DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 30 Jun 2011

LUBANG 1


Suatu hari seorang adik yang tidak seibu dan sebapa dengan dan yang jauh jarak usianya dari Makbonda telah mengadu tanpa dipinta tentang masaalah ekonominya. Setelah dia meminta jasa baik makbonda untuk meminjamkannya RM200 untuk menyambung hari-hari tibanya waktu gaji,padahal ketika itu baru 15hb.Bukan soal berapa banyak perlu Makbonda keluarkan dari dompet tetapi soal simpatinya tentang kesempitan yang diharungi. Kalaulah dia seorang pengawal keselamatan yang punya 7 orang anak.yang telah remaja atau memasuki IPT tentu sekali makbonda tidak lah dirundung kehairanan. Ini kedua-duanya punya ijazah, baru 7 tahun usia perkahwinan punya 2 orang anak,punya 2 kereta kerana tempat kerja masing-masing berbeza arah perjalanan,kedua-dua anak masih dihantar kerumah pengasuh,masih tinggal di rumah sewa.Pendapatan suami habis dipotong untuk kereta,rumah sewa,dan bayaran koperasi. Untuk apa potongan koperasi? pinjaman untuk hantaran perkahwinan sejumlah RM10K. Sampai sejumlah itu? 8k untuk hantaran,2K untuk majlis kenduri.Hantaran sampai 8k,sedangkan baru bekerja tidak sampai setahun? Dah itu yang ibu-bapa saya letakan.

Tanpa bapa dia sedari beban yang diletakan pada bakal menantunya telah ditanggung sama oleh anak perempuannya,dan cucunya lahir bersama hutang yang ditanggung oleh ibubapanya.

1 tahun yang lalu Makbonda mengikuti suami yang diamanahkan oleh salah seorang saudara mara untuk mengetuai majlis peminangan. Pihak kami anak lelaki yang berkerja sebagai juruteknik,pemegang diploma,2 tahun bekerja,mereka bertemu semasa menuntut dikolej yang sama.Si lelaki anak kedua,ibubapa bekerja mengambil upah memetik sawit dan memetik sayur,punya 4 orang adik yang masih bersekolah. Pihak perempuan meletak harga RM8k juga,dan tempoh pertunangan 1 tahun.Dalam kiraan bodoh makbonda pihak lelaki kena simpan RM1k sebulan untuk tempoh itu.Tetapi makbonda tidak ada hak untuk membuat tawar menawar,kerana pihak keluarga yang meminang telah menyetujiinya.

Tibalah hari yang dijanjikan pada cuti sekolah yang lepas.Pihak lelaki juga tidak mahu kalah,sebab itu kan kebiasaan ita,lalu ditempahnya pekej pelamin sejumlah RM3k yang hanya digunakan tidak lebih dari 30 minit itu,tidak muat dipasang didalam rumah lalu dihalaman. Sedangkan tandas atau bilik air dirumah hanyalah sekadar di tampal oleh zing yang telah dimakan karat dan mereput dibahagian bawahnya sebab sentiasa terrenjis air,dan daun pintunya pula perlu diangkat untuk menghijab aktiviti penguninya.Sepanjang makbonda di situ terpaksa menahan diri dari berkumuh dan bernyahtinja,bukan tidak tahu bahawa perbuatan itu tidak baik untuk kesihatan,tambah-tambah lagi dengan usia terkini,tapi tidak sampai hati mamasukinya dengan keadaan begitu ramia manusia di sekeliling.

Majlis kenduri menampakkan gah,dengan jemputan yang tidak berhenti-henti hadir. Tentu besar belanja yang dikeluarkan.Tentu sekali wang sumbangannya pun tebal juga.Usai kenduri barulah Kami tahu bahawa  perbelanjaan runcit di ambil dari kedai dahulu,dan akan dibayar selepas kenduri.

Sepatutnya selepas majlis menyambut menantu tuan rumah berasa gembira dan lega sebab kesempurnaan majlis berjalan.Tetapi nampaknya tidak begitu lega jadinya. tuan rumah terpaksa memikirkan pula usaha untuk menutup akaun di kedai .

Ibubapa pening mahu menutup akaun di kedai runcit manakala si anak perlu membuat potongan dari institusi dimana dia mendapatkan wang belanja kahwin dahulu.Kalau melihat kadar gaji bulanannya,dia perlu menghabiskan beberapa tahun untuk mmebereskannya disamping menaggung perbelanjaan rumah tangga.

Bukankah lebih baik budget sebanyak 3k dahulu digunakan untuk memperbaiki tandas atau bilik air dirumah ibubapanya,sekurangn-kurangnya untuk keselesaan isterinya bila menginap dirumah keluarga mertuanya.


Itu akibatnya bila semasa majlis peminangan pihak perempuan akan meletakkan harga yang begitu tinggi  tidak munasabah,tidak difikirkan setakat mana pendapatan pihak lelaki,dengan alasan itulah kebiasaan,akibatnya pihak lelaki akan mendapatkan jumlah yang ditetapkan walau dengan apa cara sekalipun sehinggalah berhutang,lalu mereka memulakan bahtera rumah tangga dengan keadaan menanggung  berhutang sehingga 2,3 anak telah lahir.

"Jangan mengutuk,nanti terhanyut" Kata suami Makbonda. Insyaallah bukan mengutuk,hanya untuk memberitahu nafsu yang perkara tersebut tidak baik.


Sabda Rasulullah  SAW bermaksud :
  1. "Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya….."
  2. " Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya"
  3. " Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya"
  4. “Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “
  5. “Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.( Riwayat Ahmad )



.

Isnin, 27 Jun 2011

Cerita 4 generasi.



Setiap hari dalam perjalanan pergi dan balik sekolah makbonda akan menempuh lokasi di atas.

Apa yang makbonda nampak ialah seorang makcik seusia-usia Emak Makbonda,akan melintas jalan dengan membawa sebekas makanan untuk di hantar ke rumah Ibunya diseberang jalan, setiapa kali itu juga makbonda akan membunyikan hon yang sangat lembut, mesra dan sopan untuk menggantikan salam yang tidak dapat diucapkan. Pasti dia akan membalasnya dengan mengangakat tangan sebagai ganti menjawab salam yang tidak dapat di ucapkannya.

Makcik ini tinggal dengan anak perempuan yang telah bersuami dan beranak yang keluar bekerja. Jadi dia di rumah bersama cucu yang di jaga sendiri. Ibunya pula yang tinggal diseberang jalan tinggal dengan anak bungsunya yang sebaya-sebaya Makbonda, juga berja suami isteri yang telah punya anak yang besar-besar panjang belaka cantik dan tampan-tampan belaka.

Seperti biasa,pagi tadi kejadian ini berulang lagi tapi dia mengangkat-angkat tinggi juadah yang dipegangya dan ditunjukkan pada Makbonda. Penumpang yang bersama-sama Makbonda membuat hypothesis sesama sendiri

 "Eh makcik tu tunjuk makanan lah,agaknya dia nak bagi kita tak?"

Sebegitu mudah mereka ber hypothesis tapi ternyata tidak tepat samasekali. Kalau dia mahu memberikan juadah tersebut,tentu dia akan tahan kereta kami untuk berhenti.Bagaimana beliau mahu mengangkat tangan seperti baisa kerana di kedua-dua belah tangannya ada pinggan yang bertutup sementara di dukungannya ada cucu yang dikendung menggunakan kain batik lepas.

Makbonda berdailog dengan tuan-tuan kecil yang duduk di belakang ,yang salah membuat hypothesis itu.

 "Nampak apa yang makcik itu buat?"
"Nampak. Dia hantar makanan pada emaknya"
"Lagi?"
"Dia jaga cucu"
"Cucu tu anak siapa?"
"Anak kepada anak dia"
"Berapa orang yang di jaganya?"
"Emak dia,anak dia cucu dia".
"Anak dia pun kira jaga emak dia,kalau dia tinggal tempat lain,emak dia duduk seorang diri."

"Seorang makcik yang penuh dengan kerahmatan.Hmm agaknya berapa ramai orang yang dapat peluang macam itu. Jaga emak,anak dan cucu. 4 generasi yang saling jaga menjaga,

"Bila cucu dia besar nanti diapun akan jaga nenek dan cucunya sebab nenek dia dah ajarkan dia.".

Jumaat, 24 Jun 2011

Menu baru

Bukan makbonda tidak mahu mengambil berat apa yang berlaku di pentas hadapan,tapi sebenarnya makbonda kabur mendengar perihal yang di perdebatkan dalam mesyuarat koperasi yang berlangsung.Walaubagaimanapun makbonda rasa makbonda lebih baik dari ahli lain yang mendaftar lalu lesap entah ke mana dan akan datang balik dipenghujung mesyuarat untuk menuntut klim kehadiran sebanya RM50 itu. Makbonda masih menghormati penganjur yang menyediakan 1800 buah kerusi mengikut bilangan ahli sedangkan yang mendaftar hadir 785 orang dan yang setia pada kerusi hanya beberapa orang ,mungkin yang betul-betul mahu mengikuti perkembangan koperasi,atau menunggu untuk tercalon sebagai anggota lembaga,atau lain-lain maksud yang tersirat seperti makbonda. Walaubagaimanapun makbonda tetap mengangkat tangan semasa mengundi,sebab undi makbonda adalah berharga untuk menentukan anggota yang di pilih yang benar-benar komitmen pada perjalan koprasi. Jadi silalah daftar mengundi untk menetukan negara mendapat kerodhoan Ilahi.


"Baca buku apa ni Makbonda " Sapa ahli di sebelah tempat duduk sambil terus merampasnya dari tangan  "La buku budak-budak di bacanya " Wah! begitu mudah dia membuat konklusi dengan hanya melihat kulit dan bentuk fontnya.Nasib baik Makbonda hampir berusia emas,kalau tidak tentu Makbonda akan kata "Lu apa hal,suka hati gualah,bukan kacau lu" Tapi ini ayat orang muda,walaubagaimanapun Makbonda pernah muda,tak pernahlah suka dengar anak muda berayat seperti ini,sememangnya  tidak sopan didengarpun.

Tetapi makbonda bukan mahu menekankan cerita koprasi ,yang makbonda mahu tekankan ialah buku budak-budak yang di sebutkan oleh ahli sebelah kerusi di atas.


Daripada mana makbonda mendapatkannya? makbonda memang selalu menekankan pada anak remajanya agar jangan memilih novel-novel cinta manusia yang mengarutkan dan tidak membataskan haram halal sehingga membangkitkan gairah dan beimagenasi yang bukan-bukan. Jadi dalam usaha membantu memilih untuknya,makbonda nampak diari ini,lalu tertarik dan mengesyorkan dalam senarai pilihan.Sebenarnya makbonda yang ternafsu untuk membacanya. Lalu termasuk dalam senarai. Sebelum dia menghabiskan yang lain,yang ini makbonda pegang dahulu. masa untuk mencernanya ialah semasa Mesyuarat koperasi berlangsung.

Sebenarnya tidak perlu membaca buku tersebut kerana pengarangnya telah melarang pembaca dari membaca yang dituliskan di kulit belakannya. tatapi beliau tidak melarang untuk membeli,sebab beliau perlu royalti untk membayar zakat dan berkebajikan lain.
Cerita mengenai Rayan,seorang pemegang ijazah yang masih belum punya kerja tetap lalu mengisi kehidupan dengan bekerja sebagai mat Despatch,jadi dia bukanlah penganggur . Tercari-cari tip bagaimana mahu memujuk emaknya.Tinggal serumah sewa dengan beberapa kawan yang berlainan latarbelakang sekali dan berjiran dengan seorang kontraktor yang punya 3 gadis.Selalu terperangkap dalam duania perasan atas setiap kehadiran wanita-wanita di sekelilingnya. Jirannya yang kotraktor memberinya pekerjaan sambilan sebagai pemandu untuk menghantar gadis-gadisnya mengaji Al Quran di rumah guru mengaji yang rupa-rupasnya bekas sorang jurutera minnyak yang gajinya 2500 dolar sebulan. Mengajar mengaji secara percuma, bernama Farok Hussein. Suatu hari dia dapat bersembang dengan guru ngaji tersebut sehinggalah sampai pada soalan "Anak muda,sekiranya kamu ada nasihat yang baik untuk saya,saya sedia menerima"  Sebenarnya makbonda amat tertarik dengan isu ini. Tentu pelikkan. orang hebat begitu meminta dari seorang pemandu yang dia baru kenal,rupanya tabiatnya memang suka mendengar nasihat,jika beberapa lama tidak mendapat nasihat dia akan berasa lapar.

Wah makbonda terfikir,ada atau tidak dalam diri ini ciri-ciri insan yang seperti Farok Hussin? Lapar bila lama tidak mendengar nasihat.Berasa kenyang bila mendengar nasihat.Nasihat adalah makanan harian. Adakah wacana ini hanya ditujukan pada anak-anak muda?Sebenarnya tidak,ianya juga sangat tepat untuk yang seusia Makbonda dan seterusnya. Maka,mari kita  jadikan nasihat dan Ilmu sebagai menu harian kita.Tidak kira ia datangnya dari anak,adik,anak murid,pekerja pembersih sekolah atau penjual ikan yang datang menaiki motor, penulis blog,pengomen,penulis buku.atau sesiapa sahaja

Jazakallah untuk penulisnya Baharuddin Bekri atas wacana itu.Dari sini makbonda cuba mengenali siapa Baharuddin Bekri ini sehingga Makbonda tergoda dengan siri-siri karyanya.

"Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara." (Al-Hujurat: 10)

Rabu, 22 Jun 2011

Aduhai murid-muridku


Seusia suku abad Makbonda bergelumang dalam  dunia pendidikan. Berbagai latarbelakang jenis murid mewarnai lakaran pengalaman. Kesemuanya muridnya tidak melebihi 12 tahun  melihat dunia.

Kini Makbonda menerima murid baru,yang amat jauh beza dengan murid yang Makbonda pernah gauli. Seorang murid yang datang sendiri untuk memenuhi perkara wajib dalam hidupnya,yang telah terbius dengan kata-kata ustazah di balairaya iaitu

“Pandai itu tidak wajib tapi belajar itu wajib.”

Murid Makbonda kali ini anak sulungnya adalah seorang pesara ,3 orang cucunya telah berumahtangga,Anak bungsu yang tinggal serumah punya anak sulung seusia 11tahun. Berumah tangga seusia 14 tahun,tentu anda dapat membayangkan usianya bukan? Tidak pernah di ajar membaca Alquran kerana ibubapanya hanya mengajar anak-anak lelaki,anak perempuan di ajar niat mandi wajib,dan bacaan solat sahaja.Beliau tidak kenal alif, ba, ta .Kesemua bacaan adalah berbentuk hafalan. Setelah berumahtangga beliau meminta si suami mengajarnya,tapi suami tidak betah

“Bebal sangat lah kamu ni,belajar sajelah dengan orang lain,aku tak reti nak ajar”

Beberapa tahun keinginan membaca al Quran terpendam dan sentiasa membuak-buak  bagai mantel yang sentiasa mencari ruang di kerak bumi untuk memuntahkan laharnya. Dari tetangga ke tatangga beliau merayu simpati.

“Tolonglah ajarkan aku surah muqaddam biar aku boleh baca masa solat dan baca Yassin biar aku dapat baca  bila ada kematian pun cukuplah”

Dan tetangga yang bersimpati meluangkan masanya sehingga beliau mendapat apa yang di pintanya,tidak labih dari apa yang dipintanya.

Semasa program bertadarus Alquran di masjid 2 tahun lalu,iaitu setelah Makbonda berpindah tinggal di sini, takdir telah menentukan Nenek Limah satu kumpulan dengan Makbonda. Bila tiba giliran membaca Nenek Limah menolak. Usai tadarus

“Maaf cikgu ye,Nenek datang nak dengar je,katanya kalau kita tak boleh baca,dengar orang bacapun dapat pahala,betul kan cikgu kan”

Setelah beberapa hari tibalah masanya khatam tadarus,tiap peserta membaca satu surah juzzu’ Amma bermula dari surah Dhuha. Nenek Limah pun tidak di pinggirkan beliau mendapat surah Al Fil, beliau membaca dengan lancar siap berlagu lagi. Memang benarlah,beliau hafal surah-surah tersebut.

Setelah hari raya berlalu.Nenek Limah datang berkunjung,semata-mata hanya untuk meminta diajari ‘ngaji Quran.’

“Ajarilah nenek cikgu, tak payah pandai pun taka pa,tapi belajar itu wajib”Sambil membuka pekung mengapa beliau tidak bolah mengaji.

Pada mulanya Makbonda agak terkesima juga,Makbonda belajar dan boleh membaca hanya semata-mata di ma'had rumah bapak dengan kaedah ‘drilling sehingga tidak ada terpapar error di papan skrin’. Bapak tidak serahkan sehelai kertas yang di tandatangani yang melayakan Makbonda memanjangkan ilmu pada orang yang lebih dewasa.Jauh sekali mendapat watiqah dari mana-mana pejabat agama Negeri.Pengalaman Makbonda mengajar Alquran hanyalah pada Atiqah,Atina,Aizat,Aiman,Atira , Aimi,serta adik-adik semasa emak datang bulan atau bapak balik lambat dari masjid.Juga beberapa orang anak-anak tetangga,kesemua mereka di bawah umur baligh. Mengajar mereka dengan darjah emosi yang sering turun dan naik,yang tidak dapat menggunakan kaedah ‘drilling sehingga tidak ada terpapar eror’. Mengajar mereka memerlukan Guru duduk dahulu baru murid membaca,drilling dianggap mendera.Mereka akan menjerit yahoo dalam diam dan nyata bila mengetahuai emak mereka datang bulan.

Kini Makbonda mengajar nenek Limah yang telah menyusut  deria pendengarannya dengan kadar ketebalan ‘mother tounge’ yang  agak tinggi , dengan fa di sebut pa,antara ja,za,dha di sebut sama sahaja,ain menjadi ngain, atara sa,sya dan tha berbunyi tak berbeza.Ada ketikanya Makbonda akan memaksimakan volume suara,apabila Makbonda sebut ma dia sebut na.
Kadang dia akan berkata “Susah ya ajar orang pekak ni” Dalam P&P;P Makbonda menggunakan dua sessi,sessi pertama Makbonda buka buku Iqra’,pada mulanya beliau tidak mahu.

“Alah cikgu,kok baca ini,macam buku cucu aku” Tetapi Makbonda janjikan lepas satu muka baru buka AlQuran,beliau akur. Beliau menetapkan sendiri waktunya,setiap Isnin dan selasa lepas Asar. Tahukah waktu itu waktu apa untuk Makbonda? Waktu Makbonda masak untuk berbuka puasa sunat Isnin,dan waktu mejenguk pokok bunga di halaman dan ayam di reban.Syor Makbonda untuk selepas magrib tidak di setujuinya sebab beliu memegang larangan Arwah suaminya yang tidak membenarkan keluar waktu malam tanpa muhrim. Makbonda kena akur,kena pakat pada suami,semua kena Qurban,suami memberi perangsang

 “Jangan jadikan sebagai beban,jadikan sebagai amal”

Setelah beberapa ketika berlalu setiap kali datang membaca satu ayat dengan kaedah ‘drill sehingga tidak terpapar eror’,kini Nenek Limah telah dapat membaca shingga  ayat  surah Al Baqarah ayat 92 dan baru menamatkan Buku Iqra’ 1.Makbonda tidak pernah rasa terbeban,lebih mudah rupanya mengajar murid yang meminta ilmu dari yang di beri ilmu,Lebih gembira mengajar Nenek Limah dari mengajar Aimi dan murid-murid di sekolah yang di paksa belajar.

Tidak perlu bersumpah untuk Makbonda membuktikan bahawa Makbonda amat senang dengan situasi ini.



“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]
Kategori : IBADAH Menuntut Ilmu  
Tajuk :
Menyebarkan Ilmu
Hadith :
Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”
 
(al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah,)


 
 
Huraian
Jika kita menyampaikan ilmu, ia merupakan sedekah dan ia akan semakin bertambah banyak jika dikembangkan dan begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang. Justeru janganlah kita meninggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana ia akan memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil menyesatkan manusia lainnya. Hanya orang yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk lalu dia menjalankan kewajipan atas apa yang diketahuinya itu.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Isnin, 20 Jun 2011

Bapak siri 21

Bila seluruh dunia menyambut hari bapa atau hari ibu,namun hari hari adalah hari ibu dan bapa.

Sabda Nabi SAW
“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.

Firman allah SWT
“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)

Sabda Nabi SAW
Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.[3]
 
Sabda Nabi SAW
"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."



 Bapa makbonda memang istemewa dimata anak-anaknya. Mahu mengenali Bapak makbonda? Ada makbonda tuliskan dalam Bapak siri 1  hingga Bapak siri 20

Tetapi bukan setakat itu kesahnya,banyak lagi siri,nanti adik-adik Makbonda dan cucu cucu beliau pula akan menyambungnya..

Sabtu, 18 Jun 2011

Cerita bulan Rejab


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sedang buat apa tu Laila?.”

Sedang goreng ikanlah Mak Odah.”

“Kamu puasa ? ,rajin kamu puasa. Laila aku hendak cerita sikit,semalam Nek Limah datang,cerita punya cerita,dia susah hati,dia tak pernah nampak menantunya bayar hutang puasa.”

“Eh takkanlah Mak Odah,dia tak perasan kot.”

Itulah aku cakap begitu,tapi dia kata memang tidak pernah,Nek Limah selalu puasa sunat tapi menantunya tidak pernah ikut buka,kalau puasa mesti dia buka puasa sama-sama.”

“Dia tidak pernah ada hutang puasa mungkin?.”

“Mananya,kalau masa tak puasa bulan Ramadhan tu dia selamba je makan,tapi tak pernah bayar. Dah lama dia perasan,tapi baru-baru ni masa mengaji  ada ustazah cakap,kena bayar hutang puasa kalau tak kena dabel-dabel bayar,tu yang bila balik dia susah hati. Macamana aku nak tolong dia ni,dah terlanjur dia cakap pada aku.”

“Berat sebenarnya Mak Odah. Dia tak berani tegur ke?.”

“Dia takut nak tegur,nanti merajuk,pindah rumah,dah Nek Limah tak ada kawan kat rumah.”

“Dia kena bagi tahu anak lelakinya,sebab itu tanggung jawab suami pada isteri,suami kena didik isteri. Sebenarnya Nek Limah jangan takut menantunya merajuk,menantu sama dengan anak juga,sebab itu kebenaran. Saya cadang macamni,masa Nek Limah nak puasa,malam tu bagi tahu menantunya yang dia nak syahur,pelawa dia syahur sama,pelawa juga puasa sama,sambil tu tak langsung tanya dia “Kamu dah habis bayar hutang ke belum,jom lah mak kawankan puasa. Cuba dulu, InsyaAllah,tuhan akan tolong.Biar kita tidak ada kawan di dunia,tapi jangan miskin kawan di akhirat”

“Betullah Laila nanti aku bagi tahu Nek Limah.”

“Tulah Mak Odah,bila anaka kita kena lamar,janganlah pandang berapa wang hantarannya saje,tapi tanyalah,mampu  ke dia selamatkan anak perempuan kita di dunia dan di akhirat.
Dan kalau anak lelaki kita sudah minta untuk melamar,janganlah sekadar tanya " cukupke duit kamu nak bela anak orang”  tanyalah juga  “cukup ke ilmu kamu nak jaga orang ni,nak sematkan dia di dunia dan akhirat.”

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barang siapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya (orang yang sakit berat, yang tersangat tua, hamil atau menyusui), wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan (memberi makan kepada lebih seorang dari orang miskin untuk satu hari), maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Al-Baqarah: 183-184).

Khamis, 16 Jun 2011

Mencari Syurga(Sambungan )


Dalam post Makbonda Mencari syurga,bukankah ada dua orang nenek yang  ceritakan? Kali ini akan dikisahkan kesinambungan dari cerita tersebut.

Kisah Nenek Satu
Kesan dari rasa keterasingan dirumah sendiri lalu Nenek Satu mengubah pradigma hidupnya dengan menerima pelawan beberapa anak yang lain untuk mengikutinya,dari sebuah rumah kesebuah rumah anak yang lain beliau berpindah,akhirnya beliau memilih untuk tinggal dengan salah seorang anak perempuannya yang bertugas sebagai guru,bersuamikan seorang polis,punya 5 orang anak lelaki yang sulung telah bekerja dan yang bungsu tingkatan satu. Sebuah rumah batu ditengah bendang.Di sana nenek mendapat ketenangan,anak perempuannya sering melayannya berceloteh,walaupun dia perlu menambah kekuatan gelombang suara agar sampai meseg ke gegendang telinga ibu tuanya.. Bila nenek tertidur sehingga tiba masa makan,dia atau anak-anak atau suaminya akan mengejutkan nenek untuk makan.itu yang dia mahu,dia tidak mahu hidupnya sunyi walaupun sedikit deria pendengarannya telah di tarik.

Sepurnama di sana naluri untuk menjenguk rumah meronta-ronta,teringat buah kekabu tentu telah matang,rumput di halaman tentu telah menyubur,pelam madu di sempadan tentu telah ranum.Semestinyalah begitu,disinilah tempat dia memulakan penghidupan bersama aruah suaminya,disni lah dia membesarkan anak-anak.

Sesampainya, rumah dalam keadaan suram dan sunyi,Betul jangkaannya,isi kekabu telah memutih diperdu pokok bagai salji layaknya,Lalang dan rerumput telah memanjang dan menjalar dan menghijau di halaman secara semulajdinya.Buah pelam madu tinggal beberapa biji. Rupa-rupanya kesuraman tersebut membawa petanda bahawa anak dan menantu yang ditiggalkan sedang mengalami musibah. Anak lelakinya baru pulang dari operation terdapat sedikit error pada tali ususnya. Menantunya pula baru keluar dari wad selepas keguguran. Sungguh kasihan cucu-cucu yang 3 orang yang ditinggalkan.

Bila beliau mengajukan pertanyaan "Kenapa emak bolah tidak diberitahu semua yang terjadi"
Jawapan yang diberikan"Emak jangan salahkan kami,emak yang tinggalkan kami,tanpa diberitahu dimana mahu dihubungi"
"Kemanalah lagi emak pergi kecuali rumah kakak dan abang kamu"

Dia memindahkan cakap ajuknya "Boleh pulak dia mengeluarkan perkatan seperti itu pada saya Makbonda"
Lalu jawapan makbonda"Tidak mengapa Nek,buat masa ini nenek tangguhkan untuk kembali ke bendang. Inilah masa nenek tunjukan nilai kasih nenek pada mereka.mungkin Allah telah perkenankan doa nenek dan inilah masanya pintu hati mereka terbuka ."
Beberap minggu berikutnya kelihatan Nenek dua duduk dibelakang motor berbonceng dengan menantu pergi jemputan kenduri menyambut cucu Nek Sasalbila.Tapi Nenek tetap mahu juga pulang ke bendang setelah keadaan anak menantunya setabil


Kisah Nenek Dua
Si Adik dan si Abang sebenarnya berkongsi satu projek. Dari sumber yang lain Makbonda dengar si Abang telah menghianati si Adik dalam menelan seorang diri hasil perojek yang di kongsi. Lalu hati si Adik pecah dan membawa diri. Di tqakdirkan kini si Adik jatuh sakit,yang agak misteri dan belum diketahuhi oleh ilmu kedoktoran. Nenak berasa tertekan.Sepatutnya dia akan meminta si Abang untuk menghantarnya melawat si Adik,tapi pastinya si Abang  enggan,

"Entahlah,dia sudah sakit,nenek tidak dapat melawatnya tanpa ada yang membawa.Dia sudah sakit tapi masih tidak mahu bertemu nenek,Dia tidak mahu mengalah pada abangnya,sepatutnya dia adik jadi kenalah mengalah dengan abang."

"Bukankah Si Adik  tengah sakit Nek. Semestinya sudah kurang kuasa untuk bergerak. Tanggungjawab yang sihat melawat yang sakit. Nenek kena tanya abangnya dulu,sebab dia tinggal berdekatan nenek dan ada peluang  nenek dapat jumpa.Tanya dia dan cari punca sebenarnya apakah penyebab sehingga berlaku keretakan demikian. Samaada dia rasa tidak bersalah atau sememangnya bersalah  ajak juga melawatnya,pujuk dia tolong pulangkan hak adik dia  sementar masih hidup,nanti kalau sudah nyawa berpisah dengan badan, kemana dia mahu pulangkan hak adiknya.Di khuatiri nanti dia akan menyesal,menjaja kesana kemari hak adik dia untuk dipulangkan sedangkan dia sudah tidak dapat menerima hak dia.Kitalah yang akan menerima beban sehingga bertemu di padang mahsyar nanti.,khabarkan juga pada si abang betapa tidak ruginya kita yang menghulurkan silaturrahim,malah untungnya berlipat kali ganda. Mudah-mudahan inilah cara Allah mahu perkenankan doa nenek yang mahu anak-anak bersatu kembali."
"Oh begitu begitu ya,nanti nenek akan cuba"

3 hari berikutnya sedang makbonda menyiram orchid di halaman tiba-tiba sebuah kereta lalu dihadapan rumah sambil membunyikan hon. Oh Nenek dua dalam satu kereta bersama anak yang si Abang. Harap-harap mereka melawat si adik yang sakit....harap-harap begitu.

Subahanallah! Dasyatnya Doa Ibu

Ahad, 12 Jun 2011

Berkat


Tempoh hari,sepulangnya dari menghadiri majlis walimah anak kepada kawan lama semasa di maktab dulu,anak bungsu tiba-tiba memecah kesunyian,

"Eh tak dapat berkatlah kita ya?"

Berkat ialah sesuatu yang diberikan kepada tetamu untuk di bawa pulang setelah menghadhiri kenduri dalam masyarakat kaum jawa di pantai barat,walaubagaimanapun sekarang telah juga diamalkan oleh selain dari masyarakat jawa di sekelilingnya.

Ketika inilah yang paling sesuai untuk mentarbiah sibungsu yang baru memulakan kehidupan ini. Dia masih di selimuti kebiasaan dalam kelompoknya,seolah-olah kebiasaan itu juga di amalkan oleh kelompok lain. Pada fikiran dia itulah kebiasaan dalam meraikan walimah. konsep mengenai menghadiri kenduri kena tanamkan pada jiwanya. Jika dibiarkan dia membesar da mendewasa dengan kebiasaan yang sama,itulah akibatnya dia akan mempertahankan kebiasaan walau dengan apa cara sekalipun,walau ianya adalah membebankan.

Dalam budaya  Kaum Jawa di sekeliling saya berkat adalah satu-satunya yang sangat wajib,sesiapa yang membuat keheduri tanpa memberi berkat dianggap satu dosa.,meraka tidak memberatkan adat-adat lain seperti majlis inai,gantung kelambu,atau cadar bertekat,tepak sirih dan sebagainya. Berkat adalah perkara utama selepas hidangan. Dan saya pernah juga dengan kenyataan "Orang Jawa kalau khenduri lebihkan makanan" memang betul,tetamu yang datang mesti kenyang dan pulang dengan berkat di tangan. Budget untuk berkat adalah sama dengan badget untuk hidangan tetamu. dan ianya hendaklah mengandungi nasi. Di Johor,kawasan saudara mara saya,berkat nasi hanya untuk saudara terdekat,tetamu biasa hanyalah sebutir telur,atau gula-gula atau seketul muffin.

Bila mereka pulang dari khenduri ditempat lain dengan mendapat berkat hanya sebutir telur atau makanan kering,maka berbuih-buihlah rungutan bagai baung dalam bangkar.  Budget beras untuk hidangan dengan untuk berkat adalah sama kuantiti. Setiap yang datang samaada menyumbang atau tidak akan diberi berkat.Bila pada hari itu ada 5 undangan khenduri suami isteri akan membawa pulang 10 buntil berkat terlonggok atas meja dengan berbagai versi,ada yang nasi hangit ada yang tidak cukup tanak,ada yang lebik atau keras dan sebagainya. Anak-anak pun tak selera nak menjamah,membazir. Bila perkara yang sama berulang-ulang lama kelamaan kebiasaan barubah,cara yang lebih releven telah diterima,mungkin setelah menghadhiri khenduri di tempat lain,mereka telah menerima cara yang lebih munafaat .Cukuplah kandungan beg berkat mengandungi makanan kering yang tahan lama. Orang-orang tua yang mempertahankan berkat cara dulupun telah akur dengan perubahan kebiasaan ini.Teringat saya emak telah ditegur oleh orang tua-tua sebab berkat mak kurang besar saiznya,lalu Emak gorengkan keropok dan sumbat dalam beg,jadi nampaklah besar.
Berkat yang kami bawa pulang dalam satu hari,ada kalanya kami dapat 10 jemputan Jadi bayangkanlah jumlahnya bila kami pergi berdua. Paling yang agak luar dari biasa pernah kami terima  ialah  1kg gula. Bayangkan tuan rumah telah membeli 2000kg gula untuk berkat.....Tapi yang paling saya tidak setuju ialah adakalanya pilihan makanan untuk berkat itu tidak memikirkan label halal,yang penting murah dan digemari ramai. Daripada jajan yang di keluarkan oleh pengluar bukan Islam kan lebih baik pilih produk dari kilang-kilang IKS ,selain di yakini kehalalalnya ianya juga membantu perniaga-perniaga Islam,saling melengkapi antara satu sama lain.

Pernah juga saya menghadhiri satu kajlis walimah,berkat itu di agih oleh tuan rumah,hanya siapa yang salam berisi sahaja yang dapat berkat.

Tapi di kelompok saya tiada perbezaan,asal datang sahaja balik menjinjing berkat,dan tiada kategori berdasarkan pangkat,keculai perbezaan dari segi saudara mara terdekat atau tetamu jauh.

Baru-baru ni saya menghadhiri satu program yang di kendalikan oleh satu konsaltan,Pegendali program talah menghadiahkan peserta dengan senaskah risalah kecil yang dijilid kemas cantik, dia kata lebihan hadiah semasa menyambut menantu. Bila sampai rumah barulah saya buka buku tersebut.
Kulit luar risalah


Kata pengantar di awal muka surat



Kulit elakang buku adalah wajah muka kulit buku asal

Oh barulah saya perasan,inilah berkat yang diberi pada setiap tetamunya.Tersangatlah teroja saya,dia bukan sahaja menyajikan hidangan jasmani tapi jua hidangan rohani. Itulah kerja orang berilmu,berkatnya berpanjangan sampai lah dia berada di liang lahat.Mungkin ditempat lain perkara ini telah lama  diamalkan tapi ini pengalaman baru bagi saya. Insyaallah saya akan praktikan nanti bila masanya tiba untuk saya mengadakan majlis seperti itu. Terimakasih Pak Nik atas perkongsian ini. Pak Nik,bila waktunya telah sampai untuk anda meninggalkan dunia ini,anda tidak meninggalkan hasil perjuangan menegakkan  adat budaya atau bahasa yang didaulatkan,tapi kamu tinggalkan jalan agama yang menyuluh kami kepada al Deen sebagai kebahagiaan yang paling abadi.




Jumaat, 10 Jun 2011

Menyiram Jiwa

Sesungguhnya,bila cuti sekolah semakin menyibukan diri dengan aktivit sosial sehingga tidak ada ruangan untuk mengupdatekan blog,tapi pagi ini jiwa ini basah apabila membuaka face book dan meliaht wall adik  Abu Ahnaf yang mengongsikan klip di bawah. Bukan kagum dengan nyanyian anak ini tapi kagum dengan kemandiriannya meneruskan kehidupan.




Kalaulah Nur Islam yang dijumpainmya,alangkah bahagianya dia.

Sabtu, 4 Jun 2011

Roda-roda yang hidup 2

Dia ialah kawan sepermainan Makbonda,namanya Pijah. Setahun lebih muda.Kami sama-sama bermain di perdu pokok rambai,ditepi busut mengutip cendawan,menangkap ikan lawan,dan bermain pondok-pondok di kebun ubi. Kami gunakan tangkai daun ubi untuk dibuat rantai dan gelang,bila lapar petik kacang panjang emak di ratah begitu sahaja tentu sekali tidak perlu di basuh sebab dijamin suci dari racun serangga.

Dia telah dikahwinkan semasa Makbonda tingkatan 4,sebab dia tidak bersekolah. Kasihan kata hati kecil makbonda,disaat kami masih bergembira menikmati alam remaja tapi dia telah punya tanggungjawab yang besar,tapi Emak di sangat bersyukur kerana anak perempuannya telah selamat dijaga oleh seorang suami. Lepas itu kami tidak pernah bertemu,dia talah mengikut suaminya ke kampung lain,sehinggalah Makbonda mengajar dan berpindah ke sekolah yang ketiga.Rupa-rupanyanya Pijah tinggal di kampong tersebut. Anak  sulungnya nya 10tahun,kedua 8 tahun ketiga 6tahun sedangkan anak makbonda baru 2 tahun. Sebaya dengan anak ke empatnya.Makbonda mengajar anak-anaknya. Kami akan bertemu bila mesyuarat PIBG,sukan sekolah atau hari penyampaian hadiah,dan anak-anaknya adalah antara yang tersenarai penerima hadiah. Sering dia malu-malu bila terserampak dengan Makonda,tapi sejak Makbonda buat mesra sahaja dan sering  perkenalkan pada kawan-kawan yang dia adalah teman sepermainan semasa kecil dulu,dia sudah tidak malu-malu lagi dan sering berbincang tentang perkembangan anak-anaknya. Tentu sekali makbonda buat anak-anak nya seperti anak sendiri.

 Pagi-pagi semasa dalam perjalanan ke sekolah selalu Makbonda nampak dia sedang memetik pucuk ubi di tepi jalan atau meredah parit memetik kangkong atau mengait daun dan jantung pisang untuk di hantar pada peraih pasar tani.Kadang dia akan menyembunyikan diri di sebalik batang pisang jika dia perasan akan kereta Makbonda.Begitulah dia membuat apa sahaja kerja demi membantu suami yang bertugas sebagai jaga untuk menyara anak-anak.

Hari demi hari masa berlalu,anak-anak membesar,sekarang  4 dari anaknya telah melepasi IPT dan bekerja,3 orang telah berumah tangga,, seorang masih di IPT dan 2 orang bersekolah menengah. Sekarang dia sudah tidak berpagi-pagi meredah embun memetik sayur,rumahnya pun telah bertukar beransur-ansur menjadi rumah batu. Dia sudah berkereta. Sudah menjadi nenek. Sudah tidak ada bezanya dengan Makbonda malah  statusnya lebih tinggi. Dia telah berpeluang melihat kejayaan anak-anak,  berpendidikan tinggi dan berakhlak Islam,walaupun telah berkerjaya dan berumah tangga,anak-anaknya tetap mencium tangan apabila bertemu Makbonda. Pada setiap menjelang hariraya merekalah antara tetamu tetap yang berkunjung. . Cabaran Pijah dan suaminya mendidik anak-anak mungkin kurang kerana tengok pada akhlak anak-anaknya amat sempurna.

Itulah hidup seperti roda,Kalau dulu hati kecil makbonda selalu kasihan dengan nasibnya,tapi kini Makbonda telah mengkaguminya. Tiada beza antara kami di mata Allah SWT.Kecuali iman dan taqwa serta amalan. Dia isteri,ibu suri rumah,cukup jika dia solat lima waktu,puasa,menjaga amanah suami…telah terjajnji syorga untuknya,berbanding dengan makbonda yang masih bergelumang dengan duniawi,masih mudah terpengaruh dengan katalog-katalog yang diedarkan dikalangan rakan sekerja,masih begelumang dangan gosif dan fitnah.Setinggi mana pendidikan,kejayaan,kekayaan seaorang hanya iman,taqwa dan amalan soleh yang Allah nilai.

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi      orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya.”
- Surah al-An’am: ayat 32



: "Dan 
sekiranya penduduk negeri-negeri itu ber"iman" dan ber"taqwa", pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkahan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) maka Kami siksa mereka disebabkan apa yang mereka usahakan."



Surat Al-A'raaf Ayat 96


Catatan Popular