DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Jumaat, 16 April 2010

Alahai adik kakak alahai kakak adik



Seorang adik mengadu masaalah kewangan dengan seorang kakak,tapi kakak orang lain. Lalu kakak tersebut berkata

“Kamu kena belajar urus kewanganlah,kamu kata gaji sumi kecil, janganlah berbelanja tinggi berpadan dengan wang masuk,pakaian anak tu tak perlulah jenama-jenama,anak-anak kecil lagi,kejap lagi tak muat,jangan ikut orang yang pendapatan besar…..kereta pun pakailah ikut sesuai dengan pendapatan……bla….bla….bla”

Tiba-tiaba dia jawab

“Kakak bolehlah cakap macamtu…kakak gaji suami tinggi , tetap pulak tu……saya baju jenama bukan nak tujuk-tunjuk,baju tu tahan lama…..kakak tu pakai kereta murah-murah kufur nikmat…..dah kakak sanggup pakai kereta macam tu jangan lah nak kata kita mewah-mewah pulak…bla blab la”

Pulak dah…kalau buat karangan agak-agak ada markahke,masuk tajuk tak?…… tapi ini bukan kesah adik makbonda…ini kesah adik orang lain yang duduk tempat lain.


Tapi kakak itu tidak pernah menyesal kerana ilmu mereka berbeza.


رَبِّ اغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ
Ya Allah berikan petunjuk kepada kaumku, karena mereka orang-orang yang tidak megerti. (HR. Bukhari Muslim)

Kufur Nikmat :

- Maksud : Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan

- Contoh :
* Menggunakan nikmat kejalan maksiat
* Enggan mengeluarkan zakat / sedekah
* Boros membelanjakan harta


Hadith riwayat Uqbah bin ´Amir yang mafhumnya:
“Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.” Mereka berkata: “Apa itu, wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Hutang.”

5 ulasan:

  1. Rasulullah SAW kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

    اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : ” إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف”

    Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

    BalasPadam
  2. Semoga kita termasuk dalam golongan mereka yang sentiasa memohon doa ini kepadaNya:

    Allaahumma innii a’uudzu bika minal hammi wal hazan,
    Wa a’uudzu bika minal ‘ajzi wal kasal,
    Wa a’uudzu bika minal jubni wal bukhl,
    Wa a’uudzu bika min ghalabatid daini wa qahril rijaal.

    Ertinya:
    Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
    Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
    Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
    Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.

    BalasPadam
  3. Agaknya bagaimanalah seksaan yg ditanggung oleh golongan ini nanti....Astaghfirullah....Moga kita tidak tergolong dlm golongan yg dimaksudkan....Na'uzubillah...

    BalasPadam
  4. Lah,sukar kan nak ubati diri dari penyaki-penyakit di atas. Walau dah doa...doa dan doa tetapi syaitan semakin memperkemaskan barisan mereka.

    BalasPadam
  5. Iffah, semakin lama manusia mengharungi dunia,semakin banyak penyakit yang akan menghinggapi....kena imunisasi yang lebih kuat semasa kecil lagi.Insyaallah.

    BalasPadam

Catatan Popular