DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 3 Julai 2010

Budak dulu dan budak sekarang.

“Mengapa semalam kamu tak datang sekolah?”
“Semalam hujan,emak saya tak boleh nak hantar”
“Kereta mak saya rosak,ayah dah pergi dulu”
“Emak saya bersalin,tak ada sapa nak hantar”
“Mtosikal abah habis minyak,tak boleh hantar.”
“Basikal saya pancit”

Begitukah antara alasan-alasan kamu ya?. Wahai anak jenerasi ketigaku,biarlah aku berkesah bagaimana ibumu jenerasi kedua dahulu menempuh alam persekolahan.

Semasa aku darjah satu 1968 aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Pusing,Pada masa itu Abang Abu Amin darjah 2. Untuk ke SKLP kami perlu menyeberangi Sungai Bernam menggunakan sampan yang di kayuh,semua anak anak kampungku bersekolah di sini,ibu bapa akan menghantar anak-anak sampai pengkalan sungai,kami akan menyeberang dan berjalan beramai-ramai sejauh 3batu melalui kampong Jerang Belanga. Melalui perdu-perdu pokok buahan dan melalui jalan yang berturap kulit kerang dan tanah merah,lebih baik dari jalan di kampung kami yang tiada apa-apa bahan turapan pun. Bila musim hujan kami akan menggantung kasut di leher dan akan memakai bila tiba di sekolah. Kadang-kadang kami jatuh tersungkur terlanggar ketulan batu,dan luka-lukalah kepala lutut kami. SKLP adalah sekolah yang di bina dari batu dan berbumbung genting,agak sempurna binaannya, Terdiri dari 6 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan bilik guru besar. Kantinnya juga mengikut piawaian sebenar sebagai sebuah kantin yang sempurna. Punya sebuah rumah guru yang kemas dan cantik.

Semasa aku di darjah satu, suasana sekolah adalah agak baik dan guru-guru bertugas dengan dedikasi. Guru besarnya bernama Cikgu Yahya,ada Cikgu Ali,Cikgu Kasmali,Ustaz Saleh yang rambutnya beralurn-alun sentiasa bersikat, Cikgu Sabri, Cikgu Samat , Cikgu Aina dan sebahagiannya tidak ku ingat. Kawan-kawan pula tyang kuingat ialah Aminah, Jaafar, Toyib, Ayob,Misnan,Sabariah,Norhayati,Rohaya,Osman,Rahmat,Jaafar Manan,Siti,Adnan dan ada yang aku ingat ada yang tidak. Tetapi suasana sekolah berubah bila aku naik darjah 2. selepas persitiwa 13 Mei, ketika itu guru-guru sudah mula kurang berperistasi. Jarang masuk kelas, Mereka lebih suka berkumpul di rumah guru yang dihuni oleh seorang guru dan isterinya. Mereka membuka muzik dengan suara yang kuat,sambil menari-nari dan ada kalanya minum air berwarna kuning,lalu mereka akan menari dengan lebih ligat lagi. Ada sebahgian murid yang melekapkan badan mereka di tingkap untuk melihat hiburan percuma itu. Kakak-kakak darjah 6 kata mereka mabuk. Semakin hari keadaan sekolah semakin teruk,ia bertambah lagi bila aku naik tahun 3. Ramai di antara kakak tahu 5 dan 6 telah diberhentikan sekolah oleh ibu bapa mereka,mereka rasa tiada berguna berulangalik pergi sekolah. Lebih baik menolong ibubapa di rumah.Setiap kali pulang dari sekolah pertanyaan bapak dan emak ialah
“Tadi belajar ke tidak?” bukan “Tadi belajar apa?”

Apabila aku naik ke tahun 3 dan abang naik darjah 4, bapak telah menghantar abang ke Johor,adikku Abu Hasan pula masuk darjah 1 .Setiap kali pulang ke rumah bapak akan bertanya keadaan di sekolah. Selama setahun kami berulangalik ke sekolah tanpa belajar apa-apa. Pada ketika itu tiada naluri ponteng sekolah,agak-agak malas pergi sekolah tidak payah merayu atau berpura-pura demam,tiada pihak samaada ibu bapa atau guru yang akan mimempersoalkan.Akhirnya bapak membuat keputusan untuk memindahkan aku dan adik ke SK Sungai Samak.


SKSS terletak d sebelah kampungku tanpa menyeberang sungai,tetapi jaraknya lebih jauh berbanding SKLP. Oleh sebab kampungku Sg Manila dan Kg Sungai Samak di buka melalui sungai jadi perhubungan darat antara dua kampong ini adalah kurang sempurna.Walaupun bersebelahan  kampung tetapi jaraknya 4 batu dari rumah,setiap hari aku dan Abu Hassan berulangalik melalaui belukar untuk menembusi ke kampong SS. Hanya kami berdua,ya berdua sahaja.Kawan-kawan lain masih bersekolah di sekolah lama. Kebetulan kami bersekolah sessi petang,jadi kami tidak perlu keluar di subuh hari,tetapi adakalanya kami tiba di rumah waktu matahari menenggelamkan diri. Pada ketika itu tiada wujud perasaan takut dalam jiwa ku sebab bapak kata “Bila kita pergi mencari ilmu Malaikat akan memayungi kita dengan kepaknyaAda kalanya kami terpaksa berpatah balik kerumah sebab kami terjatuh ke dalam parit kerana basikal kami terlanggar tunggul,dan habis buku-buku kami basah.

SKSS ada sebuah sekolah yang dibina dari papan semata-mata,keadaan fizikalnya adalah amat dhoif berbanding SKLP,dindingnya kayu bertampal-tampal dan berbumbung zing yang berkarat,tidak ubah seperti Sekolah Laskar Pelangi di Pulau Belitong. Terdiri dari 3 buah kelas dan sebuah bilikguru yang disekat kekisi untuk bilik guru besar.Terdapat 3 buah rumah guru.Oleh kerana tidak cukup kelas bagi menampung murid,sekolah di bahagikan kepada 2 sessi, darjah 1,5 dan 6 sessi pagi, darjah 2,3 dan 4 sessi petang.Nasib baik aku dan adik sessi yang sama,aku tahun 4 dan Abu Hasan tahun 2.

Pada ketika itu guru besar Cikgu Hashim, cikgu lain ialah Ustaz khairani,Cikgu Irfan,Cikgu Hamid Jantan,Cikgu Hamid pendek,Cikgu Abas,Cikgu Jalil,Cikgu Shahrom,dan Cikgu Sulaiman.

Keadaan kantin sekolah juga adalah layak seperti warung tepi jalan,aku sendiri tidak pernah ke kantin kerana setiap hari kami berdua akan membawa bekal,dan kami makan bersama-sama di waktu rehat di bawah pokok besar di hadapan sekolah ataau di belakang sekolah bersama Junainah kerana dia pun ramai adik.Dari hari-kehari ramai kawan yang mengikut kami membawa bekal.

Aku masuk tahun 4,cikgu Sulaiman nama guru kelasnya,Walaupu bermisai melintang tetapi sentiasa mengukir senyum.Waktu itu kedudukan dalam kelas adalah mengikut keputusan peperiksaan tahun 3.Murid yang mendapat tempat pertama di baris paling kanan,seterusnya murid paling curut dibaris belakang paling kiri. Oleh kerana perpindahanku ke sisni tanpa buku laporan dari sekoah lama,aku telah di letak di baris paling kiri dan belakang di sebelah Poyeng di belakang Limah iaitu seorang kanak-kanak berfikiran 5tahun yang terperangkap di badan kanak-kanak umur 10 tahun. Entahlah. Pada ketika itu tiada perasaan rendah diripun,sebab aku terlalu maklum yang aku telah ketinggalan belajar selama 2 tahun.Tiada siapapun yang ingin berkenalan dengan ku, sudah pastinyalah aku tidak ramai kawan dengan keadaan diriku yang paling tidak peramah dan mahal dengan senyuman.

Ini bukan Pelajaran SKSS,tetapi pelajar S Muhamadiah dalam Laskar Pelangi,tetapi bangunan di belakang itu adalah samaseperti SKSS ketika itu.
Apabila periksaan penggal 1 di jalankan aku telah mendapat kempat ke dua,tempat pertama Jalil,yang semangnya pelajar genius.. Akupun dipindahkan duduk di sebelah Norlida, dia adalah seorang anak orang kaya,dia sentiasa memakai kasut dan setokin,kasutnya pula kasut kain yang putih melepak,seperti tidak pernah memijak tanah, uniform birunya sentiasa di kanji dan di gosok. Alat tulisnya lengkap,sepit rambutnya tidak ada murid lain memakainya. Oleh kerana aku murid baru,aku tidak punya buku teks,jadi terpaksalah aku menumpanag bukunya. Sekarang kawan kawan ku dah mula bertambah.

Antara kawan-kawan yang masih aku ingat ialah Edah,Limah,Piah,Norkhatimah,Norlida, Sazali, Hadi Kamil, Misri, Bahari, Pahrudin, Yusuf, Ismail, Rosli, Jun, Mahsaro ,Alpiah,  Rokayah, Tisnawati, Rubiah,Jalil ,Shamsiah,Baharin dan beberapa orang lagi kadang ingat kadang tidak.

Apabila aku naik darjah 5,aku telah bertukar sessi pagi,adikku Abu Muhaimin masuk tahun 1,dan Abu Hasan tahun 3 sekolah petang. Sungguh kasihan Abu Hasan terpaksa berbasikal seorang diri. Aku bertolak seawal pagi dalam hari yang masih gelap lagi sambil membonceng Abu Muhaimin,emak menghantarku berjalan kaki separuh jalan dengan memasang obor.Agak-agak hari telah cerah emak berpatah balik. Besar sungguh pengorbanan emak kan? Semasa musim kering aku dapat sampai ke sekolah sebelum loceng di bunyikan tetapi bila hari hujan aku dan adik sentiasa tiba setelah P&P berjalan.

Pada hari itu di adakan pemilihan ketua kelas dan penolong ketua kelas yang baru, Cikgu Irfan membuat pemilihan secara undi. Tidak kusangka namaku mendapat undian terbanyak sebagai ketua kelas dan Jalil tempat kedua,aku terkejut,aku tidak boleh menerima,aku sedar aku sering datang lambat,aku tidak dapat menahan sedih dan terlalu sebak,aku cuba menolak cadangan tersebut tapi suaraku tersekat-sekat lalu aku meraung sekuat hati,semua orang terkejut,apa lagi Cikgu Irfan.Dia memujuk ku,tangisanku tidak boleh berhenti, Cikgu Irfan berjanji menurunkan menjadi penolong ketua kelas,dan Jalil sebagai ketua. Barulah tangisanku reda. Sekarang Jalil menjadi ketua dan aku menjadi penolongnya.Tidak dapat aku bayangkan jika ketika ini kau menghadapi pelajar seperti itu. Walaubagaimanapun aku masih terasa rendah diri kerana aku sering sampai sekolah lewat bila hari hujan.

Walaupun setiap hari aku melalui rutin yang begitu perit tapi tidak ada naluri mahu bercuti dalam jiwaku.Ada kalanya aku diserang demam,emak melarang aku ke sekolah…aku akan menangis….bila cuti bermakna aku ketinggalan apa yang cikgu ajar hari ini,besoknya kawan-kawan akan menghantar kerja sekolah dan bercerita mengenai peristiwa semalam,aku?....hanya memandang dan mendengar. Aku semamangnya tidak suka cuti.


Nah begitulah anak-anakku, ini hanyalah segelintir kisah yang pernah di harungi oleh ibubapamu jenerasi ke dua,berbagai pahit maung lagi akan kau temui jika kamu mahu mencungkil dan menguarikan kisah-kisah yang terpendam,agar boleh kau jadikan perbandingan. Itu pun jika kau mahu,kalau tidak terus sahajalah kamu tenggelam dalam dunia kamu.

9 ulasan:

  1. Zaman itu...zaman mak bonda bergelut dengan selut di jalanan yang melekat pada rem roda basikal, bersama Abu Hasan dan Abu Muhaimin, Ummu Nuha masih ke sana-ke mari dengan gelang getah penuh ke siku. Zaman sekolah rendah kita tak sama......



    .....tapi, keperitan setiap perjalanan kita demi mengejar ilmu itu masih sama. Alhamdulillah, segala keperitan itu mendewasakan kita sebagai manusia yang bersyukur!

    BalasPadam
  2. salam makbonda,
    Tak terkata saya baca entry kak.
    MOga anak2 sekarang lebih bersyukur. :)

    BalasPadam
  3. ckLah, Sekolah itu telah disabotaj oleh penduduk tempatan dengan merobohkannya,masa kakak dah masuk asrama,kesanya pembenaan sekolah baru di tapak baru disegerakan,dan sekolah kamu 1km lebih dekat.

    Ya,segala-galanya mendewasakan kita menjadi manusia yang kental.

    BalasPadam
  4. Indah,kamu mesti tidak mengalami pengalaman sebegitukan?

    BalasPadam
  5. Selamat datang en_me kekediaman orang tua.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum semua,
    Betul tu mak bonda. Saya cuba mengajar anak saya dengan kesusahan tapi kekadang tu ramai yang tak berapa setuju cara saya.

    Walaupun dah diajar dan diberi rasa macamana susah tak juga ingat/berubah. Sebab susah mereka 2/3 hari je. Susah kita bertahun-tahun.

    Terima kasih atas kenangan lalu.

    BalasPadam
  7. Salam kembali Nisha,
    Memang ramai yang tidak setuju membesarkan anak dengan kesusahan,mereka tidak mahu pengalaman lalu mereka di rasai oleh anak-anak.Tapi sekurang-kurangnya mereka tahu.

    BalasPadam
  8. LUBUK PUSING...PERJALANANKU SETIAP CUTI SEKOLAH BALIK KAMPUNG NAIK BASIKAL DARI SABAK BERNAM MELALUI SUNGAI BERNAM NAIK BOT ...CEKAL TABAH...BILA HUJAN TAYAR BASIKAL TAK BOLEH BERPUSING ..TANAH LIAT PENUH MENYEKAT........OHH PAMAN AYOB SEBAYA NGAN MAK BONDA RUPANYA YE....

    BalasPadam

Catatan Popular