaupun cucu-cucu sudah makan tapi terpaksa makan lagi untuk menemankan nenek. Kebetulan si kedua-dua si cucu ni lahir 4kg dan 4.1 kg. Sedangkan berat makbonda ketika itu kurang dari 60kg.abah mereka pula kurang dari 65kg.tapi punya pakcik sebalah abah mereka yang bersaiz triple X.

Semasa makan bersama kami,kami akan sekat pengambilan nasi tambahnya,tapi amat sukar bila bersama neneknya,silap-silap kami yang di marahinya.Demi menjaga hati nenek mereka kenelah akur. Hari demi hari berlalu membesarkah mereka dengan pertambahan berat yagn melebihi piawai ketinggian.Bila selera sudah tinggi memang sukar mematahkan nafsunya.Masakan paling simple pun di katanya sedap.Tidak perlu menghias-hias macam chef-chef,asalkan berasaskan nasi. Semasa bangun sahur sesetengah orang akan celik bila tercium aroma kopi,tapi tidak pada mereka berdua ni,semangat bersahur naik bila terhidu aroma nasi.Kuantiti nasinya juga sama dengan kuantiti semasa berbuka.walaupun hanya dengan berlaukan telur dadar atau mata kerbau.

Sekali-sekala makan diluar,makanan yang dipesannya juga berasaskan nasi. Apabila yang lain tidak dapat menghabiskan makanan,mereka berdualah yang menjadi penyelesaiannya.Walaupun sentiasa diingatkan tentang bahayanya berat badan,tidaklah mereka peduli,sanggup menangis bila mengambilan makanannya ditahan.

Masalah bagi kami ialah setiap pertengahan tahun kena tukar uniform sekolah baru,kadang cemburu melihat anak orang lain yang memakai pakain sehingga lusuh,sedang pekaian mereka masih dalam keadaan baik sudah tidak dapat digunakan lagi.Seluar pula sukar dicari dipasaran,kebanyakannya ditempah.

Tapi,kelebihanya,mereka ini amat popular. Menggembirakan datuk dan nenak sebelah abah juga ibu. Mereka menunggu-nunggu kehadiran cucu -cucu yang ini untuk makan bersama.

"Hari ini embah lanang makan banyak,selera makan dengan Eman. Dah seminggu embah tak lalu makan"Kata Embah Lanangnya,juga diiayakan oleh Embah Wedoknya.
"Nikmat makan denan Eman dan Emy,berebut-rebut macam makan masa anak-anak kecil dulu,"



Tindakan dari makbonda untuk mengawal keaadaan.
  • Tidak ada jadual makan malam dirumah ini kecuali kehadiran tetamu.
  • Dalam menu juga tidak ada air manis keculai kehadiran tetamu terutama hari raya.. 
  • Tidak menyimpan air sejuk dalam freeze.
  • Terlalu jarang membeli ayam daging dan memelihara ayam kampung.
  • Sentiasa ada stok buah-buahan.
  • Terlalu jarang makan diluar kecuali dalam perjalanan atau dalam keadaan terdesak atau sesekali untuk emraikan semasa semua berkumpul.

Tetapi kengkangannya seusia 11 tahun mereka berdua ni dah pandai menggoreng nasi sendiri,yang menepati citarasa mereka.Apabila mereka rasa lapar mereka akan bangkit sendiri bertindak.Jadi, ibu mereka tidak boleh dipersalahkan dalam penyebab bentuk fizikal mereka. Selalu terfifkir,agaknya kalau lah ibu mereka seperti nurindah yang begitu kreatif dan ringan tanganya,tak tahulah bagaimana keadaan seterusnya.Mereka juga boleh meratah roti gardenia kosong macam kita makan keropok.

Alhamdulillah bila mereka meningkat remaja,telah timbul kesedaran dalam diri mereka. Seorang daripadanya telah membuat sendiri alat angkat berat yang dibuat dari sebatang kayu yang di letakkan ketulan simen yang diacu dari sebuah tin susu 3 kg.Si adik pula terpilih menjadi pemain bola jaring,sekurang-kurangnya ada aktivit latihan fizikal dalam jadual hidupnya.

Baru-baru ni makbonda berjalan dengan kedua-dua kakak mereka yang telah memasuki awal dewasa,apabila dipelawa makan mereka hanya memesan air kosong.

"Kita orang baru menghadhiri kursus perkahwinan,Salah seorang dari berceramah tu kata ,tak perlu makan makanan tambahan untuk berdiet,amalkan kata tidak pada air manis.Insyaallah berjayalah diet"

"Owh dah hadir kursus kawin,dah ada calon ke?."

'Tak semestinya. Kursus dulu baru memilih calon, memilih setelah berilmu lebih selamat,he he he"


"Betul-betul,Alhamdulillah" kata ibu mereka.

Isnin, 25 April 2011

Bila terlajak kata.......


Sekolah pagi dia menjadi pemain bola jaring,yang kejohananya peringkat daerah pada 21 April. Sekolah petang pula dia masuk acara Pengurusan jenazah dalam Program Amal Islami peringkat zon diadakan pada 16 April. Pagi Cikgu sebok buat training bola jaring,petang pula ustazah latih Pengurusan jenazah. adakala Cikgu pagi ambil masa latih waktu petang. Ini yang buat ustazah agak bengang. Tapi Cikgu pagi ada hantar surat pada Guru Besar petang. Jadi ustazah tida kuasa mahu menghalang.

Tiba hari Amal Islami,16 April. Semasa pertandingan berjalan seorang penonton budak lelaki buat lawak,jadi dia tidak tertahan lalu tersenyum. Seorang lagi peserta tiba-tiba datang bulan lalu penggantinya tidak hafal skrip,akibatnya keputusan jatuh ke tempat 3. Jika tida kesalahan pasti tempat pertama,ustazah yakin. Bengang ustazah berakhir dengan kekecewaan. Hari Isnin petang sekali lagi dia meninggalkan kelas lebih awal atas keperluan training bola jaring, kebetulan waktu itu kelas Bahasa Arab. Kesakitan Ustazah yang belum sembuh dari cerita semalam, berdarah kembali.

"Ooo budak jahanam tu cabut lagi ye, haha elok lah tu"
Cakap ajuk tersebut terus disampaikan kepada nya pada keesokan hari tanpa pindaan.Perkataan jahanam tersebut sangat menusuk jiwanya.Kebetulan pula semasa kejadian tersebut Ibunya mendapat panggilan kursus di meninggalkan rumah sehingga Khamis. Sepanjang itu datanglah dia kesekolah petang dengan jiwa yang tidak setabil,nasib baik hari khamis kejohahan dari  pagi sampai ke petang.

Hari jumaat

"Ma,Rasa malaslah nak sekolah,cuti boleh tak?"

"Hai kenapa pulak,dah semalam tak sekolah,rugilah,tahun ni periksa."

"Tak nak lah jumpa ustazah,dia kata kita jahanam."

"Sebab apa?"

"Sebab Pertandingan Urus Jenazah hari tu tak menang,masa Solat jenazah tu kita tersenyum."

"Masa bila dia kata macam tu."

"Masa hari Isnin tu,kawan-kawan, yang cakap."

"Hem,kita tak dengar sendiri lah. Salah kawan-kawanlah tu kenapa sampai menyampai."

"Ialah dia orang tu kawan baik kite. Ma  boleh ustazah cakap macam tu.Kita bukan sengaje,tersenyum je,pas tu dapalah nombor 3 jugak,lagipun kawan tu yang tergagap-gagap tak hapal bukan salah kite sorang."

"Masa tu uztazah tengah marah,sepatutnya kamu mintak maaf kat ustazah sebab buat salah."

 "Taulah kita buat salah,tapi mana boleh ustazah cakap macam tu,itu kan doa,bukan ita buat jenayah pun,cuma tak dapat johan je."

"Memanglah sepatutnya ustazah tak boleh cakap macam tu. Mungkin ustazah kecewa sangat,letih dia melatih,tiba-tiba tak menang. Tapi apa kita boleh buat kat ustazah,kalau dia salah itu antara ustazah dengan Allah.Dia manusia biasa. Tugas kita sebagai murid kena hormat,kalau rasa salah minta maaf. Kite boleh doakan dia supaya tak buat salah lagi. Lagi baik sekarang jumpa dia,minta maaf,walaupun kita kata tidak sengaja,tapi kita dah tinggalkan kelas untuk bola jaring.Tak rugi minta maaf. Mudah-mudahan dia insaf. Kalau kita baik dimata ustazah kita belajar pun berkat. Itu sebab,bila marah tolong kawal diri. Masa marah,syaitan cepat-cepat menyelusup masuk,kalau kita tak dapat kawal maka kita buatlah apa yang syaitan suruh,lalu tak sedar apa yang kita buat melukakan orang lain. Sekarang macamana?"

"Ok lah,kite sekolah,terimakasih Ma!"

Dia menarik nafas panjang semasa dalam pelukan.

Isnin, 18 April 2011

KAMI (III)

 
Makbonda mengenalinya sudah lama,tapi baru tahun ini dapat bersama kerana beliau di pindahkan disini. Keterampilannya beliau seorang yang tenang,mudah mesra,kaya dengan senyuman.. Bukan wanita yang suka meninggikan nada suara,atau merempan-rempan dengan emosi. Tidak juga bermegah-megah dengan apa yang dimilikinya jauh sekali menampilkan egoanya. Kalau tidak dia meluahkan rasa pasti tidak sesiapa menyangka yang dia sedang memikul dan melawan beban yang begitu beratnya. Bukan mudah bagi dia mencari wadah untuk mengongsikan keperitannya.

"Makbonda, free ke? ada masa tak untuk pinjamkan telinga ?"

"Sila,mudah-mudahan menjadi kesembuhan bukan sebaliknya."

"Mudah-mudahan. Apakah betul apa yang saya rasa?Saya sudah sangat terasa tersingkir. Tempoh hari saya melawat bapa mertua bersama anak teruna,Bapa mertua sangat gembira atas kedatangan saya,adakalanya matanya basah. Dia bertanya adakah saya telah diundang untuk kenduri Pakcik (adik kepada bapa mertua)kalau belum bapak undangkan. Saya menunggu suami mempelawa seprti kebiasaan dulu-dulu,tapi sehingga tiba saatnya  tidak ada sebarang pelawaan,saya tahu dia mahu membawa isteri baru dia. Sudah beberapa kali termasuk undangan perkahwinan dia tidak membawa saya padahal mereka adalah kawan-kawan saya juga. Dia sudah betul-betul mahu singkirkan saya.Berita terbaru Abang dia(abang ipar saya) akan khenduri walimah. Saya tak tahu apakah dia akan mengajak saya,kalau dia tak ajak pun saya kena datang sendiri bersama anak-anak,sebab hubungan kami baik. Tapi saya belum cukup kuat jika nanti disana akan terserampak dengan madu saya. Saya tahu kami akan diperhatikan untuk dibandingkan. Saya tak cukup kuat untuk terserempak dengannya.Adakah saya bersalah jika saya tidak hadhir,tapi saya akan hadhir sebelum tiba hari khenduri menghantar sumbangan. Makbonda,patutkah saya mengambil keputusan begitu.Saya betul-betul tidak kuat, tolonglah"

"Maanusia memanglah tidak kuat yang kuat Allah. Tapi kita boleh memohon dariNYA kekuatan."

"Itulah yang saya selalu pinta,disetiap waktu mustajab saya meminta,tapi masih belum dapat."

"Mana tahu kamu belum dapat,sebenarnya kamu dah dapat tapi kamu tak sedar"

"Maksudnya?"

"Tahu tak kamu kelebihan kamu?"Dia menggilngkan kepala

"Sebenarnya jika kamu tidak mededahkan cerita kamu,kami tak tahu yang disebalik ketenangan kamu itu tersimpan beban yang begitu berat.Maknana kamu kuat menyembunyikan gelodak jiwa kamu.Kamu boleh tersenyum.Kawan- kawan kamu disekolah lama memuji kamu,walaupun menerima ujian begitu tapi tetap tenang dan tidak menampakkan mendung pada raut muka. Sebenarnya kamu kuat.Tidak menjaja kesah kamu kesana kemari.Contohnya ada setengah sahabat yang sama ceritas dengan kamu,di depan halayak  mengumpat keji suaminya,dengan alasan untuk melapangkan kekusutan jiwanya,akibatnya tanpa disedari telah membuka hijab aibnya."

"Oh ye ke,saya tak perasan itu semua,sememangnya di tempat lama saya tak jumpa tempat yang layak ntuk saya pinjam telinganya.Saya tak mahu aib suami saya terbuka. Jadi pendapat makbonda bagaimana.?"

"Kalau kamu rasa masih ada silaturrahim dengan mereka,hadhir je lah,memenuhi undangan dan meraikan kegembiraan mereka menyambut keluarga baru. Tapi  bagitahulah suami dahulu. Kalaupun madu kamu tu ada kenapapun,kenapa kamu perlu singkirkan diri,seolah-olah kamu bersalah,. Semoga disaat itulah doa-doa kamu diterima, mazmumah  menjelma menggantikan mahmudah.Walaupun kamu kata belum bersedia tapi kalau Allah kata "Kun Fayakun", semua boleh terjadi. Apa nak di fikirkan pemerhati kamu,.Kalau kamu yakin kamu dipihak yang benar Insyaallah.  Pengadil yang maha Adil  itu Maha tahu. Kadangkala kita sangka diri kita yang benar tapi lain pula dari Penglihatan Allah. Kan saya cakap dulu,jangan asyik pandang helang yang sedang terbang di atas,takut nanti kita tersandung batu "

"Jadi saya hadhirlahye,Insyaallah saya bagi tahu dia"

"Sebenarnya kita,termasuk saya  masih belum yakin bahawa apa yang terjadi ni adalah aturan Allah,Kita anggap mereke yang  memberikan kesakitan kepada kita padahal Allah yang menurunkan. Kita lebih takut di singkirkan manusia tapi tidak takut disingkirlah Allah SWT. Kita belum yakin Dia lah yang mengatur smuanya demi untuk meningkatkan  maqam kita.,kenapa tidak turunkan kepada orang lain? Allah yang memilih kita,mana boleh pertikaikan pilihan Allah,Dia yang Maha Tahu,perkara semalam,sekarang dan dan yang akan datang.  Mahu tak kita kalau kita kehilangan sesuatu barang tapi ada pihak nak menggantikannya dengan yang lebih baik.? "

"Tentulah saya mahu.?"

"Kamu hanya kehilangan kasih sayang manusia yang lemeh,rapuh,miskin dan  segala-galanya tapi dapat kasih sayang dari Yang lebih Kaya.yang memberi segalanya kepada kita tiada tolok bandingannya,Kita datang dari dia dan akan kembali juga pada dia,bukankah itu matlamat hidup kita.?"

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal.Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan." (Surah an-Nahl ayat 96)

Selasa, 12 April 2011

Membeli-belah dengan zalituun


Makbonda memang tidak berapa gemar membawa anak-anak kecil membeli belah.Antara sebabnya ialah;


  • Mereka masih kecil,belum tahu disiplin membeli belah,mereka akan minta apa sahaja yang mereka nampak,adakalanya meragam meminta perkara yang tidak munasabah.Bila mula meragam hilanglah mood membeli belah,silap-silap saling salah menyalahkan antara suami isteri.Selagi ada orang yang menjaganya di rumah,lebih baik tinggal di rumah. 
 
  • Di pusat membeli belah bukan sesuai untuk membawa anak-anak kecil. Selain tempat yang sesak mengundang berbagai risiko penyebaran bakteria,udara yang penuh karbon dioksida dan gas-gas merbahaya lain. 
 
  • Selain itu pencemaran pandangan juga berleluasa,berbagai ragam manusia dengan keterampilan yang pelbagai,yang tidak mampu dihijab dari pandangan sikecil yang berjiwa suci dan mulus itu.
 
  • Pusat membelibelah sangat di gemari Syaitan. Sejenis shaitan yang bernama zalituun,yang tiggal di situ,bertugas  menggoda manusia hilang sifat jimat cermat, supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.  Berkeliaran syaitan, iblis  dan manusia bercampur baur. 
 
  • Bila kana-kanak di pertontonkan dengan pelbagai bahan jualan yang dipamerkan,sangat menggoda gelodak nafsu,adakalanya kanak-kanak akan meminta itu dan ini,sudah diturutkan pilihan pertamanya namun bila terpandang objek lain yang lebih menarik terbit keinginan pada yang baru.Maka membesarlah mereka dengan nafsu yang subur membesar.
 
  • Bagi anak-anak yang jenis sukar di kawal pula,kerap kejadian kanak-kanak hilang di pusat membeli belah,nasib baik jika masih dilaungkan di pembesar suarauntuk menuntut anak di kaunter,bagaimana jika tidak?Nauzubillah.

Memang ada ketikanyanya perlu membawa mereka untuk dicuba pakaian untuk mengelakan kesilapan saiz.Maknanya bawalah mereka seminima yang boleh.Ketika ini harus di elakan dari melalui departmen lain.Kerana silap-silap lari dari budget yang di peruntukan.

Ada juga yang berpendapat ,biarlah nak-anak di bawa ke tempat membeli belah,agar dia tidak macam rusa masuk kampung. Nafsu setiasa wujud,tidak perlu di ajar dan dipupuk.Belum ketikanya mereka didedahkan, tunggulah sampai mereka boleh berfikir dan membezakan buruk dan baik. Nanti berbagai medium yang mengajar dan menarik mereka ke arah itu.Nafsu jangan di hapus tapi di urus,kata Ustaz Pahrul Mohd Juoi

Rabu, 6 April 2011

Estima kelabu


Dinihari sepasang merpati dua sejoli sedang memadu asmara,di satu meja menikmati air bali panas dan dan bihun tomyam di sebuah gerai. Mereka bukan berbuat dosa,tapi Malaikat bersama mereka menghantar kerahmatan.Suasana yang tidak mereka rasai sebelum pernikahan dan ketika muda-muda dahulu.

Sekonyang-konyang tiba di perkarangan parker,sebuah Estima kelabu. Lalu keluarlah seorang Bapa,berdahi lebam,seketika kemudian seorang demi seorang sehingga lapan anak-anak keluar dari ke dua-dua buah pintu . Lalu Si bapa memilih 2 buah meja dibantu oleh 2 jejeka yang belum peceh suara.Lalu merapatkannya dan menyusun kerusi berjumlah 8 semuanya. Si kakak kecil terhegeh-hegeh mengambil boster seat untuk adik kecilnya. Oh ada lagi si Ibu ketinggalan di belakang sambil memapah si Comel yang sedang lena. Bersusnlah mereka dalam satu bulatan 10 orang kesemuanya. Lalu datang pelayan muda berjilbab menutup dada,berbusana longgar tanpa kelihatan penonjolan susuk tubuhnya,meminta pesanan.Setelah beberapa ketika tibalah pesanan tentu sekali air dahulu.Seketika pesanan air tiba dengan berbagai-bagai jenama,masing masing menyusun gelasgelas di bahagian tengah meja,lalu menunggu ketibaan hidangan,dengan diam tanpa kenakalan. Cuma kedengaran adik yang duduk di boster seat mengeluarkan bunyi dadadadada tapadiketahui maknaya,tentunya belum tahu kata amaran..Lalu dari si kecil hingga si bapa menadah tangan lalau berdoa.Tanpa berebut tanpa bertengkar mereka menikmati hidangan dengan penuh kerahmatan. Si Bapa dan Si Ibu  saling tolak menolak untuk menjamah hidangan dahulu,akhirnya Si bapa akur,untuk menjamah dahulu,sementara si Ibu menunggu dengan Si Comel dalam lena dalam pelukan. Setelah Si Bapa telah melunaskan hidangannya,diapun bangun mengambil giliran memegang si comel ,giliran Si Ibu pula menikmati hidangan.

Gelagat mereka di curi pandang oleh merpati dua sejoli tadi dengan ekor mata.Sekejap mencuri pandang sekejab bertemu pandangan sesama sendiri. Antara terimbau keseh lalu bersama anak-anak, juga rasa kagum dengan dengan kecantikan,kedamaian,kerapian Si bapa dan Si Ibu mengurus kesemua tingkahlaku naka-anak. Ya kami kira mereka satu rahim dan satu benih,melihat kejernihan iras muka mereka.Kalaulah begini hebatnya kedua ibubapa mereka,silalah lahirkan seramai umat,agar bumi yang ketandusan ulamak ini akan kembali subur.

Sebelum meninggalkan mereka sempat kami menyapa dan berukhuwah. Oh mereka dalam satu perjalan yang jauh . Dari utara tempat nenek sebelah bapa dan ke Selatan datuk sebelam emak.

.

Ahad, 3 April 2011

Mencari Syurga?



"Ni Mak tengah nak bercakap,jangan sampai Mak diam,kalau mak dah diam baru kamu tau."

Ayat ancaman begini kadangkala terguna juga apabila cakap sekali,dua kali,tiga kali masih tidak diguna pakai. Tapi Alhamduillah,terkesan juga.jika di gunakan sekali-sekali . Ya,Diam adalah antara satu deraan untuk insan terdekat. Bayangkan pasangan kita mendiamkan diri beberapa lama. Berbagai perasangka bermain di benak...Apakah salah ku,sehingga aku diumpamakan sebagai tunggul?. Kalau tadi Makbonda mahu mendiamkan diri pada anak tapi bagaimana pula kalau anak yang mendiamkan ibunya? Ini lah yang mahu Makbonda kongsikan disini. Kesah dua orang Nenek tua yang telah didiamkan olah anak-anaknya.Sebagai iktibar.Mereka ialah ialah nenek-nenek yang disekeliling hidup Makbonda.


Kedua-dua Nenek ini  adalah penduduk awal membuka tanah di kampung ni. Dahuulu dia beranak-anak kecil membesarkan mereka sambil menjadi tulang belakang suaminya mengerjakan tanah.Tahun demi tahun tanah bertambah luas,sambil anak-anak terus membesar.Seorang demi seorang tamat sekolah,bekerja dan masing -masing berumah tangga. Kini suaminya telah pulang kerahmatullah,dan anak-anak telah mendapat bahagian tanah masing-masing .

Nenek Satu,

Nikmat pendengarannya pula telah di tarik.Hujung usianya tinggal bersama anak lelaki  bungsu suami isteri. Dahulu dia tidak kesah,menantunya tidak pernah memanggilnya 'Mak' atau seumpamanya.Tapi kini tidak,benak tuanya sering mempersoalkan.Sekarang anak lelakinya juga kurang menegurnya,setiap perbualan Nenek Satulah yang memulakannya. Jangan  harap akan memberitahu kemana meraka anak beranak keluar,hatta bermalam sekalipun,melainkan Nenek Satu yang bertanya. Dia juga punya anak lelaki sulung yang telah bersara dan tinggal beberapa km dari rumahnya,setiap waktu mengunjungi masjid yang melintas di hadapan rumah ibunya,tapi sangat jarang menjengok dan berkomunikasi dengannya,jangan harap mahu mendengar suaranya selagi tidak Nenek Satu memulakannya.Walaubagaimanapn Nenek satu masih punya anak-anak perempuan yang tinggal jauh dan sesekali mengunjunginya,tapi tidak pernah dia membuka mulut,sebab tentu sekali mereka mahu membawa ibu mereka tinggal bersama jika dia bercerita hal sebenarnya.

Bagi penilaian Makbonda Nenek satu bukanlah seorang insan yang sukar di urus,dia tidak memilih makanan,pembersih,tenang dan istiqmah dalam ibadat. Sememangnya kurang ilmunya tapi setiap ilmu yang dia tahu diamalkannya. Makbonda sendiri tidak menyangka yang dia akan meluahkan gelodak jiwanya pada makbonda.

Nenek Dua.

Seorang yang pendiam,suka menundukan muka kesan nikmat penglihatannya yang berkurang.Jika berkumpul sesama jiran tetangga dalam majlis-majlis,amat jarang mendengar suaranya. Tapi hari itu dia juga membuka pintu benaknya.

Tinggal bersama anak perempuan yang telah berpisah dengan suaminya yang punya anak gadis. Kata orang anak gadisnya telah terjebak dalam masaalah sosial. Sebahagian anak yang lain mahu adik perempuannya ini beserta anak-anaknya keluar dari rumah ibu mereka agar tidak membebankan ibu mereka. Tapi Nenek Dua tidak setuju,walau bagaimanapun dia adalah penemannya. Akibatnya bermasam mukalah sesama mereka,bila yang lain balik keluarlah adik perempuan ini meninggalkan rumah. Dua orang anak lelakinya juga terjebak dalam persengketaan. Asalnya mereka berkongsi perniagaan,entah salah siapa si abang keluar membawa diri,dan saling tidak bertegur sapa. Nenek Dua pernah bersuara pada keduanya agar membuat perdamaian,nampaknya si abang terlalu tinggi dendamnya,dan kini Nenek Dua terasa si Abang  juga telah menjauhinya,telah beberapa bulan dia tidak menjenguk Ibunya .Walaupun jarak tempat tinggal mereka tidaklah sejauh mana.

Sekarang pemandangan Nenek Dua yang telah berkurang ni,bertambah kabur rasa bila jiwa terkenang peri anak-anaknya.

Apabila dia meminta petua pada Makbonda yang serba kekurangan in,lalu Makbonda bertanya padanya,apa usaha yang telah dibuatnya. 

"Nenek sembahyang Hajat tak berhenti-henti,minta anak-anak taubat,bersatu hati" Sambil suaranya terkear-ketar.
"Betulah Nek apa yang nenek buat tu,teruskan jangan jemu,Insyaallah kalau tidak sekarang,nanti Nenek dah meninggal Insyaallah Allah Taala kabulkan.Yang penting Nenek tenang di alam barzakh" Makbonda dakap dan urut tulang bekang yang telah membengkok itu.

Wahai anak-anak Nenek Satu  Nenek Dua,Nenek Tiga,Empat dan seterusnya,bukakanlah hatimu,letaklah ibu tuamu ini di di dalamnya. Dia tidak mengharap wang ringgitmu tapi dia dambakan sapaanmu. Sekuat manapun ibadat kamu,tanpa restu ibu,jangan harap Syurga menuggumu.Seburuk mana ibu kamu,Syurga yang kamu kejar ada dibawah tapak kakinya.Walau setinggi mana dendam kamu,janganlah babitkan ibu kamu. Begitu kerasnya kamu bekerja mencari nafkah untuk kesenangan anak isterimu,jangan di abai jiwa tua yang yang telah menyusut daging-dagingnya lalu tinggal tulang-temulangnya menunjul disana-sini,yang dulu mendakap membelai kamu, kini sentiasa   rindu dan menunggu perhatianmu.

Pada anak-anak yang lain pula,jika sekali-kali kamu pulang menjenguk ibu-bapamu,sapalah mereka jangan mengharapkan sapaan mereka dulu. dan bagi yang sukar menjenguknya berbagai kaeadah telah tercipta untuk tujuan ini....Rasalah bersalah andainya mereka yang menyapa dahulu.

Bismillah hirrahman nirrahim


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ



"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

Catatan Popular