DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Isnin, 29 Mac 2010

Memancing di KLIBF Sabtu 27 Mac





Lari budget,umpan di habiskan oleh Emy dan Ira,Buku yang di hajati tak kesampaian,tidak mengapa......cari saja di kedai buku.

Sabtu, 27 Mac 2010

Bapak siri 20( Bakat itu ialah diantara 4 kurniaan Ilahi...............)

Kelmarin ,petang Jumaat,lepas ‘Asar Kakak pergi menjenguk Emak dan Bapak,belikan pizza di pasar malam,sejak kebelakangan ini bapak suka jika dibelikan makanan masa kini,bapak ialah seorang insan yang tidak pernah berkata “tidak sedap” pada makanan,jika dia tidak suka dia akan makan sedkit sahaja. Bapak makan pizza 3 dari 8bahagian.

Tiba-tiba kakak terlihat objek ini.



Ini ialah hasil tangan bapak,terbina pada tahun 1967. Satu-satunya perabut yang ada dalam rumah selain sebuah katil kayu saiz bujang, rak baju,rak kitab-kitab yang juga hasil tangan bapak dan sebuah almari kitab yang bapak beli,pada ketika itu. Bapak tidak pernah masuk mana-mana pusat latihan atau kemahiran. Semua kemahiran adalah lahir bersama jasad dan kemahuannya,Setiap keping papan atau kayu yang melekat menjadi bahagian rumah adalah hasil tangan bapak. Bila melawat satu-satu tempat atau rumah,hasil pengamatannya akan menjadi inspirasi,dan di aplikasikan dalam kerja-kerja pembinaan rumahnya.Kecuali semasa mendirikan rangka rumah dan memasang kekuda,penduduk kampong datang bergotong-royong. Apabila rangka sudah berdiri bapak menyempurnakan sdikit demi sedikit sambil meneruskan kerja-kerja kebun dan kelas agamanya. Walaubagaimanapun kehalusan kerja-kerja pertukangan bapak tidaklah sampai mengambil upah atau mendapat tempahan dari mana-mana pihak,semuanya untuk kegunaan dan kepuasan bapak sendiri.

Dulu masa kakak kecil,masa tingal di rumah lama bapak buat gambus dari batang nangka. Bapak pasang tali tangsi tegang-tegang,ada tali nipis dan ada tali tebal. Bapak akan petik gambus dengan mainkan lagu padang pasir. Bapak petik gambus untuk menghiburkan hati emak.

Semasa abang kecil bapak buatkan abang gasing,bot kayu,senapang dan lastik. Bapak juga suka mengutip akar-akar banir,cuci dan sapu barnis.

Bapak juga suka menulis Khat, Dari Bapak muda sampailah sekarang.

Gambar di atas ini dapat dari sini Beginilah cara bapak mengisi masa senggangnya. Cerita bapak juga banyak di kesahkan di sini.



Ini rumah bapak yang diambil tahun 2002,diambil dari sini semua adalah hasil kerja bapak. Sekarang bawah rumah bapak telah bersimen dan berdinding,bapak sudah tidak larat bertukang,barulah kerja-kerja pengubahsuaian rumah bapak upahkan pada orang lain.

Al Baqarah : 269
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (269)

Jumaat, 26 Mac 2010

Semangat Ubi



Nenek sebelah abah anak-anak bercerita.
“Tadi Aiman,aku suruh cari daun ubi,di bawaknya daun ubi tua,dipetik setangkai-setangkai,nak ku tekgur tak sampai hati,jadi aku petik sendiri”
Kami semua ketawa berderai.

Pada hari yang lain pula di rumah nenek sebelah emak anak-anak, "Eman jom kawankan Embah cari pucuk ubi". Setelah kami kumpulkan deraian ketawa kami berulang. Aiman telah megulangi kesalahanya.

“Aiman,nak petik pucuk ubi bahagian sini lah,bahgian yang Aiman petik ni dah tua” Dan jejaka 16 tahun itu mendapat informasi baru.



Kes 2

Dalam kereta,

“kita semua kena makan sayur,biar kita jauh dari penyakit,kulit kita cantik”kataku pada ira dan Emy.

“Entahlah Ma,sayur tak sedap,yang sedap salad,itupun kalau makan dengan nasi ayam” Kata Emy.

“Ira Cuma suka satu daun tu, kecik-keci,masak lemak”kata Ira.

“Kecik-kecik macamana?”kataku

“Nanti kalau Ira nampak,Ira tunjuk” “ha itu mak,berenti-berenti,ha daun inilah,Ira suka masak lemak” aku menghentikan kereta dan Ira menunjukan daun pucuk ubi. Ira si gadis sunti 11thun itu menambah perbendaharaan hidupnya.



Anak-anak ku anak yang tinggal dan membesar di kampong,bagaimana pula dengan sepupunyadia yang tinggal di Bandar? Belum jauh jenerasi meraka. Tahukan mereka apa hubungan ibu mereka dengan ubi?

Ibu mereka membesar di celah-celah pokok ubi. Hubungan dengan pokok ubi adalah begitu rapat. Pokok pokok ubi adalah taman permainannya. Mereka menggunakan tangkai-tangkai ubi untuk di buat rantai, daun ubi akan di susun dan di cucuk dengan tali di jadikan mahkota. Ranting-ranting di ikat antara pokok-pokok ubi daijadikan rumah untuk main pondok-pondok. Ibu bapa tidak risau keselamatan mereka. Di pondok itulah mereka duduk dan tinggal bermain dengan kawan-kawan sepanjang hari,balik ke rumah untuk makan dan pergi lagi. Berbagai skill permainan ujud di sini, yang paling polular ialah main pengantin-pengantin,selalau adik adik kecil akan di eksploiasikan untk di jadikan pengantin.mereka di dandan menggunakan daun-daun ubi,yang sering menjadi mangsa sudah pastilah si Lalah dan Nanang, atau Jamberi dengan Milah.
(Post akan datang Makbonda akan meneruskan cerita mengenai ubi)

" Dan Bumi pun kami hamparkan, maka sebaik-baik yang menghamparkan itu hanya Kami ". - ( Surah adz-Dzariyat. 51. 48 )

Isnin, 22 Mac 2010

Bapak siri 19(Aggota tubuh yang menjadi saksi di Akhirat)



Bapak jarang ditimpa penyakit semasa muda,ada sekali bapak jatuh sakit semasa kakak darjah 3,bapak demam panas,lama,berminggu-minggu,sebelumnya bapak penghisap rokok,tetapi bukan rokok dunhill atau gudang garam ,hanyalah rokok yang di perbuat sendiri dari tembakau dan hirisan cengkeh yang dibalut dengan kertas rokok berjenama TST, atau daun nipah. Setelah sembuh dari demam bapak menghentikan amalannya.

Pada tahun 1987 pada masa itu kakak telah berkahwin dan punya seorang anak,bapak telah di masukkan ke dalam hospital TI kerana tulang kaki bapak cedera,akibat tertindih motor sikal. Pada ketika itu bapak sedang berbual dengan sesaorang sambil duduk bertenggek di atas mootorsikal,tiba-tiba motorsikalnya tergolek,bapak mahu menahan tetapi tidak berjaya,akibatnya lutut bapak patah. Bapak di bawa ke hospital,lalu di simen.Itulah pertama kali bapak masuk wad.Pada ketika itu kakak belum punya kereta,kami suami isteri berulang menaiki motor dari sabak Bernam ke Teluk intan,menziarahi bapak,emak tidak dapat turut serta kerana adik-adik masih kecil. Pergerakan bapak terbatas beberapa bulan.

Setelah beberapa bulan berlalu bapak ke tanah suci bersama emak dengan keadaan kaki yang belum pulih sepenuhnya. Sebaik pulang dari tanah suci kaki bapak tercedera lagi,akibat tertimpa motorsikal juga. Kaki Bapak sudah lemah,tidak mampu menahan berat motorsikal, dengan kecederaan terdahulu yang masih belum pulih,ditambah lagi dengan tulang sendi ponggong pula yang tercedera. Kali ini bapak tinggal lebih lama di hospital,hampir 2 bulan. Emak tidak dapat menemankan bapak kerana masih ada adik yang bersekolah rendah, Nasib baik Allah SWA kurniakan bapak seorang menantu lelaki yang sangat perihatin,dia sudah tidak punya bapa,anak yatim seusia 11 tahu. Setiap petang usai tugas di sekolah,dia akan berulangalik ke Telok intan sejauh 35km dengan menaiki motorsikal bersama isterinya.Hanya Allah yang akan membalas kebaikanya jika dia redha.

Sejak Bot sepong memberhentikan perkhidmatannya pada tahun 1979,kaki bapak lah yang akan menyendal starter motor atau menahan motorsikal agar tidak jatuh, berulang alik sejauh 17 km pergi dan 17km balik, atau lebih ,mengangkut kesepuluh putera puteri dan juga isteri yang disayanginya ke tepi jalanraya atau ke pekan terdekat.

Sekarang kaki bapak sudah tidak sekuat dulu,kaki bapak amat berbakti kepada 10 putera-puteri ini telah lemah,kaki bapak yang menahan motorsikal semasa membonceng 10 putera-puteri dan seorang isterinya ini telah cedera. Bapak sudah tidak dapat duduk tahyat dengan sempurna,bapak sudah tidak dapat makan di atas lantai, bapak sudah tidak lekang dengan tongkatnya,bapak tidak boleh menyendal starter motor lagi.


Kelmarin semasa kakak meminta izin nak pulang,bapak mengeluh,kakinya nyilu,kakak urut-urut. Daging kaki bapak sudah menyusut, “Buruk kan rupa kaki bapak?” Kata Bapak. “Kaki buruk nilah yang mengayuh basikal,menongkat motorsikal,mengangkut kakak sampai dewasa,Ya Allah,mudahkanlah kaki ini semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim nanti.” Jawab kakak.Bapa tersenyum dan diam,tidak tahu apakah yang bapak fikirkan.Bapak kakak tinggalkan dengan berat hati………

Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memrintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tuan, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanyadengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil”. (Al-Isra’: 23-24)


Dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”.

Sabtu, 20 Mac 2010

Review novel


Mengimbau nostalgia novel yang pernah mendapat perhatian daripada pembaca suatu ketika dahulu telah menggamit penerbit Alaf 21 untuk menerbitkan semula novel ini. Tersentuh hati ketika membacanya bagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh sepasang suami isteri muda, Dali dan Tijah yang menjadi peneroka di sebuah daerah untuk meneruskan hidup semata-mata ingin memiliki geran sebidang tanah yang baru diteroka. Namun, satu kebakaran secara mendadak mengheret mereka ke dalam pancaroba hidup menyebabkan si suami terpenjara dan si isteri tersisih di desa bersama anak yang masih kecil. Dengan bahasa yang mudah, Zaharah Nawawi berusaha menjalin sebuah novel kehidupan rumah tangga yang mencabar. Beliau ternyata ingin meyakinkan kepada pembaca bahawa seseorang wanita tetap dapat menjadi ilham utama yang berkesan kepada lelaki. Dan, setiap cabaran hidup sebenarnya dapat cepat memperkaya dan mendewasakan lahir dan batin seseorang.


Alaf 21


Makbonda jumpa karya Zahrah Nawawi ini di kedai buku puduraya tahun 1982. Diterbitkan oleh Berita Publising tahun 1981. Telah dicerna dan dihadhamkan.Suka sebab jalan cerita semacam jalan cerita kehidupan Bapak dan Emak,walaupun terdapat beberapa perbezaan.

Jumpa lagi pada 2007 semasa Pesta Buku Kl tetapi diterbitkan semula oleh Alaf 21 dan ilustrasi kulit berubah. Makbonda cerna dan hadham sekali lagi tapi kali ini makbonda mahu kitar semula untuk dijadikan baja bagi menyuburkan pepohon baru..



Persamaan dan perbezaan dengan kesah bapak dan emak.

Persamaan
1. Kedua-dua pasangan adalah Peneroka tanah baru
2. Menjalani kehidupan dalam Susana belukar.
3. Sebelum tanaman utama mengeluarkan hasil,mereka menanam tanaman kontan dan hasilnya amat menyumbang kepada penghidupan mereka.
4. Kedua-dua pasangan ini telah terheret dalam pancaroba hidup. Kebun terbakar dan tanaman musnah.
5. Kedua-duanya bangkit dari musibah dan meneruskan penghidupan.

Perbezaan
1. Dali dan Tijah sepermaianan dan ada unsur cinta monyet,Bapak dan emak tidak.
2. Kawasan tanah mereka semata-mata jalan darat,Bapak dan Emak menyeberang sungai.
3. Dali meneroka sebab gagal melamar pekerjaan,Bapak menolak pekerjaan yang di tawarkan.
4. Dali kecewa menerima musibah dan pergi meninggalkan Tijah ke Singapura lalu terperangkap,Bapak bangun bersama-sama Emak dan meneruskan kehidupan tanpa meninggalkan Emak.
5. Tijah tinggal sendiri dan meneruskan kehidupan sehingga menjadi pembantu rumah,Emak masih sentiasa bersama-sama bapak dan tidak pernah menjadi pembantu rumah.



“(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Al-'Alaq :1-5)

Rabu, 17 Mac 2010

Bapak siri 18(“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”Az Zumar;10)


Sebaik sahaja pokok-pokok kelapa yang bapak tanam semakin membesar,bapak telah menerima satu ujian, yang agak berat juga. 4 ekar tanaman kelapa yang telah menampakkan pucuk mayangnya telah di musnahkan oleh satu kebakaran. Api berpunca dari kebun sebelah yang merebak di tiup angin, mengganas ke kebun bapak .Pada ketika itu amatlah sukar kerja-kerja pemadaman api dilakukan, di samping kekurangan punca air,api telah bergerak melalui reputan bawah tanah.Walaupun pada fizikalnya api telah padam, namun ianya akan menyala lagi akibat tiupan angin. Kejadian ini berlarutan hingga beberapa minggu. Sehinggalah hampir separuh kebun bapak hangus terbakar.
Kerja-kerja memadam api di bantu oleh penduduk kampong juga anak-anak murid bapak yang datang mengaji di rumah.

Bebrapa hari bapak menggunakan masa untuk mengawal api. kebetulan pula pada ketika itu ialah musim menuai padi. Bapak kena berulang-alik ke sawah seberang. Setelah kebakaran dapat di padam bapak tinggalkan rumah dan menginap di sawah seberang, rupa-rupanya api yang di sangka telah padam merebak kembali, sehingga merebak hampir dengan rumah. Pada ketika itu ujian berpindah kepada emak pula. Emak bimbang api akan merebak kerumah,disebabkan keseluruhan material yang digunakan dalam pembenaan rumah adalah bahan pembakar. Emak mengemaskan apa yang patut dan dipunjut dalam kain pelikat bapak.Walaupun di rumah emak tiada sofa ekea atau kabinat yang di order dari court moment,yang ada hanyalah rak rotan dan almari kitab bapak,namun tenaga wanita emak yang baru bersalin anak ke 4,adalah luar biasa menguruskan kerja-kerja pengemasan. Bagaikan terkena sihir,emak mengangkat satu-satunya perabut dalam rumah iaitu alamari kitab bapak yang meterialnya terdiri dari kayu padu yang amat berat ditambah dengan kandungan kitab yang bersusun padat.Emak turunkan dari rumah dan letak bawah pokok jambu tepi kolam. Atas dasar apakah agaknya, emak lebih mengutamakan almari bapak dari pinggan mangkuknya di dapur. Pada ketika itu semua kaum lelaki dalam kampong terlibat dalam kerja-kerja di sawah padi jadi kerja-kerja memadam emak hanya dibantu oleh pelajar-pelajar bapak yang datang mengaji. Akhirnya kebakaran itu dapat dihentikan.



Sebenarnya pada ketika itu rumah baru bapak dan emak sedang dalam pembinaan, lantai dan bumbung telah siap di pasang, hanya sebahagian dinding yang belum selesai dan belum layak untuk di duduki, Bapak akan menyelesaikan apabila habis musin menanam padi.

Sebaik sahaja habis tugas bapak di sawah,bapak pun membawa keluarga pindah di rumah baru yang belum siap sepenuhnya itu.Sambil tinggal dirumah tersebut bapak bertukang menyiapkan memasang dinding dan finishing bahagian lain.

Kejadian ini berlaku di pada tahun 1965.

Tanpa rasa putus asa bapak bangkit semula,mencari benih-benih kelapa baru untuk menggantikan 4 ekar tanaman kelapa yang musnah itu.Pada ketika itu abanglah yang banyak membantu bapak di samping emak juga,ketika itu umur abang mencecah 6tahun.Abang anak lelaki sulung yang matang,bila balik dari kebun,badan abang penuh dengan hangus hitam.

Kakak hanya tinggal di rumah menjaga dua orang adik,masa itu kakak 4 tahun,kakak nampak api merebak,nampak emak kelamkabut mengemas rumah,nampak emak angkat almari,tetapi kakak masih belum punya rasa kekaguman dan ketakutan,hanya rasa seronok menyaksikan abang-abang angkut air dan siram api.Seronok dapat duduk rumah baru.


Nabi bersabda Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

“: Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)

Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”



Dari Abud Dardaa' berkata "orang tidak suka kemiskinan dan aku suka, dan tidak suka mati dan aku suka, dan tidak suka penyakit, aku suka".

Isnin, 15 Mac 2010

Bapak Siri 17("Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3))


Tanaman utama sebaik sahaja Bapak membuka tanah ialah tanaman kelapa.yang mengambil masa 3-4 tahun untuk berbuah. Sementara menunggu tanaman utama mengeluarkan hasil,Bapak menanam pisang dan buah-buahan,Emak pula menanam tanaman kontan,berupa sayur-sayuran seperti cili,terung,kacang panjang,timun,ubi kayu,keledek,ubi keladi dan berbagai-bagai lagi.Tanaman inilah yang menjadi sumber ekonomi Bapak dan Emak ketika itu. Sayuran itu akan Bapak jual die stet Ulu Bernam atau Pasar Bagan Terap atau Sabak Bernam. Satu ketika emak dapat mengumpul satu guni cili api,apabila di bawa ke estet Ulu Bernam tiada dapat sambutan,kerana masyarakat di sana belum terdedah kepada masak lemak cili api atau sambal taun,mereka lebih dekat pada cili kering atau daun kari.. Lalu bapak bawa ke Sabak Bernam,itupun bapak serah sahaja pada sesaorang untuk tolong jualkan.Pada ketika itu tiada lagi ujud peraih pasar tani atau pasar borong.

Ubi adalah seperti makanan utama juga,emak akan jadikan ubi kepada berbagai-bagai jenis makanan.Ubi yang direbus kemudian di hiris nipis-nipis dan di keringkan boleh di simpan lama dan digoreng bila-bila masa.



Embah(Nenek sebelah emak) mempunyai sawah padi di seberang, bila tiba musim menuai atau menanam adik beradik emak akan berkumpul dan tinggal di pondok yang disediakan di tengah sawah,mereka akan bergotong royong menanam dan menuai sehingga selesai keraja-kerja yang sepatutnya. Aktiviti ini memakan masa sehingga sebulan.Dalam masa sebulan itulah mereka akan tinggal di pondok bersama-sama.Emak tidak dapat melibatkan diri kerena emak punya anak-anak yang masih kecil,jadi Bapak menggantikan emak.Bila habis musim menuai Bapak akan membawa balik berguni-guni padi sebagai upah,bekalan itu mencukupi untuk tiba musim menuai akan datang.Padi-padi itu akan di simpan di dalam kepok,akan di bawa ke kilang padi untuk dijadikan beras dari masa ke semasa mengikut keperluan. Simpanan berbentuk padi adalah lebih baik di bandingkan berbentuk beras,kerana kumbang padi tidak dapat memecahkan kulit padi.. Sepanjang Bapak tinggal di sawah emak menjaga anak-anak tanpa Bapak di sisi. Emak kena buat semua.Anak-anakpun lebih mengikut kata,sebab emak selalu ancam jika anak-anak tidak mengikut kata emak akan pergi ikut bapak,anak-anak tinggal di rumah sendiri.Ancaman itu sudah cuku untuk menjadikan kami jadi baik.




Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

Khamis, 11 Mac 2010

Bapak siri 16( Balasan yang seburuk-buruknya bagi orang yang menyembunyikan ilmu agama.)


Sekitar 1961 hingga 1966,pada ketika itu masih tinggal du rumah lama(seperti rumah penduduk di kampucea dalam post Bapak siri 1)pada ketika itu anak bapak baru 4 orang anak iaitu Abu Amin,Umi Atiqah(Kakak) dan Abu Hasan, Bapak belum membuka sekolah agama bawah surau,setiap petang membawa ke isya’ akan datang beberapa anak-anak muda remaja mengaji di rumah Bapak. Meraka antaranya ialah Asan, Mawar, Sijam, Jelan, Son, Nasoha,Tamel,Kamal dan beberapa orag yang kakak tidak berapa ingat. Lepas solat maghrib mereka akan belajar membaca Al Quran,juga Bapak akan membuka kita-kitab koleksi Bapak yang penuh dalam almari kitab Bapak.Mereka ini ada yang telah tamat sekolah rendah,dan ada yang tidak pernah bau sekolah. Sekarang Asan telah menajdi Imam 1 di masjid Kebun baru,Mawar Imam di masjid kampong Bapak,Kamal menjadi  Imam dan masjid Pekan Sabak Bernam,Tamel,Son dan dan Nasoha masing-masing menjadi bilal dan siak.Semakin hari semakin bertambah anak murid Bapak, itulah yang membawa kepada idea penubuhan sekolah agama bawah surau seperti siri yang lepas.

Selain itu Bapak juga mengadakan pengajian d suaru pada waktu malam untuk kaum lelaki seminggu sekali,dan untuk kaum ibu di adakan pada pagi Jumaat .Kaum wanita mengaji dengan membawa anak masing-masing,dari rumah telah di siapkan bekal dan air supaya anak-anak mereka tidak menggangu sepanjang kelas berjalan. Anak-anak di biarkan bermain di luar kelas, kadang kadang mereka bermain tepi kolam atau parit,tetapi tidak pernah ada kejadian trajis berlaku. Saat itulah yang kakak paling suka,kakak boleh main dengan Ayob, Minah, Milah, Jamberi, Pie, din dan lain-lain. Berbagai-bagai skill permainan yang kakak dapati di sini. Peluang ini hanya boleh di dapati bila cuti sekolah,bila hari sekolah kakak akan bersekolah.Tetapi walau bagaimana seronok bermain kakak masih diberi tanggungjawab menjaga adik-adik.

Beginilah lebih kurang cara kehidupan kami ketika itu



Hadis Kedua Puluh Sembilan

29- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو داود والترمذي)

29- Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang ditanyakan kepadanya mengenai sesuatu ilmu (agama), lalu ia menyembunyikannya nescaya Allah mengekang mulutnya dengan kekang dari api neraka, pada hari qiamat kelak."

( Abu Daud dan Tirmizi)
(Siri yang akan datang di ceritakan trajidi kebakaran di kebun bapak)

Isnin, 8 Mac 2010

Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun;.....


Seusia suku abad Cikgu Fitrah menerjuni dunia pendidikan. Berbagai latarbelakang jenis murid mewarnai lakaran pengalaman. Kesemuanya di bawah umur 12 tahun.

Kini Cikgu Fitrah menerima murid baru,yang amat jauh beza dengan murid yang Cikgu Fitrah pernah temui. Seorang murid yang datang sendiri untuk memenuhi perkara wajib dalam hidupnya,yang telah terbius dengan kata-kata ustazah di balairaya iaitu

“Pandai itu tidak wajib tapi belajar itu wajib” .

Murid Cikgu Fitrah kali ini anak sulungnya adalah pesara pegawai PPD,3 orang cucunya telah berumahtangga,Anak bungsu yang tinggal serumah punya anak sulung seusia 11tahun. Berumah tangga seusia 14 tahun,tidak pernah di ajar membaca Alquran kerana ibubapanya hanya mengajar anak-anak lelaki,anak perempuan di ajar niat mandi wajib,dan bacaan solat sahaja.Beliau tidak kenal alif, ba, ta .Kesemua bacaan adalah berbentuk hafalan. Setelah berumahtangga beliau meminta si suami mengajarnya,tapi suami tidak betah

“Bebal sangat lah kamu ni,belajar sajelah dengan orang lain,aku tak reti nak ngajar”

Beberapa tahun keinginan membaca al Quran terpendam dan sentiasa membuak-buak bagai mantel yang sentiasa mencari liang di kerak bumi untuk memuntahkan laharnya. Dari tetangga ke tatangga beliau merayu simpati.

“Tolonglah ajarkan aku surah muqaddam biar aku boleh baca masa solat dan baca Yassin biar aku dapat baca bila ada kematian pun cukuplah”

Dan tetangga yang bersimpati meluangkan masanya sehingga beliau mendapat apa yang di pintanya,tidak labih dari apa yang dipintanya.

Semasa program bertadarus Alquran di masjid 2 tahun lalu,iaitu setelah Cikgu Fitrah berpindah tinggal di sini, takdir telah menentukan Nenek Limah satu kumpulan dengan Cikgu Fitrah. Bila tiba giliran membaca Nenek Limah menolak. Usai tadarus

“Maaf cikgu ye,Nenek datang nak dengar je,katanya kalau kita tak boleh baca,dengar orang bacapun dapat pahala,betul kan cikgu kan”

Setelah beberapa hari tibalah masanya khatam tadarus,tiap peserta membaca satu surah juzzu’ Amma bermula dari surah Dhuha. Nenek Limah pun tidak di pinggirkan beliau mendapat surah Al Fil, beliau membaca dengan lancar siap berlagu lagi. Memang benarlah,beliau hafal surah-surah tersebut.

Setelah hari raya berlalu.Nenek Limah datang berkunjung,semata-mata hanya untuk meminta diajari ‘ngaji Quuran.’

“Ajarilah nenek cikgu, tak payah pandai pun taka pa,tapi belajar itu wajib”Sambil membuka pekung mengapa beliau tidak bolah mengaji.

Pada mulanya Cikgu Fitrah agak terkesima juga,Cikgu Fitrah belajar dan boleh membaca hanya semata-mata diuniversiti rumah bapak dengan kaedah ‘drilling sehingga tidak ada terpapar error di papan skrin’. Bapak tidak serahkan sehelai kertas yang di tandatangani yang melayakan Cikgu Fitrah memanajangkan ilmu pada orang yang lebih dewasa.Pengalaman Cikgu Fitrah mengajar Alquran hanyalah pada Atiqah,Atina,Aizat,Aiman,Atira , Aimi,adik-adik juga beberapa orang anak-anak tetangga,keemua mereka di bawah umur baligh. Mengajar mereka dengan darjah emosi yang sering turun dan naik,yang tidak dapat menggunakan kaedah ‘drilling sehingga tidak ada terpapar eror’. Mengajar mereka memerlukan Guru duduk dahulu baru murid membaca,drilling dianggap mendera.Mereka akan menjerit yahoo dalam diam dan nyata bila mengetahuai emak mereka datang bulan.

Kini Cikgu Fitrah mengajar nenek Limah yang telah menyusut deria pendengarannya dengan kadar ketebalan ‘mother tounge’ yang agak tinggi , dengan fa di sebut pa,antara ja,za,dha di sebut sama sahaja,ain menjadi ngain, atara sa,sya dan tha berbunyi tak berbeza. Dalam P&P Cikgu Fitrah menggunakan dua sessi,sessi pertama Cikgu Fitrah buka buku Iqra’,pada mulanya beliau tidak mahu.

“Alah cikgu,kok baca ini,macam buku cucu aku” Tetapi Cikgu Fitrah janjikan lepas satu muka baru buka AlQuran,beliau akur. Beliau menetapkan sendiri waktunya,setiap isnin dan selasa lepas Asar. Tahukah waktu itu waktu apa untuk Cikgu Fitrah? Waktu Cikgu Fitrah masak untuk berbuka puasa sunat Isnin,dan waktu mejenguk pokok bunga di halaman dan ayam di reban.Syor Cikgu Fitrah untuk selepas magrib tidak di setujuinya sebab beliu memegang larangan Arwah suaminya yang tidak membenarkan keluar waktu malam tanpa muhrim. Cikgu Fitrah kena akur,kena pakat pada suami,semua kena Qurban,suami memberi perangsang

“Jangan jadikan sebagai beban,jadikan sebagai amal”

Setelah beberapa ketika berlalu setiap kali datang membaca satu ayat dengan kaedah ‘drill sehingga tidak terpapar eror’,kini Nenek Limah telah dapat membaca shingga ayat surah Al Baqarah ayat 92 dan baru menamatkan Buku Iqra’ 1.Cikgu Fitrah tidak pernah rasa terbeban,lebih mudah rupanya mengajar murid yang meminta ilmu dari yang di beri ilmu,Lebih gembira mengajar Nenek Limah dari mengajar Aimi dan murid-murid di sekolah yang di paksa belajar.



“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]

Ahad, 7 Mac 2010

Bapak siri 15 ( Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti)

Dulu-dulu, untuk menyeberang Sungai Bernam, penduduk kampong Bapak akan menggunakan sampan.Sampan itu akan di dayung. Atas buah fikiran ginius Bapak,beliau mengajak penduduk kampung membuka syarikat bot penambang.Ada 10 orang yang mahu turut serta,mereka mengumpulkan dana untuk membeli sebuah sampan besar yang di naikan taraf sebagai bot,kerana boleh membawa 5 buah motorsikal , mempunyai bumbung dan dan enjin.Setiap ahli bergilir-gilr mengendalikan bot tersebot selama satu minggu.Bila habis tempoh giliran ahli akan mengira jumlah kutipan,15 peratus akan di serahkan kepada Bendahari syarikat,selebihnya untuk poket ahli. Keuntungan bergantung kepada musim,bila musim perayaan tinggilah jumlah kutipan,kerana ramai penduduk yang berulang-alik,atau bila ada kenduri perkahwinan ramailah orang luar akan masuk dan memenuhkan kantung kutipan.Malang bagi yang kena gilran semasa musim hujan,penduduk lebih rela berhibernisasi dari meredah jalan yang seperti bubur nasi untuk ke pekan.

Waktu paling di tunggu-tunggu ialah bila giliran Bapak tiba.Kakak akan di tugaskan untuk menghantar bekal makan tengahari Bapak. Kakak akan naik basikal besar sejauh 1km,yang ber saiz kira-kira kaki tidak sampai memijak pedal. Bekal itu akan emak ikat di tempat duduk belakang. Bapak dan kakak akan makan bersama di punduk menunggu yang didirikan dengan tiang yang tinggi,agak-agak tidak dapat di gapai haiwan liar. Nikmat sungguh makan bekal yang dibungkus oleh emak menggunakan daun pisang.Bila tamat hari giliran Bapak,Bapak ajak kakak dan adik-adik tolong kira syiling. Bapak ajar cara kira,Syiling 10 keping syling 10sen = $1, 5 keping syiling 20sen=$1….dan seterusnya.

Pada hari itu Pak Selamat menyerahkan kunci bot setelah beliau habis giliran dan akan diganti oleh Bapak. Pada pagi itu apabila Bapak sampai jeti,di dapati bot telah ghaib.Rupa-rupanya semasa Pak Selamat menambat bot,bot itu terletak di bawah jeti,bila air pasang bot tersebot tidak dapat timbul di permukaan akibat tersangkut pada kayu jeti,akibatnya bot tersebot tenggelam. Kejadian itu menyebabkan seluruh penduduk kampong berduka nestapa,bagai kematian seorang raja layaknya.Seluruh mereka bekerjasama untuk menimbulkan bot tersebot,namun usaha mereka gagal.

Dengn menggunakan dana yang terkumpul mereka menggantikan dengan bot lain. Kali ini Bapak menarik diri dari turut serta.Bapak mahu berehat,tambahan lagi jalan darat yang tidak melalaui sungai telah siap pembenaanya.



Ini adalah photo bot yang diambil pada tahu 1983,bapak sudah tidak terlibat dalam pengurusan bot tersebut.

Khamis, 4 Mac 2010

Bapak siri 14(Maka Sang kancil pun mahu menyeberang sungai, Ia memanggil semua buaya agar berbaris.............)


Cara ke dua untuk penduduk kampong bapak keluar dan masuk

Melalu jalan darat,hanya akan menyeberangi sungai Bernam.Dari Bagan Terap,melalui Lbubuk Pusing terus ke Jerang Belanga. di situ ada pengkalan.Dahulu hanya menggunakan sampan yang di dayung atau enjen sangkut,lama kelamaan ianya telah dinaikan taraf sebagai bot, sebab menggunakan enjen dan berbumbung,yang boleh membawa 5 buah motosikal sekali gus. Menyeberang sungai hanya mengambil masa 5 minit. Sampan itu boleh membawa sekurang-kurangnya 5 buah motosikal.Melalui jalan ini masa dapat di singkatkan.Untuk bapak iaitu seorang yang agrasif dan tengkas dan proaktif, memang tidak gemar menggunakan bot sepong,leceh ,lambat tidak proaktif katanya. Bapak tidak gemar bercampur gaul dengan si pemakan sireh yang suka lawan bercakap,bapak juga tidak suka bersantai-santai dalam bot sepong,lebih baik cepat sampai rumah dan bertukang.Tetapi semasa berbelanja untuk kedai,bapak akan menumpangkan barang-barang dalam bot Sepong ini,lalu bapak akan berbasikal atau bermotosikal melalui jalan darat,pastinya bapak sampai dahulu di pengkalan jeti. Bapak akan membayar tambang barang di jeti tersebut.
(Siri akan datang di kesahkan mengenai syarikat bot penambang kampong bapak.)


Bapak dan Emak di Thames river cruise 2006

Catatan Popular