DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Khamis, 22 Julai 2010
Akulah anak dan akulah ibu
Hari ini adalah hari yang di kategorikan hari yang sibuk dalam diary makbonda.
21 Julai hari temujanji bapak dan Mak mertua dengan doktor,serentak,jadi makbonda dan suami terpaksalah nafsi nafsi,dia hantar mak dia makbonda hantar bapak.
Seawal pagi semasa menghantar si bungsu Emy dan Farah si anak yatim,
“Hari ni mak tak ada kat sekolah tau,jaga diri baik-baik,mak nak hantar embah lanang ke kelinik”
“Kenapa mak yang hantar?”
“iayalah nanti bila mak dah tua,anak-anak mak pula yang hantar.”
Selepas menulis nama di buku kedatangan,dan telah meminta kebenaran dengan pentadbir pada semalam harinya,dalam keadaan hujan yang amat lebat memandu ke kampong bapak yang memakan masa 45minit perjalanan dengan kelajuan 100kmj,tapi oleh kerana halangan hujan menjadi 55 min. Terus ke kelinik yang jauhnya juga 45min perjalanan. Sesampainya kelinik telah sesak dengan pelanggan yang akan bertemujanji dengan doktor juga para penghantar. 1jam menunggu menghabiskan menghadam novel Tunggu Teduh dahulu-Faizal Tehrani.Baru melangkah masuk bilik doktor, headphone bersalawat,panggilan dari suami.
“Yang ,baru dapat call dari kolej anak bujanglah,anak bujang tak sampai lagi ke kolej.saya dah call bujang ni tapi tak diangkatnya”
“Astaghfirullah,macamamana boleh macamni,kan dia dah sms bas dah bertolak malam tadi”panik,panik,panic. Biar emak sahajalah bawak bapak masuk jumpa doktor.
Makbonda call anak gadis di Bangi “ada nombor lain handset adik kamu tak?,cuba call dia,abah kata dia dah hilang” “Ok,mak jangan panik”kata anak gadis. 3 minit kemudian
Handset bersolawat lagi “Assalamualakum mak,ejat ni,kan pagi tadi dan sms ejat dah sampai,masa masuk pak guard tak ada,ejat masuk je,ni dalam kelaslahni”
Hmm baru kamu tahu ye,perasaan kami kat kamu.
Tak dapatlah makbonda nak bertemu ramah dengan doktor Lelawati.
Membawa bapak dan emak minum di restoren Serambi Mekah,membawa emak membeli barang keperluan terus hatar mereka balik sampai rumah bapak 12.30.Lari dari program,dijangka sampai sekolah 12.05 ada kelas,terimakasih rakan yang menggantikan. 1.30 baru sampai sekolah,bawak balik Emi dan menghantar Farah si anak yatim(anak saudara suami)ke rumah mak mertua makonda.Sampai rumah 1.50 menyaiapkan makan tengahari,untuk emy yang akan masuk SRA jam 2.30ptng. tiba-tiba terdengar riuh rendah di belakang rumah,rupa-rupanya biawak yang sederhana besar terperangkap di dalam reban ayam.Nasib baik aku yang datang baiwak,panjang umur kamu,setakat halau dia keluar sahajalah yang makbonda mampu buat.
Ingat lepas Zuhur nak tidur,tiba-tiba suami balik “Yang,jum keluar,kawankan cari benih rambutan”
Dah 3 kali tanam rambuatan,yang pertama mati terkena racun,ke dua terkorban dek pembenaan garaj,yang ketiga tertebas semasa membersihkan rumput yang sama tinggi dengan pokok,Insyaallah kali ini akan berhati-hati dari kecuaian.
Kerja-kerja penanaman selesai sehingga kerang 20minit masuk waktu maghrib,termasuk mengurskan ayam di reban.Tiba-tiba suami baru teringat “Ya Allah yang,malam giliran usrah dirumah kitalah,baru teringat,apa bahan yang boleh masak?”
Dalam freezer adalah bahan tapi bila nak refroze, yang ada ikan bilis dan telur ayam.Ok buat nasilemak aje lah.
Segala-galanya dimulakan selepas solat sunat maghrib.Nasi lemak untuk 10 orang makan,dan ahli keluarga seramai 5 orang.Semua bahan dari ladang kecuali bawang,beras,garam,gula dan belacan.Orang depan baca surah Al Asr,nasi pun tanak.Panas-panas dari periuk. Senyap,yang dengar sudu bertemu pinggan,sesekali terdengar suara “Macamni boleh bukak restaurant ni Ji” ha ha ha,graf ria’makbonda tinggi mencanak.Usai mengemas dapur mengetuk keyboard.Yang heran tak ada rasa penatpun.
Tip menghilangkan penat disini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Salam makbonda,
BalasPadamKuat sungguh makbonda. barangkali bl bersama keluarga mmg tak terasa penatnya. Terima kasih bg tips, kak. :)
....anak bapak yang seorang tu pun bertemu janji ke hospital hari ini. Yang seorang tu, bela diri dia aje kan sekarang ni. Hu..hu...
BalasPadamIndah,Alhamdulillah,Allah memberi kekuatan,tapi hampir tewas bila dapat call dari kolej anak bujang.
BalasPadamCkLah,
BalasPadam“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)