DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Ahad, 4 April 2010

Warkah panjang untuk Anakanda


Kepada Anakanda-anakanda yang sedang jauh di perantauan.

Solawat serta salam ke atas Nabi Mohammad SAW serta sehabat-sehabat baginda.Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah SWT

Anakanda-anakanda

Bagaimana keadaan anak-anakanda sekarang?Bagi pihak Bonda dan Ayahanda sentiasa dalam keadaan sehat walafiat dan senentiasa dapat merasai nikmat Allah walaupun telah di tarik satu persatu, sebagai ingatan kepada kami.

Seperti yang anak-anakanda sedari bahawa anak-anakanda semua telah mula memasuki alam dewasa,di usia begini anakanda telah keluar dari kepompong remaja.Anakanda-anakanda sudah mulai belajar membuat keputusan dan memlih jalan hidup.Kalau dahulu ayahbonda sering mengngatkan agar anak-anakanda tumpukan pada pelajaran kini anakanda sudah memasuki alam dalam halehwal pemilihan pasangan hidup masing-masing.

Anakanda

Jika bonda bertanya pada anakanda, “Adakah anakanda semua kenal bonda?”Semestinya anak-anakanda kata “Anakanda mestilah kenal bonda” Ya,anakanda tahu tarikh lahir bonda,nombor kad pengenalan alamat email ,url blog dan pekerjaan bonda. Anak-anakanda kenal apa masakan yang bonda suka masak,busana yang bonda suka pakai,pada ketika bila bonda terlempiaskan nafsu amarah,dan pada ketika bila bonda gembira.Anak-anakanda juga tahu apa hobi dan kegemaran bonda.Adakah anakanda betul-betul mengenali Bonda? ………………Ya ,dalam kesempatan ini inginlah bonda menambah pengetahaun anakanda tentang siapa diri bonda sebenarnya.

Anakanda

Bonda bukanlah seorang ibu yang suka meminta anak-anakandanya membawa pasangan pilihannya pulang berdua ke rumah untuk di kenalkan pada bonda. Tidak anakanda,bonda tidaklah seseporting itu.Juga bukan seorang bonda yang mengizinkan puterinya mengikut pasangannya pergi berdua untuk di kenalkan pada bondanya. Tentu anakanda akan berkata, “Sekarang sudah zamannya bonda, cara pergaulan sekarang sudah tidak releven untuk mengikut apa yang bonda mahukan” Tidak anakanda, syariat tidak memilih zaman. Firman dan Hadis tidak berubah mengikut zaman. Hukum tetap hukum anakanda.

Anakanda

Setiap perjalanan anakanda akan bonda iringi dengan doa kesejahteraan.Adakah bonda akan mengiringi perjalanan anakanda sedangkan anakanda sedang berjalan dengan insan luar muhrim?.Tetapi tidaklah bonda mendoakan kebinasaan.Hanya tidak mendoakan kesahteraan sahaja.

Masih ada cara lain anakanda. Contohnya anakanda boleh bawa sekali ibu bapanya,atau bawa ayanda bonda utuk di kenalkan sekali pada ayah bondanya,agar ayah bonda tahu susur galur latarbelakang hidupnya.

Anakanada
Pilihlah pasangan hidupmu mengikut syariat anakanda,pasti hidup anakanda akan selamat.Gunakanlah firman dan hadis sebagai panduanmu. Sekufu itu bukan lah semestinya mengenai kedudukan dan harta anakanda,tetapi mengenai ilmu dan iman juga.Pilihlah pasangan mu menggunakan akal bukan nafsu,gunakan logik bukan emosi.

Anakanda

Jadikanlah persekitaranmu sebagai unversiti kehidupan. Ilmu tidak hanya di kamar kuliah anakanda. Di sekeliling anakanda ada memanda-menanda atau rakan taulan yang telah berumah tangga,perhatikanlah kehidupan mereka,yang baik jadikanlah teladan dan yang tidak baik jadikanlah sempadan.

Jika pula anaknda masih belum mendapat calon pasangan,janganlah nakanda gundah janganlah gulana,janganlah rasa infioriti.Seluruh kehidupan kita telah di atur oleh Yang Maha Pencipta. Insan yang baik akan di pasangkan insan yang baik juga. Jikapun berlaku terkadang di depan mata kita perkara yang sebaliknya tentu ada hikmah yang di luar pengetahuan kita. Dia Yang Maha Besar untuk mengatur segala kejadian. Janganlah anakanda cemburu akan rakan yang bermaksiat.

Anakanda

Jadikanlah Istikharah sebagai amalan,jangan anakanda takut beristikharah kerana bimbang akan keputusan yang Allah aturkan tidak sama dengan apa yang anakanda harapkan.Siapalah anakanda di sisiNYA.

Anakanda

Sementara ana-anaknada semua masih belum berumahtangga,eratkan silaturahim sesama anakanda,esok bila anakanda telah berpasangan, pergaulan anakanda akan terbatas,anakanda kena menjaga perasaan pasangan anakanda di samping itu perasaan saudara kandung anakanda juga,kenalailah saudara kandungmu,mereka telah bersama berhujan berpanas sesama anakanda.

Disamping itu anakanda……bergaulah dengan orang-orang berilmu,agar mereka sentiasa mengejutkan anakanda dari lena,agar anakanda mendapat keberkatan dan kerahmatan dariNya,agar diri anakanda termasuk dalam doa-doa mereka……janganlah takut mereka mengguriskan hati kamu,kerana gurisan itu adalah penyembuh,untuk megeluarkan cecair racun dalam diri kamu.

Akhir sekali harapan bonda sentiasalah berjalan mengikut landasan Addin.Ingatlah kematian tidak memilih usia dan ketika anakanda,jadi sentiasalah sedia dan waspada.

Sekian warkah dari Bonda untuk kali ini,insyaallah warkah yang lain akan menyusul selagi nyawa masih dikandung badan,semoga anaknda faham akan maksud bonda. Semoga anak-anaknda akan mendapat jodoh pasangan yang soleh dan solehah yang dapat menyelamatkan kehidupan anak-anaknda untuk sampai ke Alam Sana nanti.

Sekian terimakasih
Sayang dari Makbonda ……………………………….kerana Allah..


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)
Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).

6 ulasan:

  1. lepas ni buat surat untuk adinda-adinda la pulak

    BalasPadam
  2. Minta izin utk saya letakkan link blog ini ke dlm blog saya ya makbonda...

    http://www.ibunoor.com

    BalasPadam
  3. Dik.....Tahan ke?pedih tau....dengan anak sendiri tak apa.....sebab sakit rasa sakit melahirkan mereka.....

    BalasPadam
  4. Ibunoor.....silalah....tapi blog ibunoor sangat hebat,syarat dengan ilmu,sebab ibunoor orang berilmu.......makbonda terlalu kecil....salam ukhuwah.

    BalasPadam
  5. salam..sungguh nterharu membaca warkah untuk anakanda ini..

    BalasPadam
  6. Erna,tk datang........zaman sekarang dah tak post warkah guna stem kan Erna.....guna papan kekunci sahaja.....mudah2an sampai meseg.

    BalasPadam

Catatan Popular