DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 25 November 2012

Bala 2.

sumber goggle image


Pulang dari sekolah,sedang merehatkan diri,terdengar salam di luar rumah,rupa-rupanya Kak Yam jiran sebelah dengan seberkas kacang panjang di tangan. Begitulah Kak Yam walau dengan kepayahan berjalan akibat sakit kaki berjaya juga mengisi keksosongan tanah dengan pokok-pokok kacang panjangnya,tidak habis dimakan sendiri dikongsi pula dengan jiran tetangga dan saudara mara. Kak Yam ini ibu tunggal yang tinggal seorang dii dirumah,sakit kaki pula,tinggal dirumah anak-anak paling tahan seminggu,bukan layanan anak tidak bagus tapi teringat rumah.Anak-anak tidak dapat tinggal bersama atas tugas masig-masing,tetapi dia redho. Tidak perlu bersangka buruk pada mereka,nanti hati sendiri yang gelisah.

Maka bersembanglah kami barang beberapa ketika,walaupun berjiran jarang bertemu wajah,yalah atas kelemahan saya mengurus masa.

Kalau paginya keluh kesah kedengaran disebabkan mayat hidup tapi kali ini serangan Sang Monyet dan yang yang spesis dengannya. Dulu-dulu monyet agak takut denga manusia,tetapi kini sebaliknya. Sebenarnya sayapun merasainya sama kerana saya juga punya beberapa pokok kelapa dan pisang. Samada pisang telah dijangkiti penyakit atau didahului oleh Sang Monyet, sememang kami bersaing. Begitu juga dengan buah kelapa. Makluk ini datang bergilir antara spesis,dan kaedah mereka menyerang juga agak berbeza. Kalau spesis beruk, suka memulas kelapa termasuk yang masih muda lalu dijatuhkan ke bumi,sebab itu ia layak ditugaskan sebagai pemetik kelapa atas kemahirannya itu. 

sumber goggle image

Saya tidak berapa terkesan atas saingan itu sebab itu hanya hasil sampingan saya. Tidak ada pisang saya boleh beli bahan lain,tidak ada kelapa saya boleh beli santan di pasar. Tetapi bagaimana pula dengan tuan punya kebun disebelah rumah Kak Yam. Beliau tinggal jauh,hari itu dia datang melawat kebunnya.

Rungutannya;

"Bulan sebelum ini saya boleh dapat 2ribu dari hasil jualan kelapa,kali ini nak dapat 2 ratus pun susah,buah kelapa melambak bersepah ditanah dengan keadaan belum cukup tua"

Tuan tanah sebelah kebun Kak Yam itu menggunakan hasil jualan kelapa untuk membayar bil api,membeli gas,menyara sekolah anak-anak dan lain-lain lagi. Kesedihan yang dialaminya tentu sekali berbeza dengan kesedihan saya,kerana tanpa hasil kelapa saya masih boleh membiayai keluarga. Apakah layak tuan tanah memaki hamun makluk itu atau mendoakan kemusnahannya. Samada layak atau tidak sebenarnya telah berbakul-bakul makian yang terlontar. Mereka juga manusia yang punya nafsu amarah. Sekurang-kurangnya berdoa meminta dimusnahkan mahkluk tersebut.

Hari itu tuan tanah datang dengan membawa sebakul tombong kelapa atau dalam bahasa Jawa disebut kentos yang diisi dengan racun,untuk memerangkap haiwan-haiwan pemusnah tersebut. Beberapa hari haiwan tersebut tidak datang, Kemana? tidak dikenal pasti.

sumber goggle imag

 Sebenarnya pihak JKKK telah beberapa kali meminta jasa baik Perhilitan untuk memusnahkan haiwan tersebut,tapi bila pasukan mereka datang tidak dapat dikesan dimana mereka bersembunyi pada hal ada kesan yang mereka baru membuat projek ditempat itu. sama ada mereka punya deria yang kuat untuk menghidu bahaya atau sebab lain  hanya Allah Yang Maha Tahu.
sumber goggle image


Mahu dihapuskan haiwan-haiwan ini,tidakkah kasihan,mereka juga makhluk yang punya hak keatas setiap ciptaan Khaliknya. Sama juga dengan ada yang mempersoalkan;

"Apalah di Plastin dan Syria ni,asyik perang sahaja,tak boleh ke berbaik-baik macam negara kita,tak ada perang-perang"

Bukan soal perang-perang,rakyat Palastin melawan Yahudi laknatullah kerana mereka mahu memusnahkan Baitul Muqaddis. Rakyat Syria berjuang mahu menumbangkan rejim Basyer yang kejam menghapuskan orang-orang Sunni. Mereka berdoa sebab mereka teraniaya. Berbeza dengan kita yang tidak teraniaya,tidak terasa kesedihan mereka.Bagi yang tidak mengikuti isu mereka tiadalah terkesan dihati untuk menymbang sesuatu.

Begitu juga dengan kes tuan tanah diatas,Saya yang tidak berada disituasi mereka kurang lah kesedihan saya,tidak sampai hati saya untuk membunuh haiwan tersebut berbanding dengan tuan tanah sebelah rumah Kak Yam,yang berusaha mengisi kentos-kentos dengan racun. Bayangkan jika jeratnya mengena dan haiwan-haiwan tersebut mereput menjadi bangkai,smentara mikroorganisma mereputkan daging-daging,selama itulah penguni dipersekitaran menghidu aromayang meloyakan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Hasimah

    Nikmat berbudi pada tanah dah tinggal kenangan buat kak..lama dulu dapat juga rasa kacang panjang, serai, cili, daun kesum, daun kunyit, betik tanaman sendiri.. Minat menanam tak turun kepada anak-anak.

    Minggu lepas ke felda besout rumah arwah abang..kak ipar jemput ambil dufian dapatlah satu bonet kereta..dapatlah agih-agihkan, kak ipar ceritakan juga bab curi ni..datang dari luar dengan kereta lagi..kak ipar suluh kebetulan jaga di dangau, tatkala tu bangun solat tahajud..pukul 4.30 pagi..subhanallah, tatkala orang lain sibuk bermunajat orang-orang ini menambah dosa.

    Kelmarin kak ipar turun KL bawa lagi duriannya kepada kak..dia cerita lagi masih datang lagi..kali ni orang lain pula 2 biji kereta..kesihan kan orang-orang begini..kata kak ipar tak tahulah dia orang sempat ambil atau tak..lepas disuluh mereka susup sasap lari..

    Panjamg pula komen ni..bab monydt pula, suami ada senapang macam dalam gambar tu..Tak boleh menanam apa-apa je..baru nak naik habis dicabutnya..rambutan dan duku pula tak sempat masak, durian berbunga je diganggunya..ada niat kata suami nak luahkan pelurunya, namun terkenang anak-anak nanti kehilangan ibunya maka hasrat diketepikannya..

    Ujian kemanusiaan dan keamanan di sekeliling kita memerlukan kesabaran..

    Semoga kita dapat bantu walaupun sekadar berdoa.. Mudah-mudahan Allah redha

    BalasPadam
    Balasan
    1. وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Kak Werdah,

      Tak apalah kak sekurang-kurangnya ada kenangan,yang nyata kini telah diganti nikmat lainkan.

      Untuk memujuk jiwa-jiwa mangsa kecuriantu "Tak apalah tak jadi kayapun mereka,dan tak jadi miskin pula kita,biarkan Allah yang uruskan mereka,jangan dijadikan sebagai kudispun dalam jiwa kita"

      Bagus juga kan kak masih ada saudara mara yang menawarkan rezeki hasil tanaman,Semoga mereka mendapat kerahmatan.Sayapun selalu berharap jadi seperti itu.

      Semoga kak Werdah sentisa diberi kekuatan terutama meneruskan pengongsian di 'Bangkit kembali' dan 'Nota untuk diri'

      Padam

Catatan Popular