DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 2 Disember 2012

Memanjangkan Sedekah

Hari itu mengunjungi kakak ipar,menantunya baru balik dari kampungnya dikaki Gunung Besaut.Membawa berberkas-berkas buah rambutan yang berwarna merun. Puas kami menjamahnya. Alhamdulillah besarnya ganjaran pada  besan kakak ipar saya itu. dia menanam dan menginfakkan kepada ramai orang. Sambil makan-makan anak saudara saya itu bertanya

"Dirumah emak Makbonda dah bermula musim buah?"

"Belum,Insyaallah awal tahun hadapan,waktu musimcuti sekolah dah habis,semua anak-anak tidak dapat balik kampung,nampaknya rezeki kamilah yang tinggal dekat"Jawab saya.

"Adik-adik makbonda tak balik ke musim bila musim buah"

"Mereka balik tapi tak semestinya musim buah,mereka semua bukan jenis sentimentel sangat,nak makan buah tak perlu balik kampung,dekat tempat merekapun boleh beli"

"Ya lah,tak kecik hatike Emak Makbonda bila anak tak balik bila musim buah,tak payah balik pun boleh beli kat mana-mana,kan Dia seronok bila musim buah anak-anak makan sama-sama.Suatu masa nanti Makbonda akan dapat rasa macamana bila musim buah anak-anak tak balik,boleh beli kat mana-mana"
 
"Memanglah seronok,tapi kan faham anak-anak masing masing ada masalah,takkan nak menempoh lebuh raya berjam-jam semata-mata nak makan buah,mereka balik bila-bila masa,tak semestinya musim buah."

Walaupun rasa saya telah memebri jawapan yang logik, namun dalam jiwa saya tersentuh juga. Itu pendapat saya agaknya bagaimana  pula dengan Emak.Terkesan dengan kata-kata dia tadi,suatu masa nanti saya akan rasa.

Semasa saya mengunjungi emak,saya cuba congkel apa yang ada didalam hatinya tentang perkara ini,walaupun saya pernah mendapat jawapannya sebelum ini,namun saya mahu memastikan sekali lagi.

"Semua emak-emak bila ada makanan sedap mulalah teringat anak-anak,apa kamu tak rasa?Tapi ikut logiklah,yang dekat-dekat boleh lah dipanggil,yang jauh tak kan semata-mata nak makan sedap kena beli teket kapal terbang mahal-mahal,kena lalu lebuhraya,bayar tol,kena cuti kerja.Sedap mana sangatlah makanannyapun.Sebab nafsu kena mengorbankan diri,tak payahlah,tapi kalau dapat balik Syukur. Jadi emak ni tak bolehlah pentingkan diri"

Maha suci Allah,saya dilahirkan oleh seorang emak yang begini. Sentiasa bersangka baik kepada anak-anak. Tidaklah dengan memaki hamun dengan perkataan yang kesat bagai.Semoga Allah mewariskan kepada saya dan anak cucu saya seluruh kebaikannya.

Sememangnya bila durian gugur emak akan menalifon anak-anak.Bukan sahaja anak sendiri malah ana-anak saudara juga.Yang dekat emak akan jemput datang yang jauh sekadar beritahu sahaja. Sementara itu emak akan beri pada jiran tetangga,juga kepada pekerja Indonesia yang mengerjakan kelapa sawit.Sehingga pekerja-pekerja itu begitu rapat dengannya,dan memanggilnya dengan panggilan 'Emak' juga. Sesungguhnya itu adalah rezeki meraka. Selebihnya Emak juga akan mengopek durian dan rambutan tersebut lalu dimsukan kedalam bekas-bekas lalu disimpan di peti sejuk. Nanti bila bila anak cucu balik yang terlepas dari musim buah,bolehlah merasa. Sehingga salah seorang cucunya tidak akan memakan isi durian yang belum di feroskan.Dia sudah biasa makan durian yang Embah Wedoknya simpankan.



Bila kami balik mengunjungi emak tentu sekali penuh bonet kami dengan segala perkara yang ada,Setengah perkara tidak lah saya terima sebab saya sendiri tinggal di kampung,kecuali adik-adik yang tinggal di bandar. Semua yang saya bawa tidak juga saya makan sendiri,sebesar manalah kemampuan kami untuk menghabiskan semuanya, kami akan panjangkan sedekah Emak dan Bapak kepada jiran tetangga dan juga saudara mara berhampiran.Sebagaimana yang dilakukan oleh anak saudara saya di atas.

“ Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu oleh manusia, binatang dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat.” Hadis riwayat Muslim


4 ulasan:

  1. Ingatkan anak semasa musim buah hanya alasan saja. Sebenarnya kalau boleh mahu anak cucu balik selalu. Orang tua kalau tanam pokok di kebun atau di keliling rumah memang berkata: Semoga berbuah, boleh anak cucu balik makan. Jadi kalau anak cucu kata buah ada dimana-mana seperti dirasai usahanya tidak dirai'i anak-anak. Orang tua nak tunjuk bukti bagaimana lagi yang ia sayang anak-cucu? Jadi anak-anak kena menjiwai hati kecil orang tua. Macamlah juga seorang kawan saya yang akan berusaha masakan mee segera anak-anak bujangnya. Bukan anak-anak tak boleh buat sendiri. Kata kawan saya : Harap-harap anak-anak ingat kat emaknya bila makan mee segera walau dimana berada. Jadi bagaimana cara anak-anak "menjelmakan" ingatan. Semuanya dilihat dari "practicality". Orang tua lihat dari hati kecilnya yang makin hari "makin mengecil".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah,telah pulang dari permusafiran ya Bonda. Saya mengikuti ceritanya...teruskan.

      Sebenarnya saya sedaang mendidik dan mentarbiah hati saya agar jangan mengecil dengan drastik. Takut menyiksa diri sendiri juga anak-anak. Tapi sebagai anak juga janganlah mengambil kesempatan atas sangka baik ibunya. Kena mengutakamakan ibubapa,kalau dengan masaalah anak isteri sanggup ambil cuti,kenapa tidak pada ibu bapa.

      Padam
  2. Assalamualaikum Makbonda,

    Saya sering mengikuti blog Makbonda.. Blog ini terasa dekat di hati saya sbg seorang ibu yang mempunyai anak2 yang sedang meningkat dewasa. Banyak pengajaran dan iktibar yang boleh di kongsi bersama.. Insya Allah.. kalau ada kesempatan ingin bertemu dgn orang nya..... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam fizah adnana.

      Salam ukhuwah,terimakasih sudi mengikuti blog ini,ianya hanya catatan santai,ambil yang baik-bauk sahaja ya,yang tidak baik abaikan sahaja kerana ianya adalah hasil luahan orang biasa seperti saya. Insyaallah,berdoalah agar kita dapat bersua suatu ketika. Agak saya fizah ni dari Melaka ye?

      Padam

Catatan Popular