DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 26 April 2010

JAGALAH TEPI KAIN ORANG……..





Kawan,
sila jagakan kain ku
kerana kadang koyaknya dibelakang,
aku tidak perasan,
dan terus terlena.
lalu aku mendapat keaiban.

Jagakanlah tepi kain ku,
tolong bagi tahu aku,
agar aku tidak mendapat malu

Jagakan kain ku kawan,
tolong jahitkan jika kau mahu,
atau tutupkan jika ia tersingkap,
atau tercalit najis.
Jangan sampai terserlah hijabku.

Jagakanlah tepi kain ku kawan.
Tapi bukan untuk kau ketawakan,
atau wawarkan di khalayak
kerana terburai segala kecacatanku.

Jagalah tepi kainku kawan,
jika ia tersangkut duri,
tolong leraikan,
jika tidak aku akan jatuh tersungkur,
di kawasan berduri dan berbatu.
Luka dan berdarah meninggalkan parut.

Kawanku,
dihadapan,dibelakang,di kiri dan kanan,
ayuh,pandanglah kain ku

Bersama-samalah jaga tepi kainku,
dan aku jaga tepi kainmu,
dan saling memberitahu
agar kita semua tertutup malu
agar kita tidak lena
disepanjang perjalanan yang sementara ini,
untuk bersama-sama
meraih bahagia di ALAM SANA.



“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” (Al-Hujurat: 10).

“Bila salah seorang dari kamu meminta nasihat kepada saudaranya maka hendaknya (yang diminta) memberi nasihat”. (HR Bukhari)

2 ulasan:

  1. Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah, terima kasih di atas perkongsian yang penuh bermanfaat. Semoga Allah Subhanahu Wataala, memberi sebaik-baik kebaikan kepada Puan di atas perkongsian ini, Insha Allah.

    BalasPadam
  2. Hamba Allah Subhanahu Wataala.
    Tidak mensyaratkan untuk mendoakan sesama saudara itu terbatas orang yang dia kenal sahajakan.walaubagaimanapun kalau kenal lebih lah rasa ukhuawahnya.terimakasih atas dorongan.

    BalasPadam

Catatan Popular