DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 30 November 2012

Pembela.

Saya memang seperti pelanggan tetap pada kedai Elektrik Chop Hup Leong di pekan Sg Besar. Antara sebabnya semua barang elektrik ada dijual,dari keperluan dapur,bilik tidur,ruang tamu dan juga gejet komputer.  Taukehnya pula pandai melayan pelanggan. Sebab yang lain lokasi kedai tersebut di hadapan May Bank,jadi senang saya mahu mendapatkan talian hayat bila memerlukan. Apa yang saya perasan,layanan taukehnya berbeza antara sebelum kita konfum membeli dengan selepas melunaskan bayaran.Sebelumnya begitu ramah tamah dia melayan,sebaik sahaja bayaran bertukar tangan dan resit bayaran diterma mulalah dia macam menyombong sahaja.

Kali ini saya seperti macam rasa(maaf Bahasa Melayu tingginya ) sudah mahu berhijrah kekedai lain pula. Di kedai tersebut ada 3 orang pekerja wanita Indonesia. Dari dahulu sememangnya saya perhatikan.Nampak teruk tugas mereka. Mengangkat mesin basuh yang paling maksima kilogramnya,mengangkat TV yang paling besar ukurlilitnya dan berbagai-bagai lagi,belum lagi cara memberi arahan. Ala-ala Belanda  gitu.

Entah bagaimana kali ini saya seperti gatal mulut bertanya hal peribadi kepada mereka sementara barang elektrik yang saya beli sedang diuji. 

"Berapa tokeh bagi upah nya Dik"

"Seribu ringgit juga Mbak,agak lumayan,kalau kedai lain paling tinggi 700"

"suka kamu kerja di sini?"

"Suka nggak suka yang pasrah saja,asal upahnya  lumayan,tapi lo Mbak,susahnya mahu Solat,kadang curi-curi juga,tapinya nanti kalok dijumpa terus-terus memarahi,katanya apa lo bisa duit turun dari langit kalau solat.Susah Mbak,jadinya saya kena qada' bila malam"

" Bagus,kamu kena kuat,jaga Solat kamu,banyak doa,minta Allah bagi tokeh kamu lembut hati. Yang penting jangan gadaikan agama" Suami saya mencelah.

Hati saya begitu jengkel sekali. Saudara seagama dan serumpun saya diperlakukan begitu. Hati saya semakin kuat untuk berpaling tadah mencari alternatif lain. Dan kini saya akan menjaja cerita ini di medium yang saya miliki,saya akan racuni fikiran orang disekeliling saya agar melakukan seperti apa yang saya lakukan,sementara itu biarlah adik-adik itu terus bekerja demi membantu biaya keluarganya. Disamping saya meminta agar Allah Rabul Jalal terus memelihara akidah adik-adik tersebut dan taukehnya mendapat kesan dari kemurkaan.




“Barangsiapa yang membela kehormatan saudaranya tanpa sepengetahuannya, niscaya Allah akan menjaga dirinya dari api neraka pada hari kiamat kelak.” (HR. at-Tirmidzi



Ahad, 25 November 2012

Bala 2.

sumber goggle image


Pulang dari sekolah,sedang merehatkan diri,terdengar salam di luar rumah,rupa-rupanya Kak Yam jiran sebelah dengan seberkas kacang panjang di tangan. Begitulah Kak Yam walau dengan kepayahan berjalan akibat sakit kaki berjaya juga mengisi keksosongan tanah dengan pokok-pokok kacang panjangnya,tidak habis dimakan sendiri dikongsi pula dengan jiran tetangga dan saudara mara. Kak Yam ini ibu tunggal yang tinggal seorang dii dirumah,sakit kaki pula,tinggal dirumah anak-anak paling tahan seminggu,bukan layanan anak tidak bagus tapi teringat rumah.Anak-anak tidak dapat tinggal bersama atas tugas masig-masing,tetapi dia redho. Tidak perlu bersangka buruk pada mereka,nanti hati sendiri yang gelisah.

Maka bersembanglah kami barang beberapa ketika,walaupun berjiran jarang bertemu wajah,yalah atas kelemahan saya mengurus masa.

Kalau paginya keluh kesah kedengaran disebabkan mayat hidup tapi kali ini serangan Sang Monyet dan yang yang spesis dengannya. Dulu-dulu monyet agak takut denga manusia,tetapi kini sebaliknya. Sebenarnya sayapun merasainya sama kerana saya juga punya beberapa pokok kelapa dan pisang. Samada pisang telah dijangkiti penyakit atau didahului oleh Sang Monyet, sememang kami bersaing. Begitu juga dengan buah kelapa. Makluk ini datang bergilir antara spesis,dan kaedah mereka menyerang juga agak berbeza. Kalau spesis beruk, suka memulas kelapa termasuk yang masih muda lalu dijatuhkan ke bumi,sebab itu ia layak ditugaskan sebagai pemetik kelapa atas kemahirannya itu. 

sumber goggle image

Saya tidak berapa terkesan atas saingan itu sebab itu hanya hasil sampingan saya. Tidak ada pisang saya boleh beli bahan lain,tidak ada kelapa saya boleh beli santan di pasar. Tetapi bagaimana pula dengan tuan punya kebun disebelah rumah Kak Yam. Beliau tinggal jauh,hari itu dia datang melawat kebunnya.

Rungutannya;

"Bulan sebelum ini saya boleh dapat 2ribu dari hasil jualan kelapa,kali ini nak dapat 2 ratus pun susah,buah kelapa melambak bersepah ditanah dengan keadaan belum cukup tua"

Tuan tanah sebelah kebun Kak Yam itu menggunakan hasil jualan kelapa untuk membayar bil api,membeli gas,menyara sekolah anak-anak dan lain-lain lagi. Kesedihan yang dialaminya tentu sekali berbeza dengan kesedihan saya,kerana tanpa hasil kelapa saya masih boleh membiayai keluarga. Apakah layak tuan tanah memaki hamun makluk itu atau mendoakan kemusnahannya. Samada layak atau tidak sebenarnya telah berbakul-bakul makian yang terlontar. Mereka juga manusia yang punya nafsu amarah. Sekurang-kurangnya berdoa meminta dimusnahkan mahkluk tersebut.

Hari itu tuan tanah datang dengan membawa sebakul tombong kelapa atau dalam bahasa Jawa disebut kentos yang diisi dengan racun,untuk memerangkap haiwan-haiwan pemusnah tersebut. Beberapa hari haiwan tersebut tidak datang, Kemana? tidak dikenal pasti.

sumber goggle imag

 Sebenarnya pihak JKKK telah beberapa kali meminta jasa baik Perhilitan untuk memusnahkan haiwan tersebut,tapi bila pasukan mereka datang tidak dapat dikesan dimana mereka bersembunyi pada hal ada kesan yang mereka baru membuat projek ditempat itu. sama ada mereka punya deria yang kuat untuk menghidu bahaya atau sebab lain  hanya Allah Yang Maha Tahu.
sumber goggle image


Mahu dihapuskan haiwan-haiwan ini,tidakkah kasihan,mereka juga makhluk yang punya hak keatas setiap ciptaan Khaliknya. Sama juga dengan ada yang mempersoalkan;

"Apalah di Plastin dan Syria ni,asyik perang sahaja,tak boleh ke berbaik-baik macam negara kita,tak ada perang-perang"

Bukan soal perang-perang,rakyat Palastin melawan Yahudi laknatullah kerana mereka mahu memusnahkan Baitul Muqaddis. Rakyat Syria berjuang mahu menumbangkan rejim Basyer yang kejam menghapuskan orang-orang Sunni. Mereka berdoa sebab mereka teraniaya. Berbeza dengan kita yang tidak teraniaya,tidak terasa kesedihan mereka.Bagi yang tidak mengikuti isu mereka tiadalah terkesan dihati untuk menymbang sesuatu.

Begitu juga dengan kes tuan tanah diatas,Saya yang tidak berada disituasi mereka kurang lah kesedihan saya,tidak sampai hati saya untuk membunuh haiwan tersebut berbanding dengan tuan tanah sebelah rumah Kak Yam,yang berusaha mengisi kentos-kentos dengan racun. Bayangkan jika jeratnya mengena dan haiwan-haiwan tersebut mereput menjadi bangkai,smentara mikroorganisma mereputkan daging-daging,selama itulah penguni dipersekitaran menghidu aromayang meloyakan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Jumaat, 23 November 2012

BALA?

Minggu ini adalah giliran saya bertugas disekolah. Setiap guru diberi giliran selama 1 minggu,berada disekolah dari pagi hingga tengahari sepanjang cuti sekolah.

Jadual sepanjang minggu ini,pagi jika tidak berpuasa akan menyediakan sarapan dahulu,bersarapan pada 700pagi hingga 800 pagi sambil menikmati majlis ilmu di tanyalah ustaz tv 9.(Jika tertinggal program ini saya boleh mendapatkan perkongsian dari seorang Hamba Allah telah diturunkan untuk mengongsikan catatannya di sini, Semoga beliau mendapat kerahmatan Allah)

Apa kerja sepanjang bertugas?Terpulanglah kepada kita,samaada membuat kerja-kerja yang tertangguh ataupun persediaan untuk tahun hadapan. Hari ini jumaat adalah hari akhir saya bertugas. Nun dikantin kelihatan beberapa kakitangn sedang berkumpul bersarapan. Walaupun sedang bercuti untuk bersarapan saya libatkan diri bersama mereka untuk menyantuni.Adakalanya menyampuk dan selebihnya diam mendengar.

Apa topik kali ini? isu tentang kecurian. sama seperti apa yang saya dengar semalam dari jiran tetangga. oleh sebab situasi disini ialah kebun pisang dan kelapa sawit,maka itulah tajuk kecilnya. Nampak seperti perkara kecil sahaja,bagi mereka yang tidak terlibat.

Setiap kali melihat pokok-pokok pisang dan kelapa sawit mula berbunga,penuhlah harapan dengan mengira-ngira bulan apa,hari apa nanti dapatlah rezeki dan telah di budgetpun untuk peruntukan apa. Bila tiba harinya dengan penuh harapan bahawa buah-buah itu sampai tempoh matang,pagi-pagi dengan parang ditangan dilihat tinggil pokok sahaja berdiri teguh sedangkan buahnya telah sirna. Padahal petang semalam masih wujud. Dalam kehampaan itu terpaksa pula tuan pisang tersebut mengeluarkan tenaga menebang pokok yang ditinggalkan berdiri. Perumpamaan yang mereka buat ialah sudahlah hati sedih harta benda dicuri,rumah diselongkar,tuan rumah pula terpaksa membersihkan dan mengemaskan barang yang bersepah.Mustahil pencuri tersebut mengemaskan kembali barang-barang yang diselongkar.

Perkara begini bukan berlaku sekali-sekala tapi berkali-kali. Tidakkah dilakukan sesuatu sehingga pencuri itu ditangkap? sudah berkali-kali,dah telah ditankap pun,setengahnya ditangkap oleh orang kampung ,telah dibelasah dahulu untuk melapaskan geram sebelum diserahkan kepada pihak yang berwajib,tetapi paling-paling bermalam1 malam di balai esoknya dilepaskan. Mengapa pula dilepaskan? Meraka tidak bolah berbuat apa-apa sebab makhluk itu adalah mayat yang masih bernyawa kata mereka. Sayapun mendapat perbendaharaan kata baharu. Mayat bernyawa. Mengapa pula mayat,sebab sudah tidak punya akal untuk berfikir,fokus mereka hanya satu iaitu dadah dan yang seumpama dengannya.Bila disusuri siapa ibubapa mereka,ibubapa merekapun akan mengataka "Buatlah apa-apapun saya pun dah tak tau nak buat apa"

Kalaulah pihak yang berwajib pun sudah angkat bendera putih,maka ianya jatuh kepada tugas siapa? dan sampai bila tuan-tuan piasang ini akan bersubahat dengan terpaksa menyediakan modal untuk mengkayakan pengedar-pengedar bahan berhantu itu? Dengan hati yang berbuku,setelah menjaga kebun,dengan modal baja dan racun,dengan membayar cukai tanah lagi ,akhirnya itulah hasilnya.

(Saya cadangkan setiap kali ditangkap potong satu jari,kalaupun bukan dia yang bertaubat,oranglain akan berfikir banyak kali untuk malakukan.Baru potong jari belum tangan lagi.Bukankah penyelasaiannya telah ada dalam al Quran)

Itu adalah kisah pisang,belum lagi kisah kelapa dan kelapa sawit.Adakalanya telah siap dipetik dan dilonggokan disatu tempat tiba-tiba ada pihak lain yang tidak dikenali dengan sukarela mengangkut dan menghantarnya ketempat pengumpulan.Sudahlah penat menjaga kebun,dari menanam hingga berbuah,memetik,mengumpul,akhirnya ada pihak lain yang menadah hasilnya. Sampai bila? bagi yang iman kuat ianya diterima dengan redha,bukan rezeki namanya,muhasabah diri,tentu ada yang tidak kena.

Sampai bila? itulah persoalan mereka.Mungkin masing-masing belum terlalu rasa sedih sehingga merasakan itu adalah merupakan satu bala. Bila telah sampai ketahap itu barulah timbul idea utuk berbuat sesuatu. Ya Solat Tolak Bala. Jika telah sampai peringkat dukacita yang malampau,ramai-ramai berkumpul buat Solat Tolak Bala.Tentu ada sebab mengapa perkara-perkara itu berlaku.Siapa yang tahu? Jawapannya;



Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.



Sumber Google search

Khamis, 22 November 2012

KESETABILAN EMOSI.

Pelbagai gelagat dan reaksi yang di perlihatkan sebaik sahaja mereka melihat keputusan UPSR yang baru dikeluarkan pada hari Isnin yang lepas. Saya menemani guru kelas tahun 6 untuk mengoyakkan slip keputusan dan menyerahkan kepada mereka satu persatu. Antaranya ada yang melompat, ada yang menangis,ada  yang berulangkali bertahmid,ada yang diam memendam rasa,juga yang diam dengan selamba. Seorang calon memeluk saya sambil menangis,Dia mendapat 3A 2B,saya sangka dia kecewa tapi rupa-rupanya dia gembira sebab selama ini dia tidak pernah mendapat A pun.

Salah seorang pelajar yang dijangka oleh semua pihak akan mendapat semua A,sebab pencapaiannya telah dimulai sejak tahun 1,bila keputusan keluar mata pelajaran sainsnya B. Tentu sekali banyak pihak yang kecewa. Bila hampir sampai ke gilirannya saya meminta diri pada guru kelas untuk ketandas(padahal saya tidak sampai hati untuk melihat responnya) tetapi kawan saya itu menahan saya,rupa-rupanya diapun tidak sanggup ditinggal kesaorangan menghadapi pelajar itu.

Suasana tegang sebaik sahaja dia masuk(Sebenarnya hati kami berdua sahaja yang saya maksudkan)
dan kami berdua mempamerkan kebijaksanaan untuk menghadapinya.Dia memberi salam dan terus menandatangani borang yang kami hulurkan.

"Alhamdulillah Sity,tahniah,terima hakikat,segalanya Allah telah aturkan" sambil menghulurkan tangan diikuti penyerahan slip.
"Masih ada peluang untuk masuk sekolah terpilih. PSRA dapat mumtaz kan?"
"InsyaAllah,disekolah menengah nanti kejar balik,banyak lagi peluang"
"Ini hanya permulaan"
Kami bersilih ganti memberi perangsang.Sambil dia membuka slip dengan tenang.

Dia yang sememangnya seorang yang pendiam tiba-tiba bersuara;

"Alhamdulillah, tak apa cikgu masa saya masih panjang lagi" terus dia mencium tangan kami sambil bersuara;
"Terimakasih cikgu untuk semuanya,mintak maaf kalau cikgu yang kecewa,saya tak apa-apa"

Serentak kami menarik nafas dan melepaskan panjang-panjang,bulu roma kami pula yang merinding,mata kami pula yang basah.

Sebentar pula ibunya masuk,bersalaman,dan berulangkali mengucapkan terimakasih,dan meminta maaf selama mendidik anaknya. Dia telah dilahirkan oleh seorang ibu yang beremosi stabil rupanya.





Isnin, 19 November 2012

Budget baik



"Dia orang kata kita budget pandailah,budget baiklah"

"Bahasa apa budget pandai tu" Adakalanya saya kurang faham dengan bahasa-bahasa remaja Y.

"Contohnya,dia tunjuk kat kita gambar dia dengan sepupunya lelaki,tak pakai tudung,kita kata mana boleh nampak rambut dengan sepupu,kan bukan mahram.tu sebab dia kata kitani budget baik.Satu lagi,dia cerita pakcik dia boleh nampak jin,abang dia boleh ber cakap dan berkawan dengan jin. Kita katalah mana ada manusia biasa boleh nampak Jin kecuali Rasul.Mana boleh berkawan dengan jin kan syirik,jin kan menyesatkan manusia. Lepas tu dia kata kita budget pandai"

Dia telah mengajar ibunya perbendaharaan kata baru. Walaubagaimanapun kurang pasti apa tujuan perkataan  budget itu,yang penting saya faham maksudnya.Tapi saya pasti mengapa dia mendapat gelaran bagitu dari kawannya. Dia anak saya,saya tahu bagaimana nada bahasanya ketika menegur itu,pasti kawannya itu terguris.Namun saya tidak menyalahkannya malah gembira kerana dia telah ada keberanian yang belum ialah kebijaksanaannya dalam berdakwah.

Semasa saya di maktab pernah mengalami situasi sebagaimana kawannya itu. Ketika itu saya rasa saya golongan orang  baik-baik,bapak saya telah didik saya jadi orang baik,jaga solat,jaga tingkahlaku,pergaulan dan sebagainya. Dalam ramai-ramai kawan ada seorang kawan yang saya rasa budget pandai dan budget baik. Saya rasa dia suka sangat mencari salah saya,dia kritik pada ketika itu juga. Seboleh-bolehnya saya mengelak dari bersama dia tapi dia tetap mengekori saya.Akibatnya saya sentiasa menjaga tingkahlaku saya untuk mengelakan dari kritikannya yang menyakitkan itu. Saya tidak boleh melarikan diri daripadanya sebab kami sekelas dan setiap kali balik kampung kami seperjalanan. Masa bila lari dari dia ialah ketika kami outing atau merayau-rayau sebab saya ada geng lain.

Apa yang menyakitkan saya ketika itu ialah ada sahaja kesalahan saya padahal diapun banyak kesalahan tapi saya tidak pula menegurnya. Satu perkara lagi dia sering mahu saya mengikuti nya usrah. Mengapa dia tidak mengajak kawan lain. Pada mulanya saya pergi dengan rasa trpaksa. Lama kelamaan saya telah mula rasa kemanisannya dan saya sudah tidak rasa terpaksa. Pada ketika itu barulah saya sedari bahawa saya tidak sebaik mana seperti saya rasa dahulu. Dalam usrah saya sering diberi kesempatan untuk muhasabah diri. Rupa-rupanya saya ini sangat kerdil orangnya berbanding apa yang saya rasa dahulu.

Semasa saya menjalani praktikal pertama saya telah berpisah dengannya selama sebulan.Untuk praktikal kedua pula saya terasing dengannya selama 3 bulan.Pada ketika itu baharulah saya rasa betapa berharganya dia. Tidak ada lagi yang mahu memegang saya. Saya ketawa kuat-kuat tdak ada yang menegur,saya mengumpatpun tidak ada yang memberhentikan,api baran saya membara juga tidak ada yang menyejukan.

 Untuk meletakan piawai bagaimana akrabnya kami selepas itu,saya sering mengikutinya balik ke kampungnya begitu juga dia. Saya mengenali keluarganya begitu juga dia. Setelah posting kami tetap berhubung walaupun ditempatkan disekolah yang berjauhan,dan dia tetap membawa saya mencari tempat untuk berusrah. Semasa saya berdebar diakadnikahkan dia berada disamping,begitu juga dia.Setelah dia berkahwin dia tinggal di Bandar Petaling sedangkan saya terus tinggal dikampung.Kami amat jarang bertemu. seingat saya  hanya dua kali sejak 28tahun,sekali saya mengunjunginya semasa dia tinggal di Kampung Pasir yang sekarang telah musnah akibat pembinaan landasan LRT.Dia pula mengunjungi saya 10 tahun yang lalu. Selebihnya hanya sekadar bertalifon atau dalam Facebook.  Alhamdulilladh hujung minggu yang lepas kami dapat bersama untuk menghadiri kenduri walimah anak kepada rakan semaktab dahulu di Sitiawan.

Masih hangatnya persahabatan. Kejahilan saya ketika zaman mula-mula saya mengenalinya dahulu amat memalukan. Sepatutnyana saya tidak berperasaan seperti itu.Saya boleh menyebut keikhlasan tetapi saya tidak menghayatinya.Sepatutnya saya tidak mempertikaikan kesalahannya kerana dia manusia yang tidak maksom,sepatutnya saya juga mengingatkannya barulah saling melengkap.

Sekarang saya sentiasa berdoa agar anak-anak saya sentiasa di dampingi kawan-kawan yang budget baik dan budget pandai itu. Biarlah mereka ada yang memegang agar tidak hanyut. Saya juga sentiasa mamasukan kawan saya itu didalam doa .Semoga kami saling bertukar syafaat nanti.


Sahabat yang baik adalah, sahabat yang berkata BENAR kepada Anda,
bukan sahabat yang hanya MEMBENARKAN setiap perkataan Anda

Jumaat, 9 November 2012

PERSARAAN

Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja dua orang guru di sekolah bersara.Awal tahun hadapan guru besar pula bersara. Tidak sampai 2 tahun lagi suami pula bersara. Sepanjang berada disekolah ini lebih dari 6 kali kami meraikan persaraan guru.

Dalam ramai-ramai itu berbagai riaksi mereka dalam menghadapi tempoh bersara. Bagi yang semamangnya bosan berada dalam dunia pendidikan akan berasa kelagaan,sebaliknya yang telah dalam alam percintaan dengan dunia ini tentu rasa kehilangan. Namun tidak semestinya yang lega itu adalah yang tidak suka kepada dunia pendidikan,mereka sudah jemu terikat dengan jadual dunia,mahu fokus pada kehidupan ukhrowi.

Bagaimana cerita selepas bersara juga berbagai-bagai. Salah seorang pesara menceritakan beliau seronok bersara,banyak duit datang,disana-sini ada sahaja punca duit,koperasi sana,koperasi sini sehingga tidak tahu menggunakannya. Ada juga yang mengalami kesesakan,sampai bersara masih perlu membayar itu dan ini sehingga memaksa mencari pekerjaan lain bagi menampung kesempitan. Bagi guru-guru ada skim yang menyediakan ruangan pada guru-guru bersara untuk mendaftar dalam dalam senarai Guru Sandaran Terlatih yang bersedia menggantikan kekosongan guru dalam jangka pendek seperti guru bersalin,menunaikan haji,dan sebagainya. Baru-baru ini dalam ucapan Pegawai Pendidikan pelajaran Daerah dalam satu majlis persaraan,daerah Sabak Bernam paling kurang yang mendaftar berbanding daerah lain. Tentunya sebabnya juga berbagai.

Begitulah akhir kehidupan,gambaran kehidupan diakhirat nanti,ada yang tenang,bahagia,kaya sebaliknya ada yang derita dan jatuh muflis dan sebagainya. Kita sendiri tidak tahu kita dibahagian yang mana.

Saya memang suka bergaul dengan pesara. Dalam diri mereka penuh pengalaman hidup,mereka telah lalui perkara yang kita tidak lalui. Itusebabnya saya suka melayari blog-blog pesara,walaupun tidak meninggalkan komen pada tuan rumah tapi saya mengikuti secara diam dan mendoakan mereka dilimpahi kerahmatan Ilahi. Antara yang biasa saya lawati ialah  Inspirasi Mawaddah  Bangkit kembali , Nukilan ,komensen Kerabu Jantung   dan banyak lagi. Kagum dengan cara mereka mengisi sisa usia . Hasil rakaman foto yang dikongsikan juga menarik dan sangat kreatif.  Saya membayangkan mereka ke sana ke sini mengantungkan kamera di leher untuk mencari sudut-sudut menarik,mengongsikan nikmat Allah yang mereka sedang rasai setanding dengan orang muda,Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada mereka untuk mengongsikan pengalaman sebagai penanda aras kehidupan kita.

Setiap kali ada majlis persaraan antara tuga saya ialah menerbitkan dokumentasi dalam persembahan multimedia,nampaknya seperti tetap dan berpencen sebab nampak junior-junior seperti tidak berminat untuk mewarisi. Saya berlawak dengan mereka,besok siapa yang membuatkan untuk saya. Untuk mencari bahan ada yang yang sukar memberi kerjasamakerana meraka tidak mahu di ditunjulkan secar keterlaluan,namun ada juga yang terlalu teroja sehingga meminta itu dan ini sebagai memeriahkan keraian persaraanya,sememangnya Allah Maha bijaksana mencipta berbagai kerenah manusia untuk mewarnai dunia ini .

Dibawah ini adalah antara penerbitan terbaru dari saya.


Selasa, 6 November 2012

Aduhai anak 4




Hujah 1-"Semudah mendaftar sahaja pada cikgu dengan menghantar IC pelajar layak mendapat notebook.Nanti ibu bapa akan dapati di bil elektriknya ada tambahan sebanyak RM25 sehinggalah tempoh tertentu tamat bayaran hutang"
Hujah 2-"Memanglah kata cikgu notebook tu tak berapa elok tapi boleh jual dengan harga RM800,boleh buat muka beli notebook yang lebih baik"
Hujah 3-"Ok tak?,Alah kawan-kawan ramai dah register,dulu memanglah untuk orang susah tapi sekarang sapa-sapa pun boleh."

Hujah-hujah hanya didiamkan sahaja oleh si Ibu sambil menyusun stretegi agar dia tidak merasa yang ibunya sering menggagalkan kemahuannya.

"Boleh cerita,apa rasionalnya punya notebook seawal ni?PMR pun tak lepas lagi " Ibunya mula membuka langkah.

"Mestilah ada,kalau dah namanya komputer,macam-macam boleh buat,nak buat homework,nak serve internet,alah sekarang dah era ITlah Ma,"

"Selama ini ada masaalah ke?.Bila hujung minggu boleh outing,balik rumah.Semua tugasan boleh buat di komputer rumah,nak serve internet dan terus print. Tak ada apa-apa masalahkan?.Kawan-kawan yang dapat notebook sebab dirumah mereka tak ada kemudahan"

"Bukan mahal,RM25 je sebulan"

"Bukan soal harga.Ma pun tak mainlah hutang-hutangni. Kalau cukup alasannya bila-bila boleh beli.tengok kakak-kakak dan abang-abang,dah janji masuk IPT je boleh beli,sebab memang keperluan.Masa sekolah keperluan belum sepenuhnya,makmal komputer ada. Semasa cuti dirumah boleh guna. Bimbang nanti kesan buruknya melebihi kebaikan. Bila kita ada harta tetapi digunakan untuk yang tidak bermunafaat,itu namanya harta kita tidak berkat.  Cuba buat pilihan,pertama kita ada tangan,ada mata dan ada lidah,kita menggunakannya untuk perkara yang melalaikan,oleh kerana Allah sayang kepada kita supaya tidak terus tersasar,lalu ditarik segala nikmat yang telah diberi,nikmat tangan,lidah dan mata kita hilang lalu kita insaf namun nikmatnya tidak dikembalikan. Pilihan kedua kita ada tangan lidah dan mata,dan kita gunakan sepenuhnya uantuk perkara yang bermunafaat. Lalu Allah terus mengekalkan nikmat tersebut hingga akhir hayat sebab kita menjaganya"

"Mestilah pilihan yang kedua"

"Cuba aplikasikan dengan cerita note book. Kita ada duit,beli note book,kita guna sehingga mengabaikan tugas kita,akibatnya  ketinggalan dalam pelajaran, gagal dalam peperiksaan. Berbanding dengan kita ada duit,tapi  tidak terus beli notebook sebab belum tiba masanya,keperluan juga belum mendesak,lalu kita bersabar dan tidak irihati pada kawan-kawan.Kita selamat dari kelekaan dan fokus pada pelajaran,Insyaallah bila sampai masanya nanti kita akan memiliki  juga.Yang lebih baik dari kawan-kawan"

"Ok lah Ma,dengan Ma memang kita selalu kalah,tapi tak apalah,kita  boleh terima."

"Ma pun faham,anak dara Ma ni sangat positif orangnya,Alhamdulillah,terimakasih Allah dikurniakan anak macamni,semoga Allah terus memelihara, "

Dia memang begitu,remaja generasiY katakan, suka berhujjah,orang dulu-dulu kata melawan tapi saya murnikan menjadi berhujah supaya lebih positif. Adakala menjengkelkan,namun saya tetap bersyukur dengan hujjah-hujanya itu saya berpeluang menyungkil kebijaksanaan hujah saya, bagi mematahkan hujahnya dengan tidak melukakan . Biasanya hujah-hujah saya diterimanya,walau kadangkala bukan pada ketika itu tapi setelah beberapa lama. Nyahkan jauh-jauh hati-hati yang terkecil,hati yang tercalar. Lebih bahaya jika dengan hanya menunjukan respon  secara diam dan si ibu jatuh perasan yang dia punya anak yang jenis mengikut kata.

Sesuatu yang mudah datang dalam kehidupan, kekadang ia akan juga mudah hilang kenikmatan. Namun sesuatu yang sukar untuk dimiliki, pasti akan membuatkannya sangat dihargai.

Ahad, 4 November 2012

GAJI?


Tersentuh kalbu saya bila membaca status USZAR di wall FBnya.



Mengapa beliau tega menceritakan sejarah peribadinya itu.Saya difahamkan sebelum ini beliau telah menawarkan satu pekerjaan kepada siswazah yang menganggur  dengan pendapatan RM1500,namun ada pihak yang memperlekehkan jumlah itu,yang menurut mereka  tidak sesuai dengan sara hidup masa kini. Saya sangat setuju dengan tindakan beliau mengongsikan sejarah peribadinya sebagai tamparan atau motivasi pada pihak yang dimaksudkan.
 
Mengongsikan sejarah peribadi bukan untuk membuaka aib atau menunjuk-nunjuk tapi jika diniatkan untuk memotivasikan pihak lain saya rasa adalah perlu,sebagai penanda aras juga pada anak-anak.

Semasa saya mula bekerja gaji saya adalah RM350, RM100 untuk emak,RM50 saya buat potongan Tabung Haji,RM100 untuk sewa rumah. Saya ada RM100 untuk sara diri,tambang bas ke sekolah,makan,pakaian dan lain-lain.Setiap hujung bulan saya lihat kawan-kawan sentiasa menunggu hari gaji,tapi saya tidak,gaji bulan lepas masih berbaki,mungkin kerana sara hidup diri saya tidak tinggi,saya tidak ada peruntukan untuk kosmetik,kasut dan beg tangan saya tidak bertukar sehingga tidak boleh digunakan lagi,kos pakaian saya juga besesuaian dengan wang saya ada.Seingat saya,saya tidak pernah meminjam dengan Mak atau sesiapa. Pada ketika itu saya punya lapan orang adik yang sedang bersekolah,saya tidak dapat menyara mereka setiap seorang,hanya menyalurkan melalui Emak.

1 tahun 8 bulan selepas bekerja saya berumahtangga,suami saya juga guru yang yang bertangga gaji sama dengan saya tapi beliau lebih 4 tahun bekerja berbanding saya. Beliau lagilah lebih berat tanggungannya. Seusia 11 tahun bapanya meninggal dunia dengan meninggalkan 10 orang anak yatim,dan suami saya anak kedua. Ibunya mengambil upah dan berniaga dipasar untuk menyara keluarga. Bila suami saya habis Maktab perguruan dan mula mengajar beliau tinggal bersama-sama ibu dan adik-adik. Ibunya berhenti mengambil upah .Beliau membantu ibunya  membesarkan adik adik dan membiayai persekolahan sehingga habis sekolah menengah,barulah beliau berkahwin dengan saya.Akaun banknya kosong dan tiada simpanan dimana-manapun. Pada ketika itu  adik-adiknya telah menamatkan sekolah menengah tetapi belum bekerja,masih memerlukan pembiayaannya.

Kenderaan kami adalah motorsikal,setelah mengandung anak ketiga barulah membeli kereta terpakai dengan harga RM4000 menggunakan wang simpanan Tabung Haji saya.Kami tinggal bersama ibu mertua dan adik adik ipar. Setelah punya dua orang anak kami membeli rumah kayu terpakai dan mencacakkan bersebelahan dengan rumah ibu mertua,memandangkan adik-adik ipar lelaki dan sukarnya menjaga aurat. Dengan keadaan begitu kami masih bertahan tidak berhutang dengan mana-mana pihak kecuali suami saya ada membuat pembiayaan bank untuk menebus tanah ibunya.

Menyedari kami telah punya rumah,kereta dan keperluan asas yang mencukupi,walaupun kereta buruk dan rumah terpakai,tapi Allah tidak menyaratkan bagaimana rupanya harta kita,yang dipersoalkan adalah kemampuan telah ada untuk melengkapkan Rukun Islam , maka kamipun membuat pendaftaran di Tabung Haji,dan mula menambah tabungan.  Alhamdulillah setelah 10 tahun perkahwinan kami dapat melengkapkan Rukun Islam kami,semoga diterima Allah. Ramai antara kawan-kawan sekerja kami kata kami banyak duit sehingga mampu mengerjakan haji, padahal pendapatan kami sama dengan mereka, tidak ada pendapatan luar. Lebihnya, kami merendahkan kos sara hidup kami mengikut pendapatan yang ada,tutup mata dengan kemewahan orang lain,tundukan sifat irihati yang selalu bisa melinkupkan itu.Anak-anak tidak memakai lampin pakai buang sepenuhnya di rumah,hanya semasa berjalan sahaja.Jadi perlu kerja lebih untuk menukar lampin dan mencucinya.Pakaian anak-anakpun tidaklah semuanya mahal,hanya sesekali sahaja itupun menunggu jual murah di supermarket. Pebelanjaan kami semata-mata atas keperluan bukan kehendak.Kami terselamat dari fenomena muflis sebagaimana berlaku pada ramai orang muda sekarang yang perbelanjaan hidup melebihi pendapatan.

Sampai sekarang ramai yang menganggap kami banyak duit,padahal kalau diikut pendapatan kami sama dengan mereka. Tetapi kelebihan pada  suami saya ialah beliau istiqamah solat Dhuha sejak bujang lagi. Bila kami sedang bermusafir,tiba-tiba anak-anak perlu berhenti di masjid untuk hajat yang terdesak,beliau mesti mengambil kesempatan untuk solat Dhuha.Saya sendiri agak malas-malas juga ketika anak-anak kecil dahulu. Apabila anak telah besar baharulah ada kesempatan. Sesungguhnya kuasa Dhuha itu amat menakjubkan. Kami tidak pernah rasa cemas walaupun ketika tiada wang ditangan. Sebenarnya  tidak perlu banyak duit untuk kecukupan dalam hidup. Dengan sedikit itu kalau ianya penuh keberkatan sudah cukup.

Antara musabab mengapa kami sentiasa dalam kecukupan mungkin kami telah mengongsikan pendapatan kami dengan orang lain. Setelah adik bungsu saya bekerja emak sudah tidak mahu menerima pemberian wang dari saya lagi. Menurutnya anak-anak saya lebih memerlukannya. Adik-adik saya semua sudah bekerja,  deng pendapatan berlipat kali ganda dari saya. Pemberian dari mereka telah cukup. Barulah saya menghentikan perkongsian sebahgian dari gaji saya pada Emak. Suami saya pula sejak mula bekerja seluruh wang gajinya dikongsikan bersama adik-adiknya sehinggalah adik-adiknya bekerja barulah beliau memberhentikan perkongsian. Walaubagaimanapun baliau masih membuka jika mereka dalam kesesakan.

Pada anak-anakpun kami sentiasa mengingatkan mereka.Semasa mereka di Matrikulasi kebanyakan anak-anak mula mengalami kejutan budaya kerana itulah pertama kali mereka menguruskan kewangan sendiri yang turun dengan jumlah yang banyak. Sering saya ingatkan agar membahagikan wang tersebut mengikut bulan. Berbelanja mengikut wang setiap bulan,seandainya pada hujung bulan masih ada lebihan barulah boleh berbelanja lebih.Nampaknya anak-anak akur.Semoga mereka terus beristiqomah.Pada yang mennggunakan pinjaman perlu sentiasa ingat wang itu adalah wang hutang,perlu dibayar nanti,jadi perlu berhemah dalam membelanjakannya.

Musafir 5



Masyaallah.....Innalillahiwainnailaihirojiun...........Semoga dijauhi dari ujian yang begini.....

Kalau diikutkan siapalah yang mahu menerima risiko seperti ini,lebih baik duduk dirumah bersama keluarga atau menyusun perjalanan bersama orang tersayang sendiri.Namun ianya adalah aturan Allah SWT.

 Menjaga anak-anak murid yang ramai jumlahnya,mengiringi aktiviti lawatan,bukanlah sesuatu yang mudah. Beberapa minggu sebelum program berjalan beberapa proses perlu di bereskan. Beberapa set surat permohonan kepada PPD,termasuk senarai murid lengkap dengan alamat dan no surat beranak atau IC,Surat kebenaran dari ibubapa,kutipan bayaran tambang,tempahan bas,suarat kebenaran kepada tempat lawatan,semuanya perlu dibereskan juga. Perkara-perakara perkara yang perlu dilakukan disamping jadual mengajar tetap berjalan tanpa gangguan.

Disepanjang perjalanan berbagai risiko menunggu,risiko mabok kenderaan,sakit yang tiba-tiba,murid terpisah dari kumpulan dan berbagai lagi.

Disekolah inilah antara tugas Makbonda. Menguruskan bahagian lawatan keluar. Kalau ikutkan zon selesa,abaikan sahaja program ini,rasanya tidaklah mengganggu perjawatanpun,namun ini adalah amanah. Walaubagaimanapun perlu dijalankan, Peroses Pengajaran dan pembelajaran bukan hanya di bilik darjah,mereka perlu dibawa keluar dari kepompong,dan itulah peranan guru. Namun walaupun Makbonda yang menguruskan semua untuk pergi mengiringi selalu digilirkan kepada semua guru. Setiap kali pasti Makbonda ingatkan mereka,kita pergi bukan berjalan tetapi bertugas jadi harus diingat jangan syok sendiri.

Satu ketika dahulu pernah berlaku,guru pengiring membawa anak-anak yang masih kecil,ada juga yang membawa pasangan,akibatnya sepanjang perjalan sebok melayan anak-anak atau pasangannya sehingga mengabaikan murid yang diiringinya.Bagi pelajar sekolah rendah ini adalah pertama kali mereka terlepas dari tangan ibubapa,inilah pertama kali mereka menguruskan wang perbelanjaan yang dibekalkan. bila sampai kesatu-satu tempat adakalnya mereka ghairah membeli belah sehingga kehabisan wang belanja.Ketika inilah perlunya kepekaan guru pengiring.

Mereka kanak-kanak,sifat nakal tidak lari dari diri mereka,tambahan yang jenis sukar dikawal. Banyak sangat perkara baru yang mereka temui. Sebelum pergi berbaris amaran yang diberikan,tapi tetap juga terlanggar. Walaubagaimanapun guru pengiring tidaklah semestinya terlalu mengongkong sehingga perjalanan mereka menjadi seperti kaku dan beku.Meraka menjadi takut dan mematikan kreativitinya. Amaran yang selalu diingatkan ialah persediaan apabila terpisah dari kumpulan. Apa yang patut dilakukan. Dimana tempat patut dituju,dan setiap mereka hendaklah hafal nombor talifon guru-guru.

Setelah beberapa kali terlibat dalam menjadi guru pengiring,tahun ini pengalaman pertama Makbonda mendapat pemandu bas yang sangat pembersih. Beliau tidak menggalakan makan makanan yang mengotorkan bas,seperti makanan yang berserbuk atau yang bercecair. Kebetulan kami telah menempah kuih donut untuk bekalan dalam perjalanan,tepaksalah menunggu turun dari bas baru diedarkan. Apabila kami menceritakan pada kawan-kawan selepas selamat pulang ada antaranya yang mengulas.

"Apa pulak,kita dah sewa bas dia suka hatilah kita nak makan ke,kotorkan bas ke,lepas kita keluar dia cucilah bas dia"

Oh begitukah,tidak terfikir pulak Makbonda ketika itu,yang ada dalam fikiran Alhamdulillah,beliau telah  membantu mendisiplinkan anak-anak murid kami,sebab berikutan dari itu mereka cukup menjaga kebersihan,tidak perlulah kami membazirkan suara menjaga bab ini..

Alhamdulillah,jauh berjalan banyaklah pengalaman. apabila selamat pulang ke sekolah setinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang melancarkan urusan.Tambahan bila pelajar mengisi borang penilaian semuanya positif dan berbaloi. Maka itulah antara nikmatNYA.

Catatan Popular