DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 7 Julai 2010

Sob...sob...sob


Petang tadi salah seorang muslimah di kampung makbonda telah pulang ke Rohmatullah kerana kenser otak,meninggalkan suami,dan 5 orang anak.Anak pertamanya pemuda 26 tahun dan yang bungsu gadis sunti 12 tahun. Makbonda datang berlenggang hanya membawa kepingan RM untuk di isi dalam bekas derma,tanpa tisu atau tuala good morning. Sesungguhnya kesyahduan keluarga yang ditinggalkan ibu lebih menyentuh perasaan daripada ditinggalkan ayah.Tudung dan baju makbonda adalah dari kain sintatik yang tidak menyerap air,dimana nak ku halakan deraian air mata ini?Semoga mereka redha dengan ketentuan yang telah ditetapkanNYA.
Sekembalinya ke rumah terus dail nombor
"Assalamualaikum mak,Mak tengah buat apa?mak sihat?........."

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal shalih yang Engkau redhai;
dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam
(yang tunduk patuh kepadamu).” [al-Ahqaf 46:15]

6 ulasan:

  1. salam mak bonda,
    Al Fatihah buat arwah. Betul makbonda, kehilangan ibu lebih terasa dr kehilangan ayah.
    Moga mama dan MIL saya dipanjangkan umur untuk melihat bakal anak2 saya..

    BalasPadam
  2. salam m.bonda..
    innalillahi wa'inna ilaihi raji'un..
    dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali,.
    moga Allah afiatkan kesihatan yg baik kpd ibu dan ayah agar dipermudahkan utk beribadat kpd-Nya~
    Allahu Allah~

    BalasPadam
  3. Innalillahiwainnailaihi rojiun.....





    ...sekarang juga ummi Nuha nak telefon mak dia.

    BalasPadam
  4. Salam kembali indah,semoga harapan dan doa kamu dikabulkanNYA.

    BalasPadam
  5. Salam kembali hajar,ia,kita akan kembali jua,bersediakan kita untuk itu?

    BalasPadam
  6. umi Nuha,telefon jangan tidak,jangan sampai dia telefon dulu.....petang jumaatni nak ke sana hantar ubat bapak.

    BalasPadam

Catatan Popular