DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 27 Januari 2012

اَحْمَد نَقِيب نَقِي الدِّين

Masih terngiang-ngiang dengan peristiwa sepanjang cuti Tahun baru cina yang lepas. Masa yang digunakan oleh perantau pulang ke kampung.Disamping kaum Cina berkumpul untuk makan besarnya,kaum lain juga berkumpul menjengok ibubapa di kampung masing-masing. Kampung-kampung menjadi gamat dengan keriuhan anak cucu. Tidak terkecuali Emak dan Bapak Makbonda.Seronok melihat ragam anak-anak buah yang sedang membesar. Ayat pertama Naqib -salah seorang anak buah sebaik sahaja bertemu Makbonda ialah;
"Mak Ngah,Naqib dan masuk tahun 2"
"Alhamduhlillah,tahniah. Naqib jadi ketua kelas ke?siapa nama ketua kelas?,penolong?,guru kelas?" Makbonda menyerangnya dengan soalan yang bertubi-tubi. Semuanya dijawab dengan gembira dan bangga. Seterusnya makbonda sengaja mencari soalan dengan jangkaan dia akan menjawab "Entah,mana Naqib tau"

Tapi jangkaan Makbonda meleset apabila dia menjawab dengan bangga sekali
"Puan Rumiah bt Jalil"
Subhanallah,Naqib pelajar tahun 2,sedangkan murid sekolah menegahpun ada yang tidak tahu nama pengetua.


Samada Naqib sememangnya budak bijak yang peka pada persekitaran ataupun Guru Besarnya yang berjiwa dekat dengan pelajarnya,kedua-duanya boleh dijadikan hipotesis. SK KLIA bukan sekolah kecil. Biasanya Guru Besar akan sibuk,sering keluar,dan duduk dalam pejabat,mana sempat untuk bermesra dengan pelajarnya. Seorang kawan sejawatan makbonda yang mengajar di sekolah berdekatan,punya anak dalam Pra sekolah. suatu hari guru pranya meminta batuan pada guru besar untuk membawa pelajarnya pulang kesekolah dari satu program di setadium. Apabila ibunya bertanya


"Sayang tadi balik dengan siapa?"
"Naik kereta atok tu lah,best keretanya besar,ada tv" sambil telunjuknya di arah pada Guru Besar yang janggutnya telah memutih itu.


Sebanarnya guru Besar Naqib ialah kawan sekelas makbonda semasa di sekolah menengah.Tempat Makbonda bertugas sekarang adalah sekolah tempat beliau bersekolah rendah dahulu.Beberapa orang anak-anak saudaranya adalah menjadi anak murid makbonda.Mereka adalah keturunan orang-orang yang tinggi akhlaknya.Kalau orang lain ada yang kita gelar hartawan,jelitawan ,rupawan, bangswan, cendikiawan, tapi keluarga kawan makbonda ini boleh digolongkan sebagai budiman..Walaupun telah melepasi dunia persekolahan bila berjumpa , yang perempuan pasti mencium tangan,yang lelaki menundukan badan dengan begitu sopan.


Setengah guru Besar ada yang mengabaikan tugas  masuk bilik darjah walupun ada jadual untuknya,jadi siapakah yang mengisi kekosongan itu,sudah pasti guru lain terpaksa mengorbankan masa rehat untuk relief kelas,atau biar sahaja kosong tanpa guru lalu memberi kesempatan pelajar berbuat aktiviti bebasnya.Guru besar naqib pasti bukan speasis yang seperti itu.


Samada Naqib jenis pelajar yang tinggi  kepekaannya pada persekitaran  ataupun Guru Besarnya yang berjaya mendekatkan diri dengan  pelajarnya .Kedua-duanya boleh menjadi kesimpulan.


Semoga Guru Besar Naqib juga kenal pada Naqib,dan semasa berdoa ada lintasan  naqib dalam hatinya.Seperti yang makbonda sering lakukan pada anak-anak murid makbonda, Semoga masaalah kesihatan Naqib tidak menghalangnya meraih kecemerlangan hidup disamping menjadi insan yang mulia.

8 ulasan:

  1. Amiiinn... Moga yang terbaik untuk semua...

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Makbonda

    Semoga anak ni اَحْمَد نَقِيب نَقِي الدِّين dikurniakan segala yang terbaik dan sentiasa dalam penjagaan Allah SWT. Begitu juga agar diberikan kesabaran buat keluarganya termasuk mak saudaranya ini. Amiin ya Rabbal 'aalamiin

    BalasPadam
  3. ckLah masih ingat cikgu Hashim Bin Lazim, dari darjah 1 lagi. Hehe...

    BalasPadam
  4. KamilZ,

    Insyaallah,mari kita terus saling doa mendoa.

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam kak Werdah.

    Amin,terimakasih mendoakan,semoga ianya semakin menghamoirkan diri dengan Khaliknya.

    BalasPadam
  6. ckLah,

    Kesimpulannya;
    1.Naqib memang nurun emak saudaranya :)).
    2.Cikgu Hashim terlalu lama jadi GB SKSS,
    3.Cikgu kat SKSS dulu cuma beberapa orang sahaja.
    4.dll.
    ;))

    BalasPadam
  7. Assalamu'alaikum

    Saya masih cikgu yang mengajar abc..cikgu darjah satu. Nama dia Cikgu Shaharudin. Garang orangnya.

    Tapi baik hati. Kali terakhir humpa dia masa saya Tingkatan 2.

    Masih ingat lagi dia kata "Wah..dah besaq panjag anak dara Bang Lah"

    Dia panggil Allahyarham abah saya Abang Lah.

    Selalu teringat dia. Mudah-mudahan Allah SWT memberinya ganjaran pahala yang besar walau di mana dia berada

    :))

    BalasPadam
  8. Waalaikumussalam,
    Bahagianya kalau Makbonda yang menjadi Cikgu Shaharudin.Walaupun kini dia tidak yang dia di doakan,tapi Insyaallah, nanti dia akan tahu.

    BalasPadam

Catatan Popular