DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 28 April 2010

Hari kelahiran vs hari kematian?.


“Tarikh hidup adalah sudah pasti tapi tarikh mati tidak di catat dalam IC” Moga usia yang ada di munafaatkan.” Begitulah balasan SMS dari Abi Hasan iaitu adik Makbonda yang betul-betul lahir 2tahun selepas Makbonda apabila menerima ucapan selamat hari lahir dari kakaknya. Kebetulan Makbonda pula baru kematian adik ipar yang tarikhnya betul-betul jatuh pada hari di lahirkan.Mengikut yang di ketahui umum juga Rasul kita Nabi Muhammad SAW wafat pada tarikh hari baginda dilahirkan iaitu pada 12 Rabiul’awal. Walaupun ada pihak yang mempertikaikan tarikh kelahiran baginda,namun tidak menjadi masaalah aqidah pun kepada kita untuk percaya atau tidak. Seorang pakcik Makbonda juga meninggal pada tarikh dia dilahirkan.


Daripada rentetan peristiwa tersebut,patutkah kita menyambut harijadi dengan bergembira sambil membelanjakan sejumlah wang yang besar.Bertambah malang lagi di adakan majlis yang bercampur baur dengan kemaksiatan dan pergaulan bukan mahram. Itu bukan budaya orang yang mengaku Islam.


“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia dikira dari kaum tersebut”. (riwayat Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437, Al-Haithamiy, Majma’ al-Zawaid, jld: 10, hlm: 274).

Walaubagaimanapun mengadakan majlis sempena mengingati hari kelahiran adalah di haruskan mengikut sesetengah pendapat ilmuan,demi mengeratka silaturrahim sesama keluarga.Sambil bersama-sama berdoa kehaderat Ilahi agar dieratkan ikatan silaturrahim dan memohon agar umur yang ada dipenuhi dengan ibadah dan perkara bermunafaat.

Pada 29 April 96 bersamaan 11 Zulhijjah 1416,pada ketika itu Jemaah haji sedang berkumpul di Mina untuk melontar Jumrah,pada ketika itu jemaah yang mengerjakan Haji ‘Ifrad telah bertahallul selepas selesai melontar Jamratul Ula,Makbonda pula sedang duduk di bawah khemah beserta jemaah wanita,tiba-tiba suami Makbonda memanggil, Makbonda pun keluar dari khemah,pada ketika itu Makbonda rasa rasa wajah suami amatlah tampan setelah beberapa minggu berpakaian ihram,kini dia telah bergaya dengan jubah dan songkok putih bersih dengan janggut,misai dan rambut yang telah di cukur.Tiba-tiba dia menghulurkan tangan untuk bersalam lalu berkata
“Alhamdulillah,macam tak percaya kita dah sampai sini kan?Tak rasa apa-apake”
“Mana pulak tak rasa,Ya Allah bersyukur sangat,moga-moga mudah kerja kita seterusnya kan?”
“Mdah-mudahan….lupa ke hari ini hari apa?” “Hari Isnin lah”
“Ya Isnin 29 April,selamat hari lahir….istimewakan ucapan hari lahirnya di bumi Mina” “Subhanallah………………..” Makbonda kehilangan kata-kata……….

Itu peristiwa 14 tahun yang lalu ketika itu makbonda berumur 35 tahun.

Ya pada Subuh Sabtu 29 April 14 Zulka’idah Makbonda di lahirkan di dunia ini,Ini adalah kali ke tiga emak melahirkan,kali pertama anak perempuan yang tidak sempat melihat dunia,pada ketika itu umur emak 15 tahun.Bersalin kali ke dua anak lelaki,setahun berikutnya lahirlah makbonda.Kesian emak ketika itu,dalam usia yang muda dan amat kurang dengan ilmu keibubapaan,bersalin di tengah belukar…….apa sangatlah yang boleh dibuat oleh seorang ibumuda itu…….tapi emak tetap membesarkan bayinya sehinggalah dewasa,berumah tangga dan menyambung zuriat seterusnya.

“Emak,terimakasih melahirkan saya dan mewariskan kepada saya Islam InsyaAllah akana saya wariskan kepada zuriat saya nanti.,Semoga perhubungan kita sentiasa berterusan walau kita telah berpindah kealam azali nanti”


Ya Allah ! hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman
Dan himpunkanlah kami dengan iman dan masukkanlah kedalam syurga
Dengan iman, dengan rahmat mu wahai Tuhan yang pengasih dan penyayang.




“ Hanya kepada-Mu lah ya Allah kami mengabdikan diri kami dan hanya kepada-Mu lah kami memohon pertolongan . Tunjukkan kami ke jalan yang lurus, ialah jalan mereka yang mendapatkan karunia kenikmatan dari-Mu ya Allah, bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai “. ( QS al-Fatihah ayat 5-7 ).



"Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)

Isnin, 26 April 2010

JAGALAH TEPI KAIN ORANG……..





Kawan,
sila jagakan kain ku
kerana kadang koyaknya dibelakang,
aku tidak perasan,
dan terus terlena.
lalu aku mendapat keaiban.

Jagakanlah tepi kain ku,
tolong bagi tahu aku,
agar aku tidak mendapat malu

Jagakan kain ku kawan,
tolong jahitkan jika kau mahu,
atau tutupkan jika ia tersingkap,
atau tercalit najis.
Jangan sampai terserlah hijabku.

Jagakanlah tepi kain ku kawan.
Tapi bukan untuk kau ketawakan,
atau wawarkan di khalayak
kerana terburai segala kecacatanku.

Jagalah tepi kainku kawan,
jika ia tersangkut duri,
tolong leraikan,
jika tidak aku akan jatuh tersungkur,
di kawasan berduri dan berbatu.
Luka dan berdarah meninggalkan parut.

Kawanku,
dihadapan,dibelakang,di kiri dan kanan,
ayuh,pandanglah kain ku

Bersama-samalah jaga tepi kainku,
dan aku jaga tepi kainmu,
dan saling memberitahu
agar kita semua tertutup malu
agar kita tidak lena
disepanjang perjalanan yang sementara ini,
untuk bersama-sama
meraih bahagia di ALAM SANA.



“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara” (Al-Hujurat: 10).

“Bila salah seorang dari kamu meminta nasihat kepada saudaranya maka hendaknya (yang diminta) memberi nasihat”. (HR Bukhari)

Jumaat, 23 April 2010

Hentilah mengejar kerana kerana di kendungmu sudah mendapat.



Usai waktu kedua 8.45am makbonda dan cikgu Ita bergegas bertolak ke rumah En Satu.Dalam perjalanan singgah di gerai membeli nasi lemak dan masak asam ikan cencaru,atas rasa kewanitaan, bahagianya jika ada individu yang menyediakan makanan ketika dalam pantang,tambahan lagi dengan menyusukan baby,selalu rasa lapar.

Sesampainya, Ati menyambut kami di muka pintu. Keadaan rumah kampung yang cukup sempurna,di cemari dengan pemandangan rumput yang agak panjang disekitar rumah melambangkan keadaan tuan rumah yag agak mengabaikannya.,Kami dijemput masu ke bahagian rumah bawah.Sangat teruja di hati, walaupun dalam keadaan berpantang dengan kesan pembedahan yang belum sembuh,sememangnyalah Ati seorang wanita yang sempurna. Pakain bayi yang berlipat kemas di rak bagai diacu layaknya. Peralatan dapur yang bertata rapi bagai tidak pernah disentuh.Di sudut sana buku sekolah anak-anak bersusun di rak besi dan di atasnya tampalan jadual waktu persekolahan anak-anak. Sebuah mesin jahit bermotor terletak di sudut kirinya,memang betulalah kata Alip,emaknya ambil upah menjahit.Makbonda terbayang cerita Alip,disitulah tempat bapanya menendang ibunya yang sedang menjahit ,di depan matanya,kerana ibunya tidak memberikan wang yang diminta. Di sebelah tangga tergantung pakaian sekolah anak-anak yang telah bergosok. Makbonda terbayang disitulah tempat bapak Alip melibaskan parang sehingga luka di tangan ibu ,berjahit 8 jahitan,puncanya ibunya menghempaskan telefon mahal suaminya yang baru dibeli,sedangkan bayaran sekolah agama anak-anak belum dijelaskan,menyebabkan anak-anak malu ke sekolah. Agama.Dengan membalut menggunakan lampin anak,ibunya ke kelinik seorang diri untukmenerima rawatan.Di kelinik doktor menasihatkan Ati membawa kes ini ke pengadilan.

Di atas lantai tiada sebarang cebisan sampah atau kain yang bersepah.Segala-galanya menceritakan kepada makbonda tentang kesempurnaan Ati sebagai pengurus rumah tangga.Katan-katanya yang amat merendah diri,lafas terimakasih berulang-ulang dari lidahnya,sehingga rasa kecil diri makbonda kerana terlalu sedikit yang kami lakukan untuknya berbanding ucapan-ucapan darinya.Apakah kelembutan itu diambil kesempatan oleh suaminya utuk melapaskan serakahnya.Perempuan yang sebagaimana lagi yang dapat melengkapkan kehendaknya.

Kelahiran anak kali ini sama sekali tanpa suami,dia di hantar ke hospital Teluk Intan yang 1jam30min perjalan menggunakan ambulan., Selama 6 hari di hospital hanya sekali suaminya datang,semasa check out anak saudaranya yang menjelaskan bayaran lalu mengambil dan di bawa pulang ke rumah di Teluk Intan,malam baru suaminya datang. Sepanjang itu juga Amer tidak dtang ke sekolah kerana menjaga adiknya yang berumur 3 tahun.

Pada ketika kami berada di rumah itu,suaminya sedang lena di bawah rumah yang di lindungi plastik bunting terpakai,sama ada sedar atau tidak kedatangan kami tidaklah ter kudis di hati kami.

Terkenang makbonda pada anak-anak lelakdi perantauan.bolehkah mereka menjadi suami yang baik,sedarkah mereka erti sebuah perkahwinan,adakah hanya untuk melempiaskan nafsu sahaja.Sebelum menempuh gerbang adakah mereka pernah berfikir situasi yang akan mereka hadapi nanti.Pernahkah mereka berada di majlis-majlis ilmu yang membuka hati mereka tentang perkahwinan.



“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik.” (Surah an-Nisa’, ayat 19)

“Didiklah anak kamu dengan tiga perkara; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran.” (Hadis riwayat Dailami)

Lelakikah itu atau dot dot dot


Hari ini makbonda di hujani 2 kesah lelaki yang menjadi suami yang hanya tahu menjadi bapak kepada budak-budak.

Kisah pertama.

Hari ini penyeraan buku akaun Bank Rakyat yang mengandungi kerdit wang KUWAPM bernialai RM200. Seorang demi seorangibubapa atau penjaga datang tandatangan dan membawa pulang buku akaun. Tinggal dua buah buku,Alif bin Satu dan Amer bin Satu(bukan nama sebenar) akaun bersama nama emaknya.Dua beradik ini sebenarnya tidak layak disenaraikan dalam penerima,sebab mereka punya bapa yang kacak lagi bergaya dengan Satria kilat memancar-mancar. AJK pemilihan mencalonkan kerana tidak dapat menjelaskan sebarang bayaran sekolah. Emak mereka adalah mangsa penderaan fizikal dan mental,sehingga anak-anak tidak segan silu menceritakan setiap detik perlakuan serakah bapak mereka. Anak-anak boleh menceritakan bapak mereka punya beberapa wanita yang di tukarganti dan mengabaikan perbelanjaan rumahtangga. Sungguhpun begitu emak mereka masih mampu melahirkan dua orang lagi adik mereka. Pada masa ini emak mereka 2 minggu dalam pantang selepas melahirkan secara penbedahan.Pihak HEM terpaksa menggunakan nama emak mereka sebagai pemegang amanah akaun bank jiak tidak wang itu tidak akan sampai kepada anak-anak.. Besok,Jumaat 23/4 makbonda diarahkan oleh pihak sekolah bertandang kerumah pelajar ini dan akan menyaksikan En. Satu melepak di rumah sebab baru kena buang kerja.Selamat majuaya untuk diri makbonda.

Kisah 2
Perjalanan pulang sekolah makbonda singgah rumah mak mertua,kerana menghantar anak saudara.Timbul pula cerita dari mulut pembantu rumah makmertua tentang kisah hidupnya.Beliau bekerja kerana bersuami yang sama seperti kisah di atas. Katanya “Entahlah cikgu,saya pun pelik tengok perempuan-perempuan tu, dia orang bukan pilih orang tu kacak ke,kaya ke,pandai ke…..yang dia fikir boleh jalan-jalan naik kereta makan mee,itu je,tak fakir masa depan dia”

Makbonda beri suntikan padanya

“Tak apalah Ju,kamu tabahkan hati,didik anak-anak dengan agama,jangan abaikan solat,doa………., yakin ……..Allah akan tolong,ini ujian kamu, dan bagi tahu anak-anak jangan membenci bapaknya. Doalah biar dia barubah”



"Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik." (H.R. Tirmidzi)

Rabu, 21 April 2010

Universiti kehidupan



Ssssy...Hari Sabtu lepas Makbonda mengintai rumah Kak Yam belakang rumah. Sedang Mak bonda masuk bilik nak solat Dhuha,dengar riuh-riuh di rumah Kak yam.Makbonda pun mengintai.Kak yam akan kenduri sambut menantu bila Jun nanti. Rupa-rupanya anak-anak kak yam balik, yang lelaki balik tanpa membawa keluarga,mereka sedang bersama-sama membersihkan rumah,,ada yang meratakan lokasi tapak bangsal masak dan bangsal tetamu,ada yang meracun rumput keliling rumah, menyapu bawah rumah, membersihkan sawang atas rumah,ketukan bertalu-talu di sana-sini. Yang perempuanya riuh rendah di dapur.

Anak-anaknya 3orang tinggal di lembah Kelang,iaitu 2 jam perjalanan untuk sampai di rumah,seorang lagi di Seremban dan seorang di Melaka.

Pada ketika itu terkenang makbonda,bila sampai tiba makbonda khenduri nanti dapat kah anak-anak melakukan seperti anak-anak kak Yam.Ahh Makbonda....mengharapkan anak anak tidakkah makbonda fikirkan ,adakah diri ini pernah lakukan seperti apa yang anak-anak Kak Yam lakukan?....hmmm.....kebanyakan anak-anak di perantauan akan balik sehari sebelum khenduri,ada kalanya pada hari khenduri....tanpa terfikir bagaimanakah keadaan ibu bapa sebulan sebelum hari khenduri.Tersangat jarang yang sanggup mengambil cuti sebulan sebelum hari khenduri untuk bertanya persiapan khenduri...
selepas hari khenduri pula siap basuh pingan balik,tanpa terfifkir bagaimana ibubapa yang tinggal mengemas,menyimpan perkakas dan membersihkan keliling rumah.Kasihan kan ibu bapa kita.

Pada suatu hari, ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah. Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan. Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?” Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”

Jumaat, 16 April 2010

Alahai adik kakak alahai kakak adik



Seorang adik mengadu masaalah kewangan dengan seorang kakak,tapi kakak orang lain. Lalu kakak tersebut berkata

“Kamu kena belajar urus kewanganlah,kamu kata gaji sumi kecil, janganlah berbelanja tinggi berpadan dengan wang masuk,pakaian anak tu tak perlulah jenama-jenama,anak-anak kecil lagi,kejap lagi tak muat,jangan ikut orang yang pendapatan besar…..kereta pun pakailah ikut sesuai dengan pendapatan……bla….bla….bla”

Tiba-tiaba dia jawab

“Kakak bolehlah cakap macamtu…kakak gaji suami tinggi , tetap pulak tu……saya baju jenama bukan nak tujuk-tunjuk,baju tu tahan lama…..kakak tu pakai kereta murah-murah kufur nikmat…..dah kakak sanggup pakai kereta macam tu jangan lah nak kata kita mewah-mewah pulak…bla blab la”

Pulak dah…kalau buat karangan agak-agak ada markahke,masuk tajuk tak?…… tapi ini bukan kesah adik makbonda…ini kesah adik orang lain yang duduk tempat lain.


Tapi kakak itu tidak pernah menyesal kerana ilmu mereka berbeza.


رَبِّ اغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ
Ya Allah berikan petunjuk kepada kaumku, karena mereka orang-orang yang tidak megerti. (HR. Bukhari Muslim)

Kufur Nikmat :

- Maksud : Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan

- Contoh :
* Menggunakan nikmat kejalan maksiat
* Enggan mengeluarkan zakat / sedekah
* Boros membelanjakan harta


Hadith riwayat Uqbah bin ´Amir yang mafhumnya:
“Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.” Mereka berkata: “Apa itu, wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Hutang.”

Ahad, 11 April 2010

Virus baik vs Virus jahat











Seorang Makbonda dan gadis sunti 12tahun.
“Ta,boleh tolong mak?’
“Boleh je…tolong apa?”
“Tolong basuh pinggan,kakak-kakak dah tak ada,Ita lah gantikan kakak?”
“Hah basuh pinggan?la…tak ada ke kerja lain?”
“Kenapa?rasa hina ke basuh pinggan?”
“Tak lah….gelilah.”
“Nak tau kenapa geli?....sebab dalam diri tu ada penyakit”
“Penyakit apa”
“Penyakit ego,rasa geli tu egolah,sebab ita rasa diri ira cantik,basuh pinggan ni sesuai untuk orag-orang bawah-bawah je,ye tak?”
“Tak lah macam tu…entahlah basuh pinggan ni….emmmm macam tak sesuai ngan Ita”
“Itulah ego namanya,tingkahlaku kita mencerminkan sifat kita…..Ita kata tidak tapi tingkahlaku kita tidak boleh menipu,ita kena buat sesuatu nak tundukan ego tu,kalau tidak dia akan jadi sifat sombong namanya”
“Tak tau macamana nak buat……”
“Nak mak bagi cadangan?
“OK”
“Bila Ita rasa berat nak buat,paksakan diri,buktikan ita tak ego…..masa kita demam panas,virus baik berlawan dengan virus jahat,kita perlu ubat nak tolong virus baik kalahkan virus jahat,ubat tu pahit,akhirnya virus baik menang,kitapun baik demam.Macam tu juga sakit ego,kita kena lawan,ubatnya buat kerja yang kita tak suka.
Mak pernah pergi satu kursus,masuk dalam bilik tu kena baka kasut,bila keluar bilik tengok kasut peserta semua bersusun berpasangan,rupa-rupanya pelajar-pelajar kat situ dah di tarbiahkan untuk menundukan ego kena paksakan diri membuat kerja-kerja yang kita rasa hina,macam susun kasut,basuh tandas”

Lagi satu cerita ,masa mak pergi Mekah dulu umur mak 35tahun,dalam bilik mak tu ada 18orang mak paling muda. Tiap solat mesti mak pergi Masjidil Haram sebab mak rasa rugi tak pergi,tambang mahal-mahal datang jauh-jauh.ada kalanya mak duduk kat mesjid beberapa waktu solat sebab nak balik hotel jauh. Makcik-makcik tu selalu tak pergi alasannya nak jaga kesihatan nanti pergi wukuf takut sakit.Wukuf ada 10 hari lagi ni. Satu hari mak baring pejamkan mata. Makcik-makcik tu ingat mak dah tidur,mereka mengumpat mak

“Eh cikgu tu dah tidur ke”
“Aaah,bukan mainnye dia,tiap waktu pergi masjid,mentang-mentanglah muda lagi”
“Iya,aku pun dulu masa muda macam dia,panjat bukit Soga ulag alik noreh getah”
“Masa sekarang buat kerja kuat-kuat,sampai wukuf demam, baru padan muka”
“Aku pun,dia boleh duduk lama-lama kat mesjid,bolehlah muda lagi,jangan lah sombong,kita ni batuk-batuk terkencing,dah tak boleh semayang.”
“Alah kalu pergi masid selalau tapi kalau ego tak guna jugak,riak,semua amalan tak di terima,lebih baik macam kita amal sikit tapi di terima”

Bayangkan masa tu perasaan mak,mak buat-buat tidur,sampailah dia orang tertidur,mak bangun terus masuk bilik mandi sorang-sorang…..rasa nak menangis…..tapi mak terfikir…betul agaknya aku ego…..rasa-rasanya macam tidak…mak teringat nak tundukan ego kena buat kerja-kerja yang kita rasa hina,mak masuk tandas…..tengok kat tandas tu penuh pad yang dah berpakai,terselit sana-terselit sini,mak tau yang kerja bersihkan tandas tu lelaki Bangladesh,Ya Allah malunya,orang lelaki kutip.Emak pun kutip pad-pad tu,ada yang berdarah tak bercuci……lepas tu rasa lega…..rupa-rupanya yang menyebabkan dia orang kata mak ego sebab mak jarang join sembang-sembang dengan dia orang…sebab mak takut dosa…..tapi mak sembang jugalah tapi kena ingat selalu jangan menyimpang.

“Ita jangan rasa basuh pinggan tu hina,itu kerja mulia,tiap satu pinggan yang di basuh tu mendoakan kita….dah tu tangan kita jadi bersih,dapat pulak pahala sebab jaga kebersihan,menuenagkan hati orang lain,jangan iri hati kat orang yang tak nak basuh pinggan,dia tak tau kelebihan basuh pinggan ni”

“Ok…ok Ita buatlah….sorry mak…….Bismilahirrahmanirrahim……..Ya Allah buangakan sifat ego akuni….”

Makbonda bertahmid…..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk neraka seseorang
yang terdapat iman dalam hatinya walaupun seberat biji sawi; dan tidak akan masuk syurga
seseorang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat biji sawi.” (Hadis
riwayat Muslim)

Jumaat, 9 April 2010

Ibu ayam vs Ibu orang



Rupa ayam yang sama spesies tapi perangai beze-beza juga …. Ada ayam tu tak kesah,anaknya orang pegang pun taka pa,anak ayam lain masuk reban dia pun tak kesah,tapi ada ayam yang pantang anaknya di ganggu,dia kembangkan badanya sebesar yang boleh,jangan ada anak ayam lain duduk dengan dia,habis di patuk sampai tak bermaya,kalau dibiarkan maut anak ayam lain tuh.
Itu ayam,dia tidak ada alam lain, bila sudah menjadi hidangan,akan terus disuap,kunyak,cerna dan hadam,akan keluar sebagai bahan tinja,yang boleh dikitar menjadi bahan penyubur.Tidak ada pihak yang akan mepersoalkannya.

Kalau manusia macamana?.......Ada speseis ibu-bapa yang pantang anak dia kena usik,betul atau salah…….anak aku mesti aku bela……nak bukti aku seorang ibu yang sayang anak….. ala ala peguamlah,tugasnya kan membela….jadi betul ke salah ke bela tetap bela…..periuk nasi katakan. Dalam hati ibu itu,anak inilah yang akan membela dia masa hujung hayat nanti…bila anak balik mengadu kawan ganggu dia,atau cikgu marah dia si ibu terus menyerang tanpa usul pereksa.rupa-rupanya misi&visi yang di bena telah lari…hujung hayat anak menjadi jauh….sebab telah di didik nak tunjuk sayang kene bela,salah atau betul….maka bila sudah bersuami atau beristeri kena bela pasangan masing-masing demi sayang …..akibatnya terpinggirlah ibu yang ala-ala peguam itu dek anak-anak yang sayang pasangnnya.

Lalu ditinggalkan di wad hospital,dibela oleh misi-misi.

Al-Baihaqi meriwayatkan dari Abu Rafi':
"Kewajiban orang tua terhadap anak-anaknya ialah mengajarkannya
menulis, berenang dan memanah, dan janganlah anak itu diberi selain
rizki yang halal." Dalam riwayat Ibnu Majah dari Ibnu Abbas: "Dekatlah
kamu pada anak-anak dan perbaikilah budi pekerti mereka."

Ahad, 4 April 2010

Warkah panjang untuk Anakanda


Kepada Anakanda-anakanda yang sedang jauh di perantauan.

Solawat serta salam ke atas Nabi Mohammad SAW serta sehabat-sehabat baginda.Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah SWT

Anakanda-anakanda

Bagaimana keadaan anak-anakanda sekarang?Bagi pihak Bonda dan Ayahanda sentiasa dalam keadaan sehat walafiat dan senentiasa dapat merasai nikmat Allah walaupun telah di tarik satu persatu, sebagai ingatan kepada kami.

Seperti yang anak-anakanda sedari bahawa anak-anakanda semua telah mula memasuki alam dewasa,di usia begini anakanda telah keluar dari kepompong remaja.Anakanda-anakanda sudah mulai belajar membuat keputusan dan memlih jalan hidup.Kalau dahulu ayahbonda sering mengngatkan agar anak-anakanda tumpukan pada pelajaran kini anakanda sudah memasuki alam dalam halehwal pemilihan pasangan hidup masing-masing.

Anakanda

Jika bonda bertanya pada anakanda, “Adakah anakanda semua kenal bonda?”Semestinya anak-anakanda kata “Anakanda mestilah kenal bonda” Ya,anakanda tahu tarikh lahir bonda,nombor kad pengenalan alamat email ,url blog dan pekerjaan bonda. Anak-anakanda kenal apa masakan yang bonda suka masak,busana yang bonda suka pakai,pada ketika bila bonda terlempiaskan nafsu amarah,dan pada ketika bila bonda gembira.Anak-anakanda juga tahu apa hobi dan kegemaran bonda.Adakah anakanda betul-betul mengenali Bonda? ………………Ya ,dalam kesempatan ini inginlah bonda menambah pengetahaun anakanda tentang siapa diri bonda sebenarnya.

Anakanda

Bonda bukanlah seorang ibu yang suka meminta anak-anakandanya membawa pasangan pilihannya pulang berdua ke rumah untuk di kenalkan pada bonda. Tidak anakanda,bonda tidaklah seseporting itu.Juga bukan seorang bonda yang mengizinkan puterinya mengikut pasangannya pergi berdua untuk di kenalkan pada bondanya. Tentu anakanda akan berkata, “Sekarang sudah zamannya bonda, cara pergaulan sekarang sudah tidak releven untuk mengikut apa yang bonda mahukan” Tidak anakanda, syariat tidak memilih zaman. Firman dan Hadis tidak berubah mengikut zaman. Hukum tetap hukum anakanda.

Anakanda

Setiap perjalanan anakanda akan bonda iringi dengan doa kesejahteraan.Adakah bonda akan mengiringi perjalanan anakanda sedangkan anakanda sedang berjalan dengan insan luar muhrim?.Tetapi tidaklah bonda mendoakan kebinasaan.Hanya tidak mendoakan kesahteraan sahaja.

Masih ada cara lain anakanda. Contohnya anakanda boleh bawa sekali ibu bapanya,atau bawa ayanda bonda utuk di kenalkan sekali pada ayah bondanya,agar ayah bonda tahu susur galur latarbelakang hidupnya.

Anakanada
Pilihlah pasangan hidupmu mengikut syariat anakanda,pasti hidup anakanda akan selamat.Gunakanlah firman dan hadis sebagai panduanmu. Sekufu itu bukan lah semestinya mengenai kedudukan dan harta anakanda,tetapi mengenai ilmu dan iman juga.Pilihlah pasangan mu menggunakan akal bukan nafsu,gunakan logik bukan emosi.

Anakanda

Jadikanlah persekitaranmu sebagai unversiti kehidupan. Ilmu tidak hanya di kamar kuliah anakanda. Di sekeliling anakanda ada memanda-menanda atau rakan taulan yang telah berumah tangga,perhatikanlah kehidupan mereka,yang baik jadikanlah teladan dan yang tidak baik jadikanlah sempadan.

Jika pula anaknda masih belum mendapat calon pasangan,janganlah nakanda gundah janganlah gulana,janganlah rasa infioriti.Seluruh kehidupan kita telah di atur oleh Yang Maha Pencipta. Insan yang baik akan di pasangkan insan yang baik juga. Jikapun berlaku terkadang di depan mata kita perkara yang sebaliknya tentu ada hikmah yang di luar pengetahuan kita. Dia Yang Maha Besar untuk mengatur segala kejadian. Janganlah anakanda cemburu akan rakan yang bermaksiat.

Anakanda

Jadikanlah Istikharah sebagai amalan,jangan anakanda takut beristikharah kerana bimbang akan keputusan yang Allah aturkan tidak sama dengan apa yang anakanda harapkan.Siapalah anakanda di sisiNYA.

Anakanda

Sementara ana-anaknada semua masih belum berumahtangga,eratkan silaturahim sesama anakanda,esok bila anakanda telah berpasangan, pergaulan anakanda akan terbatas,anakanda kena menjaga perasaan pasangan anakanda di samping itu perasaan saudara kandung anakanda juga,kenalailah saudara kandungmu,mereka telah bersama berhujan berpanas sesama anakanda.

Disamping itu anakanda……bergaulah dengan orang-orang berilmu,agar mereka sentiasa mengejutkan anakanda dari lena,agar anakanda mendapat keberkatan dan kerahmatan dariNya,agar diri anakanda termasuk dalam doa-doa mereka……janganlah takut mereka mengguriskan hati kamu,kerana gurisan itu adalah penyembuh,untuk megeluarkan cecair racun dalam diri kamu.

Akhir sekali harapan bonda sentiasalah berjalan mengikut landasan Addin.Ingatlah kematian tidak memilih usia dan ketika anakanda,jadi sentiasalah sedia dan waspada.

Sekian warkah dari Bonda untuk kali ini,insyaallah warkah yang lain akan menyusul selagi nyawa masih dikandung badan,semoga anaknda faham akan maksud bonda. Semoga anak-anaknda akan mendapat jodoh pasangan yang soleh dan solehah yang dapat menyelamatkan kehidupan anak-anaknda untuk sampai ke Alam Sana nanti.

Sekian terimakasih
Sayang dari Makbonda ……………………………….kerana Allah..


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)
Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).

Khamis, 1 April 2010

Jalan-jalan Makan Ubi Kayu

Bila di sebut ubi,keperlbagaiannya sepesisnya adalah masih diluar ilmu kita. Ianya adalah nikmat Ilahi yang di turunkan supaya manusia mengetahuinya.Sudah semestinyalah ia merupakan antara nikmat-nikmat yang diciptakan untuk HambaNya. Bermacam macam jenis ubi yang Ilahi ciptakan. Ada ubi keledek,ubi keladi,ubi kentang,ubi garot,ubi V,ubi sengkuang dan pelbagai ubi lagi. Pengesahan mengenai ubi dalam post kali ini ialah khusus kepada ubi kayu,detailnya boleh didapati di sini.

Proses pengolahan ubi yang pernah Makbonda lakukan atau pun tolong emak lakukan atau perhatikan sahaja adalah boleh dihbahagikan kepada beberapa cara

1. Di kupas,potong dan rebus
2. Di kupas,potong dan goring
3. Di kupas dan di parut
4. Di kupas dan di sagat
5. Di kupas dan di ketuk-ketuk
6. Dikupas dan di rendam
7. Tanpa kupas

1. Di kupas,potong dan rebus

a. Ubi,dikupas dan di rebus di namakan ubi rebus,makan cecah sambal udang,atau ikan kering,atau kelapa parut gaul dengan gula.

b. Ubi rebus,di tumbuk lumat,leperkan atas daun pisang,jemur hingga kering,goreng bila-bila masa. Bila telah kering boleh di potong macam papadom atau biar besar melebar, di panggil opak

c. Ubi rebus ditumbuk lumat,di letak dalam lengat,ratakan.potong dadu macam memotong pudding, di panggil getuk,makan dengan sambal tumis. Boleh juga semasa menumbuk masukan kelapa dan gula di panggil getuk manis,makan begitu sahaja.


d. Getuk yang tidak habis di makan sadur dengan tepung dan goreng,di panggil getok goreng.
e. Ubi getuk,campurkan sedikit tepung,bentuk seperti doughnut,goreng dan sira dengan gula,di namakan keria ubi.
f. Ubi rebus,taburkan serbuk ragi dan ratakan,tutup dan biarkan 2 malam,akan mereput menjadi tapai ubi.
g. Tapai ubi yang belum berapa mereput,sadur dengan tepung dan goreng seperti menggoreng pisang,di panggil tapai goreng.

h. Tapai ubi yang cukup masak,masukan dalam air masak yang telah ditambah gula,tambah ketulan ais,di namakan jus tapai.
i. Ubi rebus,hiris nipis-nipis,jemur hingga kering,simpan boleh tahan bertahun-tahun,goreng bila perlu,di panggil kerepek ubi, boleh sira manis atau pedas.

2. Di kupas,potong dan goreng

a. Ubi di kupas,belah kecil-kecil gaul garam dan bawang yang ditumbuk lumat dan di goreng,dinamakan ubi goreng,makan panas-panas cicah sambal kicap.
b. .Ubi yang telah di kupas,hiris nipis-nipis,goreng dalam minyak yang panas,agak-agak telah mengeraskan curahkan campuran air garam dan bawang putih,dipanggil kerepek ubi masin. Setelah diangkat campurkan serbuk lada sulah dan garam,di panggil kerepek rasa bbq. Jika di sera pedas di panggil kerepek ubi pedas.

3.Di kupas dan di parut
a. Ubi di kupas dan di parut,campurkan gula atau garam sahaja,leperkan atas kuali panas yang telah di sapu minyak,masak hingga berwarna keperangan,terbalikan supaya rata masaknya. Di panggil lempeng ubi.

b. Ubi yang di parut,gaul dengan bawang hiris,ikan bilisatau udang kering yang ditumbuk lumat,garam. Kepal-kepal dan goreng,dipanggil jemput-jemput ubi.
c. Ubi yang di parut,gaul dengan gula. Kepal-kepal dan goreng.Di panggil jemput-jemput ubi manis.
d. Ubi yang diparut,campur gula,letak dalam lengat yang telah dilenser dengan minyak.Tuangkan bancuhan tepung dan garam,lalu kukus,disebut talam ubi.
e. Ubi parut,campurkan gula dan tepung ubi,curahkan santan panas,gaul,tunag dalam acuan,baker,dipanggil bingka ubi.

f. Ubi parut dicampur gula dan sedikit tepung ubi,bungkus dengan daun pisang lalu kukus,di panggil lepat atau lemet ubi.

g. Ubi parut,perah seperti memerah kelapa untuk santan.Di dalam santanya akan wujud keladak pekat,bila di jemur kering dan dikisar menjadi tepung,dipanggil tepung ubi.




4. Di kupas dan di sagat

a. Ubi yang telah di kupas,sagat panjang-panjang macam menyagat kerot,kukus dan hidangkan bersama kelapa parut,di panggil sagat ubi.
b. Ubi sagat ,campurkan dengan gula,bentuk bulat-bulat seperti mini pizza,goreng dalam minyak panas,dipanggil cakar ayam.

4. Dikupas dan di rendam

a. Ubi yang telah di kupas,rendam dalam air selama 1 minggu,hingga berbau, tus dan keringkan,tumbuk sehingga menjadi tepung,di pangil tepung gaplek.Tepong gaplek boleh dibat campuran lepat pisang,atau di jadikan penkek.
b. Tepung gaplek,renjis dengan air dan gaul sehingga seperti serbuk roti,letakan di dalam pengukus yang di lapik daun pisang. Kukus sehingga adunan bertukar menjadi kekenyalan. Campurkan dengan kelapa parut masin dan hidangkan. Di namakan tiwul.(sangat popular semasa zaman pemerintahan Jepun)
Tiwul

5. Tanpa kupas

a. Ubi yang baru di cabut,tanpa mengupas kulitnya,masukan dalam api yang sedang membara,agak-agak masak kupas kulit dan makan panas-panas,di namakan ubi bakar.

b. Ubi tanpa di kupas,ketuk-ketuk sehingga berbentuk kerikil,boleh di jadikan makanan ayam.

............................................................................................................................................................................................................................................................

Tanda dot dot adalah menunjukan penggunaan ubi bukan setakat ini sahaja,di lain tempat dn masyarakat masih pelbagai lagi kaedah pemerosesan dan penggunaan ubi.


Terjemahan surah Al Rahman

1} (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya

{2} Dialah yang telah mengajarkan Al-Qur'an.

{3} Dialah yang telah menciptakan manusia.

{4} Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima penyataan.

{5} Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.

{6} Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu, masing-masing tunduk menurut peraturan-Nya.

Catatan Popular