DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 27 Februari 2011

KAMI (II)


Kesah mengenai perompak dan mangsa. Suatu hari Mangsa telah diugut oleh seorang perompak. Dipaksa si Mangsa menyerahkan wangnya. Mangsa di ikat dan ditunjukan sebilah pisau yang tajam. Pilihan pertama,Mangsa perlu menyerahkan sejumlah wangnya jika mahu terselamat dari mata pisau berkiklat yang bila-bula masa akan mencalar-jalarkan lapisan kulit Mangsa. Pilihan kedua,kuatkan jiwa,jangan serahkan wang tersebut, Jika diberikan seolah-olah menggalakan lagi perbuatannya.

Jika lah pilih pilihan pertama. Sekarang Perompak gembira tapi Mangsa berduka. Jarang sekali mangsa rompakan yang menghalalkan sahaja wang tersebut kepada perompak. Tapi jika dia mengikhlaskan,tiadalah menjadi kesalahan,itulah tanda insan yang dekat hatinya dengan Tuahannya. Adakah perompak itu akan dapat hidup dengan tenang dengan menggunakan wang yang dirompaknya? walaupun dia hidup senang lenang dan berpoya-poya adakah itu ketenangan baginya, dia tidak akan dapat lari dari di hantui ketakutan sehinggalah dia bertaubat dan berusaha mencari mangsa untuk menebus dosanya. Bagi si mangsa pula,samaada dia dapat meredokan atau tidak perbuatan perompak tersebut adalah haknya. Tapi jika si mangsa itu adalah seorang yang tawadhuk dan mahu Allah sentiasa membalas cintanya ,dapatlah perompak itu kemaafan.

Kalau memilih pilihan kedua.Tidak mengapa jika jiwa terkorban, mangsa tetap pertahankan haknya,tidak berdosa pun.Sekurang-kurangnya tidak memberi peluang perompak tersebut terus menerus makan harta rompakannya. Tambahan lagi wangnya masih dalam bank,dalam perjalanan ke bank,berbagai helah boleh kita fikirkan. Atau sekurang-kurangnya semasa pisau diangkat kita sempat menyebut nama Allah,disaat nyawa kita berpisah dari badan,maka kita mati dalam iman.InsyaAllah

Begitulah tamsilan cerita yang Makbonda berikan pada sahabat dalam KAMI bila sumainya mahu isteri pertamanya membayar layanan dan kasih sayang padanya dengan wang ringgit. Apabila suaminya telah rasa tersepit dalam budget bulananya setelah beristeri dua,maka dideranya mentel isteri pertama dengan mengabaikan nafkah batin pada si isteri pertama.

Dulu semamangnya Si isteri tidak pernah memegang kad ATMnya sendiri,tapi semenjak suaminya memilih untuk berpoligami,dimintanya kad tersebut untuk diurus sendiri. Suaminya itu adalah ketua cawangan kampung,sentiasa mengiringi YB YB kemana mana,merasmikan sukan,merasmikan Mesyuarat PIBG,Mesyarat cawangn dan sebagainya. Cara Jalan pun penuh segak dengan dada yang menegak. Memang berimejkan YB-YB yang poket penuh berisi,hingga ramai yang jatuh hati,rupa-rupanya guna kad isteri.

Lalu sahabt dalam KAMI itu pun keliru,pilihan mana harus dituju. Makbonda yang kekurangan ilmu tapi lebih bernafsu ini pun hanya membuka jalan,Yang paling utamanya adalah dalam doa Istikharah,tunggu Isyarat dari Ilahi.

5 ulasan:

  1. Salam. Saya ada tulis sajak dalam entry 6 Januari 2010: DI SEKELILING KU. Cuba lihat. mungkin setuju. hanya nak kongsi sebuah fahaman.

    BalasPadam
  2. Salam kembali puan.

    Saya sudah selongkar dan tinggal comment.Sesungguhnya ianya sangat membantu dan layak dikongsikan.Suntikan sebeginilahyang saya dambakan,Semoga saya menjadi tiang yang kuat untk menjadi sandaran,bukan tiang reput yang bila-bila masa tumbang dan menumbangkan orang lain.Jazaikillahikhairan............

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Mak Bonda.

    Tiny sgt tersentuh dgn cerita sebegini. Kerana pernah ada melibatkan sejarah keluarga sendiri..

    Masih setahun jagung usia perkahwinan tiny, tak layak langsung memberi pandangan dan panduan.. cumanya, atas detikan hati dan naluri, sbg peringatan kepada diri, tiny meluahkan buah fikir yang tidak sepertinya ini..

    Ayah selalu ingatkan kami, katanya, kaum lelaki ini ujian Allah pada mereka berputar perkara yang sama. Kalau tak yg nombor 1, mungkin no. 2.. takpun no.3, takpun kesemua empat-empat tu:
    1) Duit
    2) Perempuan
    3) Pangkat
    4) Kuasa

    .. ini jugalah senjata perang utama syaitan menakhluk manusia. Senjata yg tak lut dek zaman.

    .. maka itu ayah berpesan.. andai suami/lelaki berhadapan dgn ujian tersebut, ketahuilah, itu ujian mereka. Masa tu mereka tengah MABUK. Orang mabuk, kalau kita buat apa pun tak guna.
    Kita menangis, dia takkan simpati.
    Kita marah, dia takkan heran.
    Kita bersyarah, dia takkan dengar.
    Kita tampar pun dia tak sakit.
    Kita melutut pon dia tak peduli.
    SEBAB DIA TENGAH MABUK!. Laksana orang mabuk todi, apa yg waras yg difikirkannya??.. NOTHING!.

    Kata ayah lagi.. lelaki, kalau ada satu antara 4 ini atau dua atau tiga atau ada kesemuanya, MEREKA RASA MACAM DAH TERBANG TINGGI...

    Biarkan mereka terbang.. si isteri jangan sibuk nak tengok berapa tinggi mereka terbang atau jangan dok menghitung bila masanya mereka akan turun, sebab... nanti apabila sayap mereka patah, paruh mereka retak, bila mereka jatuh tersungkur, akan 'pulang ke sarang juga akhirnya'.. masa tu nanti, yang di cari adalah si isteri yang setia..

    'Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan'.(Surah al-Nahl: 97)

    Menurut MakBonda dalam ‘KAMI’, teman makbonda seusia makbonda, punya anak yg telah remaja.. solat wajibnya tak pernah culas, apatah lagi yang sunat (dhuha di ruang kerja makbonda)... Di usia sama seperti MakBonda, pastinya KAMI telah melalui hari2 bahagia yang panjaaaaannnnggg bersama si suami.. pernah saling mengasihi tanpa batas dan mempercayai dengan ikhlas (kerana itu kad ATM sanggup diberi tanpa ada rasa curiga dan iri).

    Dari sudut dunia, benar ada hati yang sakit.. ada rasa yang perit... tetapi... apalah salahnya, jika bersabar di hujung usia ini. Biarlah si suami mengepak sayap dan TERBANG TINGGI.. kerana jatuhnya nanti, tetap di bumi!.

    Dan.. lihat dari sudut akhirat... betapa Allah menyayangi beliau.. betapa Allah memberi kesempatan di hujung-hujung usia beliau untuk lebih rapat dgn Allah.. lebih kuat berhadapan ujian Allah.. untuk lebih bersabar sebagai tanda syukur kepada Allah.. dan lebih redha untuk mendapat redha Allah.. (dengan ujian ini, pastinya Al-Quran sumber rujukan, pastinya sejadah tempat singgahan.. pastinya zikir menjadi sebutan dan luahan..)

    Benar. Istikharah jalan terbaik. Tetapi, jangan tertipu dengan syaitan yang menyelit!.

    Maaf MakBonda, bukan menasihati (diri ini masih kecil), tetapi sekadar berkongsi, pengalaman dari nenda sendiri.. yang perginya semoga sebagai isteri mithali.. dengan pelbagai ujian pahit getir sehingga ajal menghampiri.. tetapi, mengeluh, meratap takdir, tidak pernah sekali.

    Setianya kepada Allah melebihi setianya kepada suami. Mencari redha Allah melebihi mengejar perhatian suami. Pulangnya kepada Allah, masih kekal sebagai isteri..

    "BERGELAR ISTERI ITU LEBIH MULIA DARIPADA BERGELAR “JANDA”!. YANG SAKIT CUMA HATI, BUKAN LUKA DI MUKA.. (itu kata ayah, ucapan nenda apabila ada yang menyucuk menyuruhnya membubarkan perkahwinan yang diikat dengan akad atas nama Allah!).

    Semoga kita mendapat pengajaran daripadanya.. Wallahu ‘alam.

    (Maaf MakBonda.. komentar dah bertukar menjadi entri.. panjang berjela..!!)
    Huhuhu...



    .

    BalasPadam
  4. owh ya..

    ada entri yang ingin tiny selitkan.. bukan untuk menetapkan keputusan.. tapi sekadar membantu untuk meredakan.. semoga Allah jua yang menunjukkan jalan..

    "KERANA SAYANG".. February 2011 - Monday.. di blog tiny..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.
    Sebanarnya tujuan Makbonda persembahkan entryni untuk tujuan beginilah,akan ada yang tampil mengongsikan buah fikiran untuk menjadikan sandaran.Dalam komenter di atas ada juga antaranya yang telah Makbonda perkatakan padanya dan ada juga perkara baru. Ialah,kecil jangan disangka anak,besar jangn disangka bapak.Sumbangan Tiny amat dihargai. Semoga Allah membalas jasa baik kamu.

    Sebanrnya makbonda dah selongkar pun "Kerana Sayang" Makbonda tersenyum-senyum sebab biasa bergurau sebegitu juga pada suami.:)

    BalasPadam

Catatan Popular