DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 23 April 2010

Lelakikah itu atau dot dot dot


Hari ini makbonda di hujani 2 kesah lelaki yang menjadi suami yang hanya tahu menjadi bapak kepada budak-budak.

Kisah pertama.

Hari ini penyeraan buku akaun Bank Rakyat yang mengandungi kerdit wang KUWAPM bernialai RM200. Seorang demi seorangibubapa atau penjaga datang tandatangan dan membawa pulang buku akaun. Tinggal dua buah buku,Alif bin Satu dan Amer bin Satu(bukan nama sebenar) akaun bersama nama emaknya.Dua beradik ini sebenarnya tidak layak disenaraikan dalam penerima,sebab mereka punya bapa yang kacak lagi bergaya dengan Satria kilat memancar-mancar. AJK pemilihan mencalonkan kerana tidak dapat menjelaskan sebarang bayaran sekolah. Emak mereka adalah mangsa penderaan fizikal dan mental,sehingga anak-anak tidak segan silu menceritakan setiap detik perlakuan serakah bapak mereka. Anak-anak boleh menceritakan bapak mereka punya beberapa wanita yang di tukarganti dan mengabaikan perbelanjaan rumahtangga. Sungguhpun begitu emak mereka masih mampu melahirkan dua orang lagi adik mereka. Pada masa ini emak mereka 2 minggu dalam pantang selepas melahirkan secara penbedahan.Pihak HEM terpaksa menggunakan nama emak mereka sebagai pemegang amanah akaun bank jiak tidak wang itu tidak akan sampai kepada anak-anak.. Besok,Jumaat 23/4 makbonda diarahkan oleh pihak sekolah bertandang kerumah pelajar ini dan akan menyaksikan En. Satu melepak di rumah sebab baru kena buang kerja.Selamat majuaya untuk diri makbonda.

Kisah 2
Perjalanan pulang sekolah makbonda singgah rumah mak mertua,kerana menghantar anak saudara.Timbul pula cerita dari mulut pembantu rumah makmertua tentang kisah hidupnya.Beliau bekerja kerana bersuami yang sama seperti kisah di atas. Katanya “Entahlah cikgu,saya pun pelik tengok perempuan-perempuan tu, dia orang bukan pilih orang tu kacak ke,kaya ke,pandai ke…..yang dia fikir boleh jalan-jalan naik kereta makan mee,itu je,tak fakir masa depan dia”

Makbonda beri suntikan padanya

“Tak apalah Ju,kamu tabahkan hati,didik anak-anak dengan agama,jangan abaikan solat,doa………., yakin ……..Allah akan tolong,ini ujian kamu, dan bagi tahu anak-anak jangan membenci bapaknya. Doalah biar dia barubah”



"Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik." (H.R. Tirmidzi)

6 ulasan:

  1. Salam,

    Sekarang sukar sekali,mencari lelaki yang berkualiti ye kak. Tak macam zaman bapak2 kita dulu.

    Dulu lelaki malu,makan hasil perempuan.
    Dulu istilah pisau cukur hanya untuk perempuan.

    Kini, pisau cukur tidak lagi mengira gender.
    Mungkin tiada kajian spesefik,tapi dari cerita2 sekeliling yang kita dengar, pisau cukur sekarang kebanyakan lelaki.

    BalasPadam
  2. salam mak bonda,
    kasihan kat budak2 tu bila baca cite macam ni.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum semua.
    Memang banyak cerita sebegini kak. Saya pun banyak tahu tentang cerita-cerita seperti ini. Ia berlaku bukan pada orang yang tak berpelajaran atau susah tapi orang yang di katakan cerdik pandai(ada degree/phd) tapi dek ilmu agamanya terlalu cetak/tak takut mati/siksa kubur/akhirat, jadi mereka macam orang yang tak ada otak.

    Terima kasih atas paparan ini. Sangat-sangat berguna untuk orang yang mahu berfikir.

    Wassalam.

    BalasPadam
  4. Mar, pinjam istilah kamu 'lelaki yang sakit otak'

    BalasPadam
  5. indah,kalau kita dengar dari mulut dia secara life lagi,naluri keibuan kita tidak dapat menipu....

    BalasPadam
  6. Nisha, ye hanya sekelumit kesah.....

    BalasPadam

Catatan Popular